10 hari jelajah Norway – Itinerary

Itinerary Norway

Norway, salah satu negara di wilayah Scandinavia di utara Eropah. Negara ini terkenal sebagai salah satu negara dalam dunia ini yang mempunyai landscape yang cantik. Kali ni kami kongsikan itinerary norway yang dikongsikan oleh followers Kaki Travel iaitu Stenn Closen untuk rujukan korang.


Destinasi : Oslo, Trondheim, Alesund, Andalsnes, Lillehammer
Tarikh :
28hb Oct 2018 – 6hb Nov 2018 (10hari 9mlm)
Traveler : Stenn Closen
Jenis Trip : Ber-empat bersama rakan

ITINERARY TRIP NORWAY

Day 1 (28/10/2018)

Kuala Lumpur – Krabi. Fly with Air Asia
Stay 1 night at Krabi town (lupa pula nma hotel tapi kat 5 Khongkha road). RM18.87/pax.

Day 2 (29/10/2018)

Krabi – Oslo, Norway. Fly with Norwegian Air.
Mereput dalam plane (for about 11.5 hrs journey)
Nice plane (dreamliner)  Lengkap dgn entertainment dan ruang yg luas.

Day 3 (30/10/2018)

Safely arrived at the Oslo (Gardermoen) international airport. Belum masuk winter season tapi snow dah menimbun kat Oslo airport. Pick up our car from Avis (booked via Easy Rent Car – Mazda CX 3 (dorg sendiri tukar ikut kesesuaian bilangan penumpang dan bilangan beg)). RM 1,293.96 for 5 days.

International license tak diperlukan di sana (Lesen memandu Malaysia diterima). Tapi tolong pastikan credit card yang digunakan untuk membayar sewa kereta tersebut adalah kepunyaan driver (yg drive kereta tu masa kat Norway nanti). And pre authorised with 5000 Nok is required masa pick up kereta. So kindly ensure the credit card limit is sufficient to cover the amount. Debit card tak boleh guna ya. Nanti dah pulangkan kereta tu, dorg cancel balik pre authorised amount to. Banyakk tu..around RM 2,500.

Oslo to Trondheim

Check in at Hotel Trondheim, øvre Granåslia 1 (nice apartment and boleh masak). Nice city views mcm dalam film Thor. RM 275.76/night/apartment.
Round2 Trondheim town. Town yg cantik dgn seni bina bangunan with beautiful formation of buildings. Patut masa ni dah boleh tgk Arora Borealis, tapi disebabkan kepenatan, malas nak berjaga utk ke town.

Otw Ke Trondheim
Bandar Trondheim

Day 4 (31/10/2018)

Trondheim to Alesund. Utk ke Alesund ni, ada part yg perlu naik Ferry (sumbat sekali dgn kereta). Check in at Design apartment CalmGiantTour, Alesund. RM 441.42/night/apartment. Apartment ni super nice, other than boleh masak, dlm bilik mandi/toilet boleh layan lagu with awesome speaker . Kat sini pun boleh dikatakan semua building dia lawa.

Drive ke Fjellstua Aksla. Scenery dari Fjellstua ni mmg superb! View Alesund’s town, port, sea and mountains. 
Round2 Sunnmøre Museum. Boleh tgk viking houses kat museum ni. Unik!

Perjalanan ke Alesund

Day 5 (01/11/2018)

Alesund to Andalsnes
Check in at Gjerdset Turistsenter, Andalsnes. RM 514.34/night/house. My favourite cabin house all time. Scenery yg superb smpi terasa nak beli rumah sini!. Tak payah pegi cari point of interest tmpt lain utk area ni sbb duduk kat area Cabin pum sudah cukup. Town dia pun cantik, dikelilingi mountains. Even tgh isi minyak kat petrol station pun boleh layan mountain view.

Permandangan di Gjerdset Turistsenter
Satu lagi view di Gjerdset Turistsenter

Day 6 (02/11/2018)

Andalsnes to Lillehammer
Stay at Saksumdalsvegen 410, Lillehammer. Beautiful house with Mountain + nature view. Kitchen terbeakk! RM 405.45/night/house.
Lepak kat town…town dia aman dan damai jak! Sesuai utk lepak2.

Pekan Lillehammer

Day 7 (03/11/2018)

Lillehammer to Oslo
Pulangkan semula kereta. Stay at Sørenga Apartments Sørengkaia, Oslo. Nice apartment with lake view. RM454.97/night/apartment. City is just walking distance.
Wajib datang ke Karl Johans gate street. The main walking street in Oslo. Nak cari gift shop, boleh cari sini. Banyak! Recommended untuk datang ke Alle Tiders gift shop. Harga berpatutan. Nice city cuma padat sikit. Bangunan2 yg cantik dan unik.

Karl Johans Gate Street
National Theatre

Day 8 (04/11/2018)

Oslo (Gardermoen) to Krabi. Fly with Norwegian Air.
Mereput lagi for 11.5 hrs

Train ke airport

Day 9 (05/11/2018)

Landed at Krabi international airport
Stay 1 night at Baan Sabaidee Guest House, Krabi town (RM 20/pax). Sempat lah melantak makanan Thai (at town & Ao Nang).

Day 10 (06/11/2018)

Krabi to Kuala Lumpur. Fly with Air Asia. Safely arrived at KLIA2.


Itinerary Norway

Kos

Members: 4 person.

Flight :-
Kuala Lumpur to Krabi (return) – RM 277.42/pax with Air Asia
Krabi to Oslo (return) – RM 1260/pax with Norwegian Air.

Accommodations:-
RM 561.84/pax sepanjang di Norway.

Car rental:-
RM 323.49/pax

Insurance:-
RM 78.25/pax (AXA)

Notes:-

  • Trip ni more to southern of Norway. Banyak tempat cantik2 in southern area yg tak dpt pegi atas sebab2 tertentu. Suggest to go to Flam and Geiranger.
  • Barang2 kat Norway memang mahal. So bawa lah duit poket lebih sikit kalau nak shopping more.
  • Fuel pun mahal. Kami rent Mazda CX 3. About RM450 baru full tank. So agak2 lah berapa harga per liter minyak dorg. Tp ok lah, tak kerap sgt isi minyak. Sampai Norway baru bersyukur dengan harga minyak kat Malaysia ni. 
  • Harga tol pun boleh tahan mahal. Pendek kata, semua mahal.
  • Kami jimat utk flight tickets sebab Norwegian Air baru open route from Krabi to Oslo masa tu. So, of course kami dapat harga promo. So memang murah! Btw, kami antara penumpang pertama Norwegian Air untuk route from Krabi to Oslo. Tapi tak semestinya takde promo lepas ni. Rajin2 lah check. Promo tu memang ada! 
  • I love Norwegian Air! Flight for long haul dorg nice. Puas hati. Luas and with entertainment! Tapi masa tu my expectation is pramugari dia org Norway…tapi yg ada org Thai..hmm ..but sokey, janji service memuaskan.

Thank you for reading and happy journey! Semoga itinerary Norway ini bermanfaat buat semua.


LIKE Facebook Kaki Travel bagi mendapatkan idea dan info untuk pengembaraan anda!

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *