Taman Negara Gunung Ledang – hutan lagenda di Johor

Tidak dapat dinafikan lagi bahawa penghayatan terhadap keindahan alam semula jadi bukan sahaja memberi ketenangan pada luaran dan dalaman diri, walhal ianya juga mampu membuatkan kita lebih mengenali ciptaan alam semesta yang menakjubkan dengan lebih mendalam. Bagi kalian yang nak fefeling nature secara santai, jom ke Taman Negara Gunung Ledang. Haa.. lokasi ini kedengaran seperti penuh dengan ‘kisah lagenda’ kan? Nak tahu apa ja ada kat dalam tempat ini? Meh baca artikel ini..

Tapak Warisan Kebangsaan

Untuk pengetahuan korang, Taman Negara Gunung Ledang merupakan salah-satu Taman Negara yang diwartakan sebagai Taman Negara Johor. Ianya terletak di Daerah Tangkak, Johor. Taman Negara Gunung Ledang juga merupakan salah-satu Tapak Warisan Kebangsaan yang dikatakan sudahpun berusia lebih kurang 150 juta tahun. Lama tu beb!!


Pemandangan (berlatarbelakang Gunung Ledang) dihadapan laluan masuk dari Sagil – waktu senja

Fakta Menarik!
  • Gunung Ledang merupakan gunung ke-6 yang sukar untuk ditawan (ambil masa 10-11 jam untuk daki + turun)
  • Gunung Ledang merupakan gunung yang ke-123 dalam Malaysia paling tinggi
  • Terdapat lebih 16 sungai di sekitar Taman Negara Gunung Ledang
  • Ada 5 jalan/pagar untuk masuk ke sini :
    – jalan paling mudah : menerusi laluan Sagil
    – jalan paling mencabar : menerusi Jementah (ambil masa 2hari)
Lagenda Puteri Gunung Ledang

Pernah dengar tak cerita lagenda Puteri Gunung Ledang? Haa..cerita itu sangat sinonim dengan tempat ini. Mitos mengatakan bahawa Puteri Gunung Ledang yang sangat cantik dipinang oleh Sultan Mahmud Shah iaitu Sultan Kerajaan Melaka pada ketika dahulu. Namun pinangan tersebut bukanlah satu pinangan yang biasa-biasa beb! Adalah juga tuan puteri minta :
– jambatan emas dari istana Melaka hingga ke puncak Gunung Ledang
– jambatan perak dari puncak Gunung Ledang ke istana Melaka
– 7 dulang hati nyamuk
– 7 dulang hati kuman
– 7 tempayan air mata anak dara
– 7 tempayan air pinang muda
– semangkuk darah Raja Muda Melaka
Ada lagi ke jejaka zaman sekarang yang sanggup penuhi kesemua permintaan diatas? haha..



Paparan informasi mengenai mitos Puteri Gunung Ledang turut disediakan

Aktiviti Menarik kat sini?

Hiking
Okay, selalunya orang akan cakap Taman Negara Gunung Ledang ini adalah lokasi untuk mereka yang kaki hiking. Maksud kaki hiking kat sini bukan level ‘budak baru belajo’ sebab kalau nak hiking sampai ke puncak Ledang ini stamina kena padu geng! So, kena banyak training before nak naik. Ada orang pesan before nak naik puncak Ledang boleh try bina stamina dekat Bukit Kutu.. sebab kalau korang boleh sampai ke Bukit Kutu.. means korang juga mampu jejaki puncak Gunung Ledang.. Malaysia Boleh!! gittew..

Rekreasi – Mandi Air Terjun

Kalau korang rasa tak cukup nafas nak join ekspedisi mendaki Gunung Ledang.. jangan risau.. korang still boleh berekreasi dengan mandi-manda air terjun! Bagi kalian yang datang melalui laluan Sagil, boleh cuba mandi air terjun di Sungai Ayer Puteh. Tak perlu daki tinggi-tinggi pun nak ke sini, cukup 10 minit jalan dah dengar deruan air terjun memanggil-manggil..




Bermanja dengan si Bujang
Satu lagi aktiviti korang kena cuba kalau sampai ke Taman Negara Gunung Ledang ini adalah dengan melawat landak yang bernama ‘Bujang’! Jangan takut guys.. Bujang sejenis landak yang sangat jinak dan suka orang kasi ‘attention’ kat dia. Korang boleh cuba beri makan kepadanya. Oh ya, bagi kaum adam.. jaga-jaga sikit naa sebab Bujang ni suka betul dekati para jejaka walaupun Bujang seekor landak yang berjantina jantan! haha..



Duri landak yang telahpun gugur.. Boleh dijadikan penujuk sewaktu mengaji

Rehatkan kaki dengan terapi ikan
Dah penat jalan sana-sini.. why not korang manjakan sikit kaki korang dengan beri sedikit foot therapy. Haa.. kat Taman Negara Gunung Ledang ini korang boleh rendam kaki dalam kolam yang dipenuhi ikan Tengas. Ikan-ikan ini akan mengigit manja kaki korang untuk keluarkan toksik beb. Tak sakit cuma geli-geli jer geng!




Ronda Taman Herba
Bagi kalian yang suka pelajari ilmu alam dan nak tahu nama-nama saintifik pepohon berkhasiat.. Bolehlah ronda-ronda di sekitar taman herba ni guys! Korang bukan saja dapat hirup udara yang segar malahan dapat tambah ilmu kenali alam semesta. Function kan masuk hutan macam ni? haha..




*Diingatkan supaya kalian sentiasa mengikuti peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak Taman Negara Gunung Ledang dan sila jaga adab ketika berada disini.


Terima kasih Tourism Johor bawa kami explore hutan lagenda di Taman Negara Gunung Ledang! Untuk maklumat lanjut boleh lihat FB Page Taman Negara Gunung Ledang


Jangan lupa LIKE Facebook Kaki Travel, FOLLOW Instagram @kakitravelnet dan SUBSCRIBE Youtube Kaki Travel bagi mendapatkan idea dan info untuk pengembaraan anda!

You may also like...

2 Responses

  1. mohd noor syamsuri says:

    the view is beautiful and clear.. if i have a time i need to visit that places

  2. Hello saya M.AZLAN boleh bertanya mengenai perkara permohonan menyertai aktiviti Gunung ledang ada lampiran borang? Bermula pada tahun 2011 carta organisasi dan nama untuk hubungi? Nombor telekomunikasi M.AZLAN 01133175413 muka buku maw_carsale

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *