Jelajah Sungai Terengganu bersama Kumad Wander Boat!
Kalau sebut ja Terengganu.. mesti ramai yang ingat pantai dan pulau kan? Haa.. ada lagi satu benda korang kena ingat kalau sebut ja perkataan Terengganu iaitu menaiki bot menyusuri Sungai Terengganu bersama Kumad Wander Boat! Bagi kalian yang tengah plan nak bercuti ke Kuala Terengganu, jangan lepaskan peluang untuk cuba aktiviti ini ya!
Kumad Wander Boat (KWB)
Untuk pengetahuan semua, KWB menawarkan perkhidmatan bot bagi para pengunjung menikmati keindahan suasana di Sungai Terengganu. Perkhidmatan bot yang diusahakan oleh sebuah keluarga ini kini mula mendapat sambutan yang baik dalam industri pelancongan di Terengganu.
Manfaat pilih Kumad Wander Boat?
Kalau pilih servis Kumad Wander Boat ni untuk jelajah Sungai Terengganu.. korang akan menaiki bot fiber yang bersih dan selesa. Ada 3 jenis bot yang berbeza ya geng. Jenis bot ini ditentukan mengikut jumlah kapasiti dan berat badan penumpang. Disamping itu, setiap sorang akan diberi life jacket ya. Haa.. kenalah pakai life jacket kalau nak naik bot weh supaya berhati-hati di jalan air. Tambah seronok lagi trip naik bot ni sebab akan ada seorang tour guide yang bakal menemani perjalanan korang. Boleh tahan ramah juga tour guide ni beb! So, kalau ada nak tanya soalan pasal Sungai Terengganu ke pape.. dipersilakan tanya ya. Jangan pulak tanya soalan pelik-pelik geng! Dah satu hal pening kepala tour guide nak layan karenah korang haha..
Sorang tour guide, sorang abang bot. Dedua friendly guys!
Boleh pilih checkpoint sendiri?
Sewaktu menaiki bot.. korang akan nampak pemandangan seperti perkampungan di pinggiran sungai dan beberapa tempat tarikan pengunjung. Serious best gila weh bila naik bot then nampak kiri kanan ada port lawa nak OOTD. Dah kalau lalu area tu.. takkan tanak berhenti untuk berfoto pula kan? Kalau nak tahu, korang boleh pilih sendiri checkpoint mana korang nak berhenti untuk bergambar. Ada 6 checkpoint cecantik untuk korang pilih geng! Oh ya, kalau korang rasa macam tak tahu nak ambil gambar dari angle mana kan, boleh minta tolong tour guide untuk ambilkan ya. Nak gambar cantik jangan malu-malu okay!
- 6 checkpoint yang ditawarkan (pilih 3):
- Drawbridge Terengganu
- Kampung Cina
- Masjid Kristal
- Signboard Taman Tamadun Islam (TTI)
- Roda Air TTI
- Muzium
Drawbridge Terengganu
Drawbridge Terengganu
Kampung Cina
Kampung Cina
Masjid Kristal
Masjid Kristal
Signboard TTI (Kredit – Kumad Wander Boat)
Roda Air TTI (Kredit – Kumad Wander Boat)
Muzium (Kredit – Kumad Wander Boat)
(Kredit – Kumad Wander Boat)
Kalau hujan macam mana?
Mesti ada segelintir yang dok fikir, macam mana kalau korang dah booking lepas tu tetiba hari hujan pulak weh! Haa.. jangan risau ya sebab KWB boleh dibawa berbincang guys. Meh baca kenyataan kat bawah ini untuk panduan sekiranya berlakunya hujan atau apa-apa sewaktu hari trip kalian..
- HUJAN RINTIK : boleh proceed trip jika guest mahu dan sporting // boleh postpone next date (deposit kekal utk next date) // boleh cancel (deposit refund)
- HUJAN LEBAT, KILAT, ANGIN KUAT, BOT ROSAK, KEADAAN AIR TAK ELOK, TEKONG ADA EMERGENCY : pihak KWB berhak cancel trip dan deposit refund (selagi bot tak gerak)
So, tunggu apa lagi beb? Jom selitkan aktiviti menyusuri Sungai Teregganu bersama KWB! Untuk maklumat lanjut boleh lihat Fb Page Kumad Wander Boat atau WhatsApp +60 10-819 6300
Harga Tiket: RM29// per pax
Jangan lupa LIKE Facebook Kaki Travel, FOLLOW Instagram @kakitravelnet dan SUBSCRIBE Youtube Kaki Travel bagi mendapatkan idea dan info untuk pengembaraan anda!