Nahdhoh Langkawi Resort – penginapan patuh syariah di Pulau Langkawi
Sejak lepas PKP ni ramai yang membuat rancangan ke Langkawi. Kalau korang tengah mencari penginapan untuk bercuti ke Pulau Langkawi, boleh pertimbangkan Nahdhoh Langkawi Resort ini. Ianya terletak di Kampung Temoyong, Langkawi, Kedah.
Haa tempat ni memang dekat ja dengan Pantai Cenang (1.6 km) dan Pantai Tengah (1.7 km). So, petang-petang boleh lerr chill-chill di tepi pantai weh!
Untuk pengetahuan korang, Nahdhoh Langkawi Resort merupakan sebuah tempat penginapan yang patuh syariah. So memang dijamin selesa dan nyaman kalau korang stay kat sini.
Terdapat 22 bilik dalam resort ni ya. Antara jenis bilik yang korang boleh pilih ialah:
- Standard Double Room
- Deluxe Twin Room
- Suite Family Room
Okay, bilik dekat sini memang luas dan bersih. Semua bilik dilengkapi dengan TV, Pendingin hawa, Seterika dan Papan seterika serta WiFi percuma ya.
- Dorm
Oh, kalau ada yang planning nak datang bercuti lebih dari 10 orang or maybe nak buat school trip, disarankan untuk booking dorm kat sini. Ya, tempat ni turut menyediakan dorm yang luas dan selesa guys!
*Kapasiti – 24 orang/ 1 dorm
Selain dorm, turut disediakan fasiliti lain seperti ruang makan. Oh, ada juga alatan untuk korang buat BBQ taw! Bolehlah malam-malam lepak ramai-ramai sambil menikmati BBQ… tenang is good guys!
Kredit: FB Page Nahdhoh Langkawi Resort
Selain dorm.. disini turut disediakan dewan. So, kalau ada yang berminat nak buat seminar ke pape bolehlah sewa dewan ni ya. Peralatan seperti meja, PA system mic semua lengkap kat sini.
Kredit: FB Page Nahdhoh Langkawi Resort
Okay.. kalau bab parking kat sini korang tak perlu risau sebab lot parking dia luas ya guys! tadaknye korang nak serabut cari parking bagai, sini free plus dekat je dengan bilik korang.
So, untuk kalian yang sedang mencari penginapan yang tenang dan damai kat Pulau Langkawi, boleh masukkan resort ini dalam senarai! Untuk maklumat lanjut boleh tengok FB Page Nahdhoh Langkawi Resort ataupun hubungi 019-5526504
Jangan lupa LIKE Facebook Kaki Travel, FOLLOW Instagram @kakitravelnet dan SUBSCRIBE Youtube Kaki Travel bagi mendapatkan idea dan info untuk pengembaraan anda!