Tips berguna jika anda nak ke Disneyland Tokyo
Tips Disneyland Tokyo
Disneyland Tokyo, salah satu tarikan menarik jika anda ke Tokyo, Japan. Ianya merupakan destinasi wajib pergi terutamanya jika anda pergi bersama kanak-kanak. Kali ni kami kongsikan tips-tips menarik daripada Hang Dhamin untuk korang yang nak ke Disneyland Tokyo.
PEMILIHAN HARI
- Elakkan untuk pergi pada hari Jumaat/Sabtu/Ahad/Isnin. Cuba pergi hari selasa sehingga khamis. Kurang sikit umat Japan disana.
- Elakkan pergi masa cuti sekolah/perayaan kalau ada peluang. Kalau no choice redah jela kan.
- Elakkan pergi kalau tak suka ramai orang haha #Joking.
PEMBELIAN TIKET (ONLINE)
Semua sedia maklumkan tiket Disneyland ni agak mahal dalam RM 286 Dewasa. So jadilah pembeli bijak untuk beli masa promosi di Website – website femes (contoh) yang aku tahu macam Klook dan Traveloka. Kalau ada yang lain boleh share ok. Masa promo 12.12 / 1.1 / 2.2 /3.3 dan promo seangkatan dengannya slalu lebih murah.
Trick Jika Anda Nak Guna Traveloka
Selalu bila kita cek promo kita akan cek sale di negara kita je kan (Malaysia). Tapi sebenarnya promo traveloka berbeza – beza ikut negara. Masa kami beli haritu kami cek di Website Traveloka Indonesia dan dapat discount hampir 30% seorang dan dapatlah kami harga tiket Disneyland (RM 204) seorang. Jimat banyakkan.
Cara nak beli, Korang kene tukar setting negara dari Malaysia ke Indonesia (atau negara lain yang promo contoh Thailand) dan purchase mengikut currency diorang. Nak lagi murah pay with BigPay.
PEMILIHAN MASA
- Park Operating Hours ( 9.00am – 10.00pm)
- Selalukan bila nak pergi taman tema ni excited dia lain macam kan. Kalau boleh nak jadi orang pertama masuk dan bukakan pintu Disneyland tu Bersama ribuan yang lain. Kene bangun seawal pagi dan nak breakfast yang proper pun tak sempat sebab tak sabar nak beratur depan gate.
- Haritu kami Bersama 3 kanak – kanak / 7 Dewasa / 3 orang (Parent dan Makngah)
Tips :
- Breakfast dulu secara proper makan kenyang – kenyang dan berat sebab semua tahu kan tak boleh bawak makanan masuk dalam Disneyland.
- Kalau yang bawak budak – budak tu make sure diorang dapat rest secukupnya supaya bertenaga untuk bertahan sampai ke malam. Tak perlu kejut diorang seawal subuh dan mereka tak cukup rehat sebab diorang akan meragam nanti bila dah letih sebab tak cukup tido. Sapa yang stress? Korang jugak.
- Disneyland ni sampai pukul 10 malam. So just nice kalau korang masuk tak terlampau awal dalam pukul 11-12 tgh selepas dpt rehat dan mkn yang cukup sebab kena set minda nak balik lambat. Lagi cepat korang masuk lagi cepat nak balik.
FAST PASS (FREE)
Benda pertama yang korang kena buat bila dah masuk Disneyland tu adalah ambil Map dan dapatkan fast pass. Fungsi dia sama macam VIP Pass tu Cuma dia limited dan ada masa ( Untuk potong Que) . Fast Pass ni oleh diambil setiap 2 jam bagi lain2 attraction. So decide la korang nak fast pass yang mana. Maksudnya lepas korang ambil satu fastpass 2 jam selepas tu baru boleh ambil di attraction yang lain.
8 FASTPASS Attraction di Disneyland Tokyo :
🎟️ Big Thunder Mountain
🎟️ Splash Mountain
🎟️ Pooh’s Hunny Hunt
🎟️ Haunted Mansion
🎟️ Star Tours : The Adventures Continue
🎟️ Space Mountain
🎟️ Buzz Lightyear’s Astro Blasters
🎟️ Monsters. Inc. Ride & Go Seek!
Bila dah ambil pass tu korang tgk la korang dapat pukul berapa untuk naik ride tu. Sementara menunggu korang naik la dulu attraction yang kurang dari 15 minit waktu menunggu. Haritu kitorang habiskan ride2 yang tak ramai que dulu. Bile bawak orang tua dan budak – budak ni que yang panjang2 sampai berejam kami ketepikan dulu. Nanti diorg penat kesian pulak Enjoy je ride yang tak beratur lama. Ride kat Disney ni semua best so main je mana2 yang tak ramai orang tu.
Tambahan : fastpass tu boleh ambil disetiap pintu masuk attraction yang korang nak main tu.
Tips Disneyland Tokyo
PARADE
Parade (perarakan kereta berhias) ni ada byk kali dalam satu hari. Haritu aku pergi 3 kali dapat tengok dan paling best waktu malam sebab berlampu dan semua parade adalah berbeza konsep (time aku pergi la) – jangan lupa bawak saprah nak duduk nanti kat lantai dan lepas parade yang terakhir selepas bunga api kebanyakan pengunjung akan balik, time tu la korang all out main semua attraction yang que Panjang-panjang tadi tu sbb lepas tu biasanya tak sampai 5 minit beratur dah boleh main. Siap boleh repeat lagi. Tu yang sampai tutup baru kami balik.
Permainan kat Disneyland ni tak adventure sangat sesuai untuk semua golongan sbb aku tgk parent aku enjoy gila. Mula2 risau gak takut diorang boring menunggu taknak main. Skali diorg pun excited try. Lega !
MAKANAN
Dalam tu kami mencuba 2 makanan untuk hilangkan lapar.
🥘 Vegeterian Pizza (Mickey)
🥘 Waffle Mickey
Tu jela tips yang terlintas setakat ni. Kalau ada apa2 nak tambah komen dibawah ok. Semoga tips Disneyland Tokyo ini bermanfaat.
LIKE Facebook Kaki Travel bagi mendapatkan idea dan info untuk pengembaraan anda!