Tamarind Square – tempat lepak berkonsep ‘Urban Nature’ di Cyberjaya
Untuk mereka yang jarang datang ke Cyberjaya, mesti korang takkan sangka dalam area Cyberjaya ni.. ada sebuah kawasan lepak yang ‘breathtaking’ gila! Tempat ni memang sesuai untuk semua orang especially mereka yang berjiwa muda. Confirm korang akan rasa fresh je kepala kalau datang tempat ni iaitu di Tamarind Square!
Untuk pengetahuan korang, Tamarind Square merupakan sebuah ‘open mall’ yang berkosepkan urban nature. So.. tak peliklah kalau korang tengok dekat sepanjang kawasan ni penuh dengan dedaun hijau merimbun. Sejuk je hati bila ke mari..
- Struktur binaan yang menarik
Bagi mereka yang study dalam course Art & Architecture, confirm korang akan suka dengan tempat ni! Boleh dikatakan Tamarind Square ni tempat memberi inspirasi kepada mereka yang berjiwa seni. Struktur binaan dekat mall ni sangat menarik & sesuai untuk dijadikan reference buat mereka yang belajar senibina. Mana tahu dok lepak sambil belek-belek building kat area ni muncul idea-idea genius dalam kepala korang tu..
- Port ber-OOTD!
Kalau korang yang jenis memang tak boleh berpisah dengan hobi ber-ootd tu.. haa datanglah ke sini sebabnya banyak port yang superb nature untuk korang berfoto. Cuma korang kena jadi kreatif sikitlah untuk cari angle yang lawa untuk kasi gambar korang tu meletops!
- Syurga si kaki buku!
Berita gembira buat si book lovers! Dalam Tamarind Square ni ada kedai buku BookXcess. Menariknya kedai buku ni beroperasi selama 24 jam! So korang tak payah kalut-kalut rushing nak ke sini okay.. Eh!! korang jangan ingat kedai buku ni untuk beli buka semata taw sebab dekat sini pun disediakan ruangan untuk mereka yang nak melepak buat kerja. Kafe pun ada kat dalam BookXcess ni beb! Boleh tahan besar juga kawasan dalam kedai ni.. memang melekat la korang stay dalam BookXcess ni..
So, weekend ni jom ramai-ramai ke Tamarind Square ye! Untuk maklumat lanjut boleh layari www.tamarindsq.com. Dapatkan lebih banyak info menarik dengan LIKE Facebook Kaki Travel ya!