Nira Nipah Napiah – tempat makan santai untuk seisi keluarga

Bagi korang yang bercuti ke Kedah, ada satu port menarik ni korang kena masukkan dalam list weh! Okay, kali ni team Kaki Travel nak kongsikan tempat makan yang santai dengan korang iaitu di Nira Nipah Napiah. Lokasinya terletak di Kg. Sungai Pial, Kedah.

Menariknya disini sebab.. scenery kat sini mahal beb! Selalu kalau lepak kedai makan tengok banyak lukisan tergantung kat dinding kedai kan? Tapi kat sini tak payah gantung, depan mata ja korang nampak view sawah padi terbentang luas + Gunung Jerai oh!! Sambil tu makan-makan di bawah rimbunan pohon nipah.


Bukan itu sahaja, di Nira Nipah Napiah ni korang bukan setakat makan then terus balik. Sebabnya kat sini turut disediakan pondok untuk lepak-lepak, ada buaian nak fefeling and ada sampan yang korang boleh try naik di kolam ikan tengah kawasan ni ya! Senang cakap, banyak la spot berfoto yang cantik- cantik weh! So, memang okay sangat kalau nak bawa anak-anak atau datang chill-chill dengan member.





  • Menu
    Banyak pilihan makanan yang menarik korang boleh cuba disini. Oh, jangan lupa try Mee Udang ya! Ni antara menu yang paling famous yang wajib dicuba.

Meh tengok antara menu yang ada kat sini..




Kredit: FB Page Nira Nipah Napiah

Haa, namapun Nira Nipah Napiah.. so kenalah cuba teguk air nira kat sini. Air nira ni memang fresh sebab diambil dari buah nira yang ada kat sekitar ladang ni taw! Kalau nak tahu, air nira ni akan dikutip 4 kali sehari untuk pastikan kesegaran air nira terjaga.

*kalau jenis tak pernah rasa air nira, disarankan mencuba tapi jaga-jaga okay sebab kalau terlebih minum boleh rasa mual pening -pening gittuw..

Menarik kan tempat ni? So, after this kalau mai Kedah jemput singgah makan disini okies! Untuk maklumat lanjut boleh usha FB Page Nira Nipah Napiah atau kalau nak booking boleh hubungi 0146719493

*Waktu operasi: 12 tengahari – 7 petang
*Buka setiap hari kecuali hari Rabu


Jangan lupa LIKE Facebook Kaki Travel, FOLLOW Instagram @kakitravelnet dan SUBSCRIBE Youtube Kaki Travel bagi mendapatkan idea dan info untuk pengembaraan anda!

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *