9 tempat makan dan port OOTD di Terengganu!
Baru-baru ini team Kaki Travel berpeluang menjejakkan diri ke Terengganu. Pada mulanya kami plan nak pergi ke pulau tapi disebabkan keadaan cuaca yang tak menentu.. kami ubah plan untuk ronda-ronda sekitar Kuala Terengganu (KT). Haa.. bagi kalian yang tengah plan nak bercuti ke Terengganu, meh tengok 9 lokasi yang menarik ini. Mana tahu ada yang berkenan di hati so korang boleh masukkan dalam itinerari sewaktu ke sana!
- Pantai Mangkuk, Kg Penarik
- Port yang tenang, aman dan damai sekali!
- Banyak pepohon kelapa yang tinggi-tinggi di sekeliling kawasan ini
- Sesuai untuk dijadikan port OOTD / ramai juga ambil gambar kahwin disini
- Jarak dari bandar KT ke sini : 45 minit
- Pantai Rusila, Marang
- Tempat ini mula popular setelah viral di media sosial – Pokok kelapa yang dimuatnaik dalam instagram syarikat Apple
- Ramai pengunjung yang datang kesini akan cuba memanjat pokok kelapa tersebut, diingatkan bahawa pokok tersebut sedikit licin. Hati-hati ya
- Terdapat pondok kecil dan hammock di sekitar pantai ini.. sesuai untuk dijadikan kawasan untuk berkelah
- Jarak dari bandar KT ke sini : 20 minit
- Nak dapat foto menarik? Datang waktu sunrise/sunset
- Langgar Rindu, Kampung Rhu Tapai
- Merupakan sebuah surau kayu yang dibina oleh Hj. Abdul Karim Embong atau lebib dikenali dengan nama penanya Arif Karimi
- Surau ini adalah cantuman kayu pokok cengal serta tembusu
- Langgar membawa maksud ‘Surau/Madrasah’ manakala Rindu diartikan kepada ‘rindu rumah ALLAH SWT, rindu untuk beramal dengan ajaran Nabi Muhammad SAW, rindu pada Syurga serta rindu untuk membuat kebaikan’
- Ukiran senibina surau ini yang unik pasti membuatkan para musafir yang melewati surau ini berasa kagum
- Bagi korang yang melewati kawasan ini, jangan lepaskan peluang untuk mendirikan solat di surau yang indah ini
- Jejalah sungai Terengganu menerusi jalan air
- Selain fefeling tepi pantai, korang boleh cuba aktiviti menaiki bot di Sungai Terengganu
- Terdapat banyak perkhidmatan bot yang disediakan dan salah satu yang korang boleh cuba adalah perkhidmatan bot dari Kumad Wander Boat
- Menerusi jalan air, kalian akan dibawa pusing melihat panorama di sekitar bandar Kuala Terengganu
- Antara tarikan yang menarik adalah korang dapat berfoto di atas bot dengan berlatarbelakang view Drawbridge Terengganu, Masjid Kristal dan banyak lagi!
- Nasi Kerabu Fauzi, Jln Sultan Sulaiman, Kampung Kolam
- Rasanya tak lengkap kalau datang Terengganu tak cuba masakan budaya disana
- Kalau nak makan nasi kerabu yang sedap, boleh cuba di Nasi Kerabu Fauzi
- Kedai ini terletak di tepi jalan (senang cari) plus selalu ramai orang
- Jangan risau sebab servis di kedai ini pantas sekali!
- Selain nasi kerabu lauk ayam, korang juga boleh cuba nasi kerabu lauk kambing
- Jangan lupa nikmati Teh Peng (Teh ais). Sedap weh!
- Waktu operasi : Buka setiap hari kecuali Rabu (tutup) // 6.45 pagi – 2petang
- Shelly Seafood, Medan Selera Kuala Ibai
- Bagi korang yang memang gemarkan makanan laut, sila singgah ke Shelly Seafood!
- Disini korang boleh pilih sendiri aneka seafood yang masih fresh untuk dimasak
- Servis kedai ini juga pantas ya!
- Disebabkan sedap, kedai ini selalu ramai pengunjung (lagi-lagi waktu hari cuti/lepas maghrib) jadinya korang kena pandai cari tempat makan kosong atau tunggu turn meja kosong lerr
- Kedai ini terletak berdekatan dengan jambatan Kuala Ibai
- Waktu operasi: Buka setiap hari kecuali Rabu (tutup) // 5.30 ptg – 1.30 pagi
- Warung Adik Beradik, Pantai Kolam
- Rasanya lebih enak kalau dapat bersantai tepi pantai sambil makan aneka celup tepung kan?
- Jemput singgah ke Warung Adik Beradik untuk nikmati pelbagai aneka celup tepung ya!
- Ada ikan, udang, sotong, ketam, fishball dan banyak lagi!
- Masakan panas juga disediakan kat sini
- Dah kenyang makan korang boleh layan view pantai di sebelah warung ini
- Oh, ada buaian yang cantik untuk korang berfoto weh!
- Waktu operasi: Buka setiap hari // 12 tgh hari – 7 mlm
- Nasi Dagang Warisan
- Dah try makan nasi kerabu, kenalah cuba makan nasi dagang pulak geng!
- Boleh dikatakan di setiap pelusuk Terengganu ini korang bakal temui menu nasi dagang sebab ianya salah-satu masakan tempatan orang Terengganu ya
- Untuk pengetahuan kalian, nasi dagang Terengganu ada perbezaan sikit dengan nasi dagang Kelantan
- Nasi dagang Terengganu biasanya diperbuat daripada campuran beras, beras pulut dan dimasak bersama-sama santan kelapa manakala nasi dagang Kelantan pula menggunakan beras yang dikenali sebagai beras dagang
- Nasi dagang biasanya dimakan dengan ikan tongkol berserta kuah rempah (seakan kari) dan acar timun
- Roti Paung Che Wan, Kampung Banggol
- Jangan lepaskan peluang untuk nikmati keenakan roti paung di Terengganu
- Ada 2 jenis inti roti ini : kacang merah // mentega
- Nak rasa lebih sedap, makan roti ini sewaktu ianya masih panas sebab serius gebu dan lembut gila!
- Waktu operasi: Buka setiap hari kecuali Jumaat (tutup) // 11.45 pagi – 6 ptg
Menarikkan tempat-tempat ini? Haa.. bolehlah korang masukkan dalam itinerari kalian sekiranya nak berjalan ke Terengganu.. Have fun guys!
Jangan lupa LIKE Facebook Kaki Travel, FOLLOW Instagram @kakitravelnet dan SUBSCRIBE Youtube Kaki Travel bagi mendapatkan idea dan info untuk pengembaraan anda!