Gangwon – destinasi menarik buat peminat musim sejuk & K-Drama!
Korea Selatan sememangnya terkenal sebagai salah satu negara yang menjadi tumpuan rakyat Malaysia. Selain daripada Seoul, Busan & Jeju, wilayah Gangwon merupakan satu lagi wilayah di Korea Selatan yang mempunyai banyak tempat-tempat menarik untuk dilawati. Wilayah Gangwon ini terletak di kawasan timur laut Korea Selatan. Boleh dikatakan setiap wilayah di Korea mempunyai tarikan tersendiri, begitu juga dengan Gangwon. Jadi kali ini kami ingin kongsikan beberapa sebab kenapa anda perlu melawat ke Gangwon!
1.AKTIVITI MUSIM SEJUK!
![](https://kakitravel.net/wp-content/uploads/2022/02/snowfesta-724x1024.jpg)
Berada di negara 4 musim, musim sejuk merupakan antara waktu yang menjadi tumpuan di Gangwon. Wilayah ini pernah menjadi penganjur untuk Sukan Olimpik musim sejuk apabila Pyeongchang terpilih sebagai tuan rumah 2018 Winter Olympics. Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan ketika musim sejuk, antaranya :
a.Ski Resort
Di Gangwon terdapat banyak ‘Ski Resort’ yang boleh anda kunjungi. Antaranya adalah High 1 Resort iaitu salah sebuah ‘ski-resort’ terbesar di Korea Selatan dan ia terletak di Jeongseon. Lokasinya yang mempunyai taburan salji yang banyak serta cerun yang luas membuatkan ia menjadi salah satu resort yang popular dikalangan masyarakat Korea. Selain itu antara resort-resort lain yang popular adalah The Sono Belle Vivaldi Park, Alpensia Ski Resort yang dibina khas untuk Sukan Olimpik Musim Sejuk Pyeonchang 2018 dan Elysian Gangchon di daerah Chuncheon. The Sono Belle Vivaldi Park juga popular dikalangan pengembara Muslim kerana disini terdapat restoran halal Dongmoon Express dan juga surau untuk kemudahan pengunjung.
![](https://kakitravel.net/wp-content/uploads/2022/01/High1-SKI1-1024x682.jpg)
![](https://kakitravel.net/wp-content/uploads/2022/01/7-1-1024x685.jpg)
b. Alpaca World
Alpaca World adalah salah satu tarikan menarik ketika musim sejuk di daerah Hongcheon. Ia menawarkan kepada para pengunjung pengalaman untuk bermain bersama Alpaca dan juga rusa. Kawasan ini sangat luas dan anda juga boleh merasai pengalaman memberi makan kepada Alpaca di kawasan Alpaca playground.
![](https://kakitravel.net/wp-content/uploads/2022/01/7-1024x683.jpg)
![](https://kakitravel.net/wp-content/uploads/2022/01/7b-1024x628.jpg)
c. Pyeongchang Trout Festival
Ketika musim sejuk, anda boleh melawat ke Pyeongchang Trout Festival. Pengunjung festival boleh merasai sendiri pengalaman memancing ikan trout, serta pelbagai program-program lain yang dijalankan ketika festival ini berlangsung. Pengunjung turut berpeluang untuk mencuba sukan seperti menunggang ATV, snow rafting, dan kereta luncur.
![](https://kakitravel.net/wp-content/uploads/2022/01/Hwacheon-8-1024x682.jpg)
![](https://kakitravel.net/wp-content/uploads/2022/01/Hwacheon-7-1024x804.jpg)
2. MAKANAN DI GANGWON
a. Kafe-kafe Unik
Di sekitar Gangwon terdapat banyak cafe-cafe unik, cantik serta instagramamable yang boleh anda singgah untuk secawan kopi ataupun pastri. Antara pengalaman menarik yang boleh dicuba adalah anda boleh bersantai melayan pemandangan alam semulajadi di Sanida Cafe, minum kopi di tepi pantai di Bossa Nova ataupun merasai pengamalam unik di Gamjabat Cafe.
![](https://kakitravel.net/wp-content/uploads/2022/01/Sanida-Cafe-1.jpg)
![](https://kakitravel.net/wp-content/uploads/2022/01/DSC_1786-1024x683.jpg)
![](https://kakitravel.net/wp-content/uploads/2022/01/감자밭-카페-사진-1024x590.jpg)
b. Ladang-ladang tanaman
Selain daripada kafe-kafe, pengunjung juga berpeluang untuk melawat ke ladang-ladang tanaman seperti ladang strawberi. Strawberi di Korea sememangnya terkenal dengan kemanisannya, dan di Gangwon anda berpeluang untuk memetik sendiri buah tersebut! Selain daripada strawberi, ladang tanaman lain yang boleh anda lawati adalah ladang raspberi serta ladang tanaman ginseng.
![](https://kakitravel.net/wp-content/uploads/2022/01/Strawberry-farm_1-1024x683.jpg)
![](https://kakitravel.net/wp-content/uploads/2022/01/raspberry-1-753x1024.jpg)
![](https://kakitravel.net/wp-content/uploads/2022/01/Ginseng-1-747x1024.png)
3. LOKASI PENGGAMBARAN K-DRAMA & K-POP
Untuk pengetahuan anda, Gangwon telah menjadi lokasi penggambaran banyak drama-drama popular serta artis-artis k-pop. Para peminat K-Drama & K-pop dapat melawat sendiri ke lokasi-lokasi penggambaran drama-drama kegemaran mereka. Antaranya :
a. Jumunjin Breakwater
Jumunjin Breakwater ini sememangnya terkenal dikalangan peminat K-Drama. Lokasi ini telah menjadi lokasi penggambaran drama Goblin dan ramai pengunjung datang kesini untuk merakamkan semula gambar seperti yang telah ditayangkan didalam drama Goblin
![](https://kakitravel.net/wp-content/uploads/2022/01/2.jpg)
![](https://kakitravel.net/wp-content/uploads/2022/01/Jumunjin-Breakwater-2.jpg)
b. BTS Bustop
Antara lokasi yang menjadi tumpuan ramai jika ke Gangwon. Lokasi ini menjadi terkenal setelah ia muncul di dalam video muzik BTS – Spring Day. Gambar bus stop ini juga turut menjadi muka depan kepada album BTS – You Never Walk Alone. BTS Bustop ini terletak di kawasan Jumunjin Beach.
![](https://kakitravel.net/wp-content/uploads/2022/01/1a-1024x682.jpg)
![](https://kakitravel.net/wp-content/uploads/2022/01/1b-781x1024.jpeg)
c. Byeongbangchi Zipline, Jeongseon
Disini anda berpeluang untuk merasai pengalaman ‘terbang’ bersama 3 lagi rakan anda secara serentak. Zipline ini merupakan antara yang tertinggi dan terpantas di Asia. Tempat ini juga telah muncul di dalam video BTS – Winter Package 2021 in Gangwon.
![](https://kakitravel.net/wp-content/uploads/2022/01/4-1024x640.jpeg)
Sebenarnya terdapat banyak lagi lokasi-lokasi menarik di Gangwon yang anda boleh lawati. Sebelum ini kami pernah kongsikan dua lagi artikel tentang tempat-tempat yang anda boleh lawati jika ke Gangwon. Boleh baca posting 25 Spot Menarik di Gangwon, Korea! serta Gangwon – Destinasi menarik buat peminat Kpop ! untuk dapatkan info lebih lanjut.
Semoga info-info ini dapat membantu anda merancang perjalanan ke Gangwon & Korea selepas sempadan negara tersebut dibuka semula untuk pelancongan. Panduan ini dibawakan kepada anda oleh Gangwon Province.
Jangan lupa LIKE Facebook Kaki Travel, FOLLOW Instagram @kakitravelnet dan SUBSCRIBE Youtube Kaki Travel bagi mendapatkan idea dan info untuk pengembaraan anda!