Lelaki ini kongsi trip bajet ke Hanoi – Sa Pa – Ho Chi Minh, Vietnam 7H6M, modal RM1,300 ja!

Buat kalian yang sedang planning nak bercuti ke Vietnam tapi tak tahu bagaimana nak susun bajet.. Jom ikuti perkongsian trip bajet ke Vietnam selama 7h6m (Hanoi – Sa Pa – Hanoi – Ho Chi Minh) oleh brader Eady Mh ni. Mana tahu boleh jadi rujukan korang untuk susun itinerari sekali!

  • Day 1
    • Pagi – Sampai airport Hanoi – beli simkad unlimited untuk seminggu – keluar airport terus ke sebelah kiri tempat tunggu bus cari bus (no 86 warna oren airport to old quater 45,000 vnd dalam sejam)
    • Untuk bus 86 tu make sure warna OREN, sebab ramai dekat luar tu panggil dan tunjuk no bus 86, jgn tertipu ya
    • Jalan kaki ke hotel Hanoi Blue Sky Hotel dan check in (hotel dekat dengan masjid & pasar mlm)
    • Pusing Hanoi – Old Quarter – Al Noor Mosque- Train Street Hanoi (Photo Session) wajib beli coffee baru boleh masuk – Dong Xuan Market (malam ada pasar malam) – Hoan Kiem Lake
    • Kebanyakan tempat dilawati dekat Hanoi ni, kami jalan kaki ja
    • Hanoi byk boleh bayar guna kad (bigpay)
  • Makanan halal
    • Zainab tepi masjid Al Noor – 4ptg dh tutup, kalau pagi tepi masjid ada jual tiaw sup
    • PK Spice Indian Restaurant
    • Batavia Halal Indonesian Restaurant & Cafe (saya guna grab sbb jauh sikit, masuk kod promo dapat 50% diskaun) ada lg kedai halal tapi kami sempat terjah tu saja
Train Street Hanoi
  • Day 2
    • Check out, tinggal bag pack dekat hotel plan nak buat 1 day trip ke Halong Bay tapi tak jadi
    • St Joseph Cathedral
    • Makan: Batavia Halal Indonesian Restaurant & Cafe – ronda area night market, beli fridge magnet, baju dan lain-lain
    • 9:30mlm – naik bus ke Sa Pa, bus pickup di hotel
    • Hanoi banyak jual barang-barang outdoor, boleh serve banyak kedai harga berbeza
    • Fridge magnet paling murah dapat 11pcs 100,000 vnd
    • Hanoi banyak kedai kopi yg menarik
    • Bus ke Sa Pa book dekat Klook RM41 one way by Sapa Dragon
    • Bawak bekal makanan untuk ke Sa Pa
    • Mohon beli snack dekat Circle K untuk bawa ke Sa Pa
murah oh kedai outdoor kat Vietnam
bas ke Sa Pa
ronda malam2 sikit
Cat Cat Village
  • Day 3
    • 7pagi – sampai Sa Pa, jalan kaki ke hotel Bonjour Sapa Hotel dan check in
    • Jalan kaki ke Cat Cat Village 90,000 VND – sangat luas dalam tu – naik turun bukit, exit pintu lain, kalau taknak jalan boleh naik teksi
    • Malam – pusing night market
    • Sa Pa banyak teksi kalau tak nak jalan kaki
    • Barang outdoor di sapa lagi murah dari Hanoi
    • Cafe banyak sini, boleh pilih sendiri
    • Restaurant Cosiana dah tutup, so makanan halal dekat Sa Paa dah tak ada ya, kami bawa nasi goreng sharifah, maggi dan roti untuk 3hari 2malam di Sa Pa
    • Di Sa Pa tak banyak boleh guna kad bank
    • Kami jalan kaki je di Sa Pa, sambil kumpul steps hehe..
Cat Cat Village
Cat Cat Village
selfie satu kali!
Fansipan cable car
  • Day 4
    • 8:30pagi – jalan ke Sun Plaza untuk naik cable car ke Fansipan – panjat 700 anak tangga ke puncak, kami tak beli tiket monarail untuk ke puncak sebab nak layan view, kalau tak larat panjat boleh naik monarail
    • Petang baru turun, jalan-jalan Sa Pa Lake
    • Hotel kami dekat ja dengan Sun Plaza
    • Tiket Fansipan beli dekat klook
    • Fridge magnet beli dekat kedai masa turun cable car lagi menarik – harga sama sahaja dekat bawah sekali
    • Snow di Fansipan bulan 12, sehari selepas kami naik ke Fansipan pokok-pokok dah ber-ice semua, tak ada rezeki nak bersnow di Vietnam
Fansipan
Fansipan
Fansipan
Fansipan
Fansipan
Fansipan
  • Day5
    • 12pm – check out – jalan kaki ke pickup bus ke Hanoi
    • Sampai petang terus ke kedai PK Spice Indian Restaurant untuk dinner – Jalan-jalan area pasar malam dan terus ke airport naik grab
    • Kami tidur di airport malam tu
  • Day 6
    • 6pagi – flight pagi ke Ho Chi Minh
    • 8pagi – sampai terus cari bus 152 ke Ben Thanh Market, 5000 VND
    • Check in Thanh Thu hotel – area Malaysia street
    • Pusing-pusing Ho Chi Minh – Ben Thanh Market dan Malaysia Street – Shopping sampai tutup kedai
  • Day 7
    • Pagi – check out – naik flight pukul 9.30pagi balik Kuala Lumpur
Coffee is a must!

🔥TOTAL HANGUS RM1300 KE VIETNAM 🔥

  • Tiket flight: Air Asia KL – Hanoi RM188.90
  • Tiket flight: Viet Jet Hanoi – Ho Chi Minh RM69
  • Tiket flight: Air Asia Ho Chi Minh – KL RM165
  • Tukar duit: 2jutaVND = RM388
  • Hanoi
    • Sky Blue Hotel (1mlm) – Agoda – RM120/3pax=RM40
    • Sim Card unlimited – RM35/3=RM11.60
    • Bus Hanoi – Sa Pa(Klook) RM41
  • Sa Pa
    • Bonjour Sa Pa Hotel (2mlm) – Agoda – RM171/3=RM57pax
    • Fansipan (Klook) RM174.15
    • Bus Sa Pa – Hanoi (Klook) RM41
  • Ho Chi Minh
    • Thanh Thu Hotel (1mlm) – Agoda – RM168/3pax=RM66

Anda ada kisah menarik untuk dikongsi bersama dunia?
Sila emel kepada kami di admin@kakitravel.net

You may also like...

1 Response

  1. no says:

    ada toilet ke bus dia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *