Tips untuk anda ketahui sebelum tempah tiket AirAsia ke Langkawi

Pasti ramai yang tidak sabar menanti ketibaan Hari Malaysia tahun ini kerana sektor pelancongan di Pulau Langkawi akan dibuka semula! Mungkin ada yang dah merancang nak pergi ke sana dengan bas kemudian naik feri atau mungkin menaiki kapal terbang kan? Haa.. bagi kalian yang nak naik flight tu.. kali ini AirAsia nak kongsikan sedikit beberapa perkara yang perlu anda ambil maklum sekiranya anda terbang ke sana bersama AirAsia..

Sebelum tempah tiket AirAsia, sila pastikan perkara-perkara berikut untuk menjamin perjalanan yang lancar:

  • Semak Peraturan/Syarat dari semasa ke semasa
    • Semak peraturan/ syarat-syarat tertentu yang ditetapkan untuk ke Langkawi terlebih dahulu
    • Sediakan dokumen kesihatan dan perjalanan
  • Daftar Masuk Secara Kendiri
    • Semua tetamu perlu mendaftar masuk secara kendiri bagi meminimumkan sentuhan fizikal & kurangkan kesesakan di lapangan terbang
    • Anda boleh daftar masuk kendiri melalui airasia Super App / laman web airasia.com bila-bila masa (14 hari sebelum penerbangan)
    • Anda hanya perlu mengimbas atau memuat naik sijil vaksinasi atau dokumen kesihatan yang diperlukan semasa proses mendaftar masuk untuk pengesahan segera
    • Daftar masuk melalui kaunter hanya untuk tetamu kurang upaya, tetamu yang bawa bayi (bawah usia 24 bulan) & tetamu bawah umur yang terbang sendiri
    • Caj daftar masuk kaunter akan dikenakan kecuali untuk kategori tetamu yang dinyatakan di atas
  • Tiba Awal di Lapangan Terbang
    • Anda digalakkan untuk tiba sebaik-baiknya 4 jam sebelum masa berlepas untuk memenuhi semua proses yang diperlukan
    • Pasukan khidmat pelanggan AirAsia bersedia membantu sebarang pertanyaan dari tetamu
    • Sentiasa memakai pelitup muka – pakai pelitup muka perubatan jenis tiga lapis seperti yang disarankan pihak berkuasa kesihatan atau guna pelitup muka berganda untuk perlindungan yang lebih baik
    • Pelitup muka dengan injap terbuka tidak dibenarkan di dalam penerbangan AirAsia

Tips Untuk Perjalanan Selesa!

  • Muat turun aplikasi airasia Super App
    • Memudahkan urusan anda – tempahan penerbangan & penginapan, daftar masuk, pengesahan dokumen kesihatan, pas masuk elektronik & pelbagai perkhidmatan semasa dalam penerbangan
    • Jika anda membuat perjalanan berkumpulan atau bersama keluarga, sila pastikan setiap tetamu mempunyai airasia Super App pada telefon pintar mereka *Psst… Inilah aplikasi bagi anda mendapatkan tawaran promosi perjalanan yang menarik!
  • Daftar masuk bagasi secara kendiri
    • Boleh cetak tag bagasi melalui kiosk tanpa sentuhan di lapangan terbang
    • Jika anda mempunyai bagasi daftar masuk, jangan lupa untuk membuat pra-tempahan dalam talian semasa membeli tiket penerbangan atau sehingga 4 jam sebelum penerbangan untuk nikmati penjimatan terbaik
    • Selepas daftar masuk secara kendiri, anda boleh imbas kod QR pada pas masuk elektronik untuk cetak tag bagasi di kiosk & kemudian mendaftar masuk bagasi secara kendiri
  • Perlepasan secara berperingkat
    • Bagi meminimumkan sentuhan sesama para tetamu & kru kabin, perlepasan akan dilakukan dari barisan belakang (Zon 2), diikuti dengan barisan tengan (Zon 3) & akhir sekali barisan hadapan/Hot Seats (Zon 1)
    • Proses turun dari pesawat juga akan dibuat secara berperingkat setiap 3 barisan
  • Kekal berhubung dengan AirAsia WiFi semasa penerbangan
    • Kini anda boleh merujuk menu sajian Santan, katalog Bebas Cukai, majalah penerbangan, serta nikmati kandungan hiburan digital secara percuma menggunakan peranti anda sendiri
    • Dengan internet berkelajuan tinggi kami, anda juga boleh berhubung dengan keluarga dan rakan-rakan, dan mengakses perkhidmatan airasia Super App yang lain semasa penerbangan
  • Pembayaran tanpa sentuhan
    • Semua kaunter perkhidmatan AirAsia di lapangan terbang di Malaysia kini menerima pembayaran digital menggunakan e-dompet, perbankan dalam talian & transaksi kad kredit/debit

AirAsia Kekal Cakna Lindungi Anda

Untuk makluman anda, semua penerbangan AirAsia hanya akan dikendalikan oleh juruterbang & kru kabin yang lengkap vaksinasi dengan pemakaian Peralatan Perlindungan Diri (PPE). Begitu juga dengan kakitangan operasi & pengendali bagasi di terminal.

Semua pesawat AirAsia disanitasi selepas setiap penerbangan & pada setiap malam akan menjalani prosedur pembersihan menyeluruh selama 2 jam seperti yang disarankan pihak berkuasa.

Untuk maklumat lanjut mengenai perkhidmatan daftar masuk kendiri & cara mengesahkan sijil vaksinasi, layari Halaman Sokongan AirAsia di sini.


Jangan lupa LIKE Facebook Kaki Travel, FOLLOW Instagram @kakitravelnet dan SUBSCRIBE Youtube Kaki Travel bagi mendapatkan idea dan info untuk pengembaraan anda!

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *