Itinerari jelajah Thailand-Laos (9H8M) – Vang Vieng, Syurga buat Gang Nature Lover!

Kali ini Kaki Travel kongsikan pengalaman dan itinerari perjalanan Sohfi Latif dan temannya di Thailand-Laos yang bisa menjadi panduan berguna untuk korang yang mahu ke sana. Bagi mereka yang sukakan suasana damai, nikmati view dari atas puncak dan minat pelajari sejarah & budaya luar.. sememangnya WAJIB untuk korang ketahui & kunjungi ke tempat-tempat ini!

Day 1:Nikmati keindahan malam di Kota Chiang Rai

  • Mae Fah Luang Airport, Chiang Rai: Air Asia RM 105 sehala
  • Guest House: 500 Bath (1 malam)

Hari pertama kami sempat meronda di Chiang Rai Night Bazaar & Clock Tower. Clock tower berada di tengah roundabout di dalam Chiang Rai Town. Setiap hari pukul 7 malam / 8 malam / 9 malam adalah waktu terbaik untuk datang kesini kerana ada “light show”. Meriah lampunya!

Kalau nak cari souvenir atau ‘cengkerik goreng kunyit’ boleh la datang ke Chiang Rai Night Bazaar ni. Macam-macam ada!

Day 2: Chiang Rai Tour

  • Sewa Motor: 125 – 250 Bath (sehari)

Hari ke-2 kami just sewa motor & meronda dari 9 pagi sampai 10 malam baru habis. Antara tempat-tempat yang sempat kami pergi :

Friends Of The Hill Tribes Northern Thailand Foundation


Tiket untuk masuk ke sini ialah 300 bath seorang. Tempat ini mempunyai 5 buah kampung orang asli. Setiap kampung didiami oleh suku asli yg berbeza. Antara suku asli yg terdapat disini ialah Akha Tribe, Karen Long Neck Tribe, Yao Tribe, Lahu Tribe dan Kayaw Tribe. Setiap kampung akan sambut anda dengan tarian tradisional & produk handcraft mereka.

Golden Triangle

Segi tiga emas adalah sempadan bagi 3 buah negara iaitu Myanmar, Laos & Thailand. Sempadan bagi 3 buah negara ini dipisahkan oleh Sungai Mekong. Dahulunya kawasan segi tiga emas ini sangat popular dengan aktiviti penyeludupan dadah candu.

Bamboo Bridge Cafe

Cafe ini adalah pit stop dalam perjalanan dari Golden Triangle ke Mae Sai.

View dari Bamboo Bridge Cafe ini sangat awesome!

Sunflower Farm

Dalam perjalanan dari Mae Sai ke Chiang Rai, Sunflower Farm ini berada ditepi jalan ja. Selain itu ada juga Strawberry Farm & Vanilla Farm.

Choui Fong Tea Plantation

Kami sampai di Ladang Teh ini agak lewat kerana pukul 5 petang tea cafe dah tutup. Jadi, kami hanya dapat gambar view ladang teh sahaja. Nak minum teh next time pulak ler..

Day 3: Chiang Rai & Laos

  • Tiket bas Chiang Rai – Luang Prabang : 950 Bath (seorang)

Bas ke Luang Prabang pukul 12.30 tengah hari. Jadi, kami masih ada masa untuk melawat 2 tempat lagi di Chiang Rai dengan motor..

Chiang Rai Mosque ( Masjid Darunaman )

Alhamdulillah, boleh dikatakan semua daerah di utara Thailand ini mempunyai masjid dan kebanyakkan muslim disini berasal dari Yunnan. Jadi, bagi pelancong muslim jangan risau untuk mencari restoran halal disini.

White Temple (Wat Rong Khun)

Jika datang ke Chiang Rai, White Temple ini adalah salah satu destinasi WAJIB bagi pelancong untuk bergambar. Tandas di temple ni juga adalah tandas yang paling tercantik di Thailand!

Day 4: Luang Prabang

  • Khammany Guest House: 500 Bath (1 malam)
  • Van ke Kuang Si Waterfall : 35 000 Kip (seorang)
  • Entrance Fee Kuang Si Waterfall : 20 000 Kip (seorang)

Setelah 18 jam perjalanan menggunakan jalan darat dari Chiang Rai, akhirnya kami tiba di Luang Prabang pukul 7.30 pagi.

Di Luang Prabang hanya terdapat 2 restoran halal :
– Wat That Halal Food (suami kepada owner, org dari Kelantan boh)
– Restaurant Chennai Indian, Malaysia Halal Food

Kuang Si Waterfall

Untuk kesini kami just ambil sharing van dari Luang Prabang. Selain daripada air terjunnya yang cantik, disini juga terdapat Bear Sanctuary. Banyak juga spesies bear yang terdapat disini seperti Sun Bear, Moon Bear, Black Bear & banyak lagi.

Sunset view at Mekong River

Waktu sunset di sini adalah dari jam 6 petang hingga 7 petang. Disini juga terdapat pakej sunset river cruise untuk view sunset dari atas Sungai Mekong yang lebih awesome! 

Luang Prabang Night Market

Kebanyakkan jualan souvenir di pasar malam ini adalah produk handcraft dari Hmong Tribe. Apa yang pelik di sini ialah mereka menjual wine & di dalam botol wine tersebut terdapat haiwan berbisa seperti ular & kalajengking!!

Day 5 & 6: Vang Vieng

  • Tiket van dari Luang Prabang – Vang Vieng: 90 000 Kip (seorang)
  • Molina Bungalow : 100 000 Kip (1 malam)

Kami memilih sharing van untuk pengangkutan ke Vang Vieng. Jam 9.30 pagi van pick up dari hotel & mengambil masa 5 jam perjalanan untuk sampai ke Vang Vieng. Disepanjang perjalanan terdapat 2 toilet stop & view disepanjang perjalanan terbaik boh!!
Sampai di stesen van Vang Vieng kami menggunakan tuk2 untuk ke hotel. Disini hanya terdapat 1 halal restoran (Dhaka Restaurant) & nilai tukaran wang sangat rendah.. Awalnya planning kami hanya 1 malam sudah cukup untuk explore Vang Vieng. Selepas kami berjalan & melihat aktiviti yang sesuai untuk dilakukan disini plan asal kami terpaksa diubah kepada 2 malam.
Apa yg kami boleh katakan ” Vang Vieng is the best place for Nature Lover “.

Terdapat byk aktiviti outdoor yang boleh kita main disini seperti :
✔️ Tubing
✔️ Kayaking
✔️ Fishing
✔️ Hiking
✔️ Caving
✔️ Rock Climbing
✔️  Cycling
✔️ Zip Line
Dan byk lagi !!!!

Kayaking

Pakej kayak ini bermula dari jam 10 pagi – 12 tengah hari. Kayuhan kayak selama 2 jam dengan jarak 10 km disepanjang sungai Nam Song amat menyeronokkan! Pemandangan gunung & kejernihan sungai Nam Song juga pasti membuat anda teruja untuk melakukan aktiviti ini. Pakej ini temasuk :
– Pick up dari hotel

– Kayak equipment
– Guide


Blue Lagoon Pool 1

Jarak perjalanan ke Blue Lagoon Pool 1 ini adalah sejauh 7 km. Jadi kami cuma sewa motor separuh hari untuk kesini. Di Vang Vieng terdapat 3 kolam blue lagoon yg menarik. Kolam yg kami pergi agak ramai pelancong kerana disitu juga terdapat aktiviti caving & zip line. Bagi kolam 2 dan 3 agak sunyi kerana jarak perjalanannya lebih jauh.

Nam Xay View point

Tidak jauh dari kolam blue lagoon 1 terdapat view point 360 darjah. Untuk kepuncak kami perlu hiking selama 30 minit. Bayaran entrance fee 10 000 kip dikenakan kepada setiap pengunjung. Bagi saya bayaran entrance fee ini amat berbaloi kerana denai laluan ini dijaga rapi & memudahkan pendaki untuk sampai ke puncak dengan selamat.

Day 7 – Vang Vieng – Vientiane – Nong Khai – Ayutthaya

  • Bas Vang Vieng – Vientine: 50 000 Kip (seorang)
  • Bus Vientiane – Nong Khai (cross border) : 4 000 Kip (seorang)
  • Train Nong Khai – Ayutthaya: 253 Baht (seorang)

Dari Vang Vieng kami menaiki bas ke Vientiane. Perjalanan mengambil masa 5 jam. Bertolak dari Vang Vieng jam 10 pagi & sampai Vientiane jam 3 petang.
Vientiane merupakan ibu negara Laos & bersempadan dengan Nong Khai, Thailand. Terdapat perkhidmatan bas atau train untuk menyeberangi sempadan ini. Kami memilih bas kerana perkhidmatan ini setiap masa ada. Manakala train pula hanya 2 kali sehari. Train pagi jam 10 am & train petang 5.30 pm.

Train dari Nong Khai ke Ayutthaya terdapat banyak pilihan & waktu berlepas. Kami tiba di stesen train jam 6 petang & memilih train jam 6.30 petang ke Ayutthaya. Train yang kami pilih ini adalah Rapid Train & semua gerabaknya adalah 3rd class. Perjalanan mengambil masa 8 jam untuk sampai ke Ayutthaya. Rapid Train ini juga menjadi pilihan kepada local Thai kerana tiketnya yg sangat murah & berpatutan.

Hari 8 – Ayutthaya

  • Hotel Jitwilai Place: 500 Baht (1 malam)
  • Ayuthayya Historical Park Entrance fee: 50 Baht (seorang)

Pukul 2.30 pagi kami tiba di Ayutthaya train station & terus check in di hotel. Di Ayutthaya tidak susah mencari makanan halal kerana ramai orang muslim. Pada sebelah pagi & tengah hari boleh cari makanan halal di morning market. Pada sebelah petang pula makanan halal banyak di night market berdekatan dengan Ayuthayya Historical Park.

Ayutthaya mendapat pengiktirafan daripada UNESCO sebagai
“World Heritage Site” & disini terdapat banyak temple lama yg berusia ratusan tahun.

Dahulunya Ayutthaya pernah menjadi ibu kota Thailand yang kedua selepas Sukhothai. Pada kurun ke-18 Kerajaan Ayutthaya telah ditewaskan oleh Burma & ibu kota Thailand berpindah ke Bangkok. 

Ayuthayya Historical Park

Kawasan temple ini sangat besar & terdapat banyak temple lama yang hampir dimusnahkan oleh Burma. Tumpuan pelancong kesini adalah bergambar dengan “buddha head” yg berada pada akar pokok banyak.

Hari 9 – Ayutthaya – Bangkok – Hatyai

  • Bot cross Pa Sak River: 5 Baht (seorang)
  • Train Ayutthaya – Bangkok: 15 Baht (seorang)
  • Train Bangkok – Hatyai: 1800 Baht (2nd class with a/c & bed)

Kami memulakan perjalanan ke Bangkok seawal jam 8 pagi. Dari old city of Ayutthaya ke stesen train kami menyeberangi Sungai Pa Sak dengan menggunakan bot penambang. Bot ini beroperasi dari pagi sampai ke lewat petang. Untuk train ke bangkok pula jam 9.20 pagi & perjalanan megambil masa 2 jam..

Train kami dari Bangkok pula bertolak pada jam 3.10 petang & sampai di Hatyai jam 10 pagi keesokan harinya. Kami memilih coach yg agak selesa kerana perjalanan agak jauh & memakan masa selama 18 jam.

Inginkan informasi lebih menarik seperti ini? Jangan lupa LIKE Facebook Kaki Travel!!

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *