Traveloka tawar diskaun sehingga 50% sempena ulang tahun ke-10!
Berita gembira untuk anda yang sedang merancang percutian seterusnya! App tempahan penerbangan & penginapan popular, Traveloka kini mengadakan tawaran menarik bersempena dengan sambutan ulang tahunnya yang ke-10.
Pelbagai Diskaun Menarik Ditawarkan !
Bagi kalian yang suka memburu tiket murah, inilah masanya! Anda boleh dapatkan diskaun sehingga 50% dengan membuat tempahan melalui aplikasi Traveloka di telefon pintar anda.Antara diskaun yang menarik menanti anda sempena Traveloka’s 10th Birthday Saleabrat10n ini adalah :
1.Tiket Penerbangan – Diskaun sehingga RM425 !
Terdapat pelbagai jenis perkhidmatan penerbangan ditawarkan dalam aplikasi Traveloka ini. Antaranya adalah Malaysia Airlines, AirAsia, Malindo Air, Thai Lion, Emirates dan banyak lagi! Aplikasi ini bukan sahaja memudahkan anda untuk menempah tiket penerbangan malahan, anda juga boleh membuat perbandingan harga tiket antara syarikat penerbangan dengan menyusun sendiri berdasarkan harga, tempoh penerbangan atau waktu perjalanan.
2. Hotel – Diskaun sehingga 30% + Kupon EKSTRA sehingga RM175
Aplikasi Traveloka memboleh kan anda untuk memilih dan menempah dari lebih 800,000 tempat penginapan di seluruh dunia. Ini termasuklah daripada rangkaian hotel popular seperti Marriot, Hard Rock Hotel, Ascott, Somerset dan banyak lagi ! Bagi membantu anda membuat pilihan yang tepat, aplikasi ini membantu anda dengan memaparkan review yang diberi oleh pelanggan terdahulu manakala harga yang dipaparkan juga sudah termasuk tambahan cukai, surcaj dan sebagainya
3.Traveloka Xperience – Diskaun sehingga RM25 !
Traveloka Xperience pula memboleh kan anda membuat tempahan tiket tempat tarikan, tempat permainan, spa serta tempat makan. Antara tiket kemasukan yang boleh ditempah termasuklah tiket ke Escape Theme Park, Legoland Malaysia, Zoo Negara, Aquaria KLCC dan banyak lagi. Jadi anda tak perlu lagi untuk beratur di kaunter tiket dan semestinya harga yang ditawarkan lebih murah daripada di kaunter. Selain itu tawaran untuk perkhidmatan spa dan kecantikan lain juga sangat menarik !
4.Pengangkutan Lapangan Terbang / Kereta Sewa – Diskaun RM10
Selain daripada tempahan tiket penerbanan, hotel & tiket tempat tarikan, anda juga boleh menempah pengangkutan anda untuk ke Lapangan Terbang ataupun kereta sewa. Dengan penjimatan sehingga RM10 ini pastinya dapat membantu mengurangkan kos anda untuk ke lapangan terbang.
Selain memudahkan anda untuk dapatkan harga yang terbaik, anda juga tidak perlu bimbang dengan faktor keselamatan khususnya ketika membuat transaksi pembayaran kerana ia dijamin selamat.
Jom rancang pengembaraan seterusnya dengan Traveloka !
Jangan lupa LIKE Facebook Kaki Travel, FOLLOW Instagram @kakitravelnet dan SUBSCRIBE Youtube Kaki Travel bagi mendapatkan idea dan info untuk pengembaraan anda!