8 Theme Park Best di Malaysia! – Mana Paling Berbaloi?

Kalau korang tengah cari tempat untuk short escape atau berhujung minggu, Malaysia sebenarnya ada banyak theme park yang menarik dari yang santai sampai ke penuh cabaran. Setiap tempat ada keunikannya tersendiri!!

Ini 8 theme park best di Malaysia yang wajib masuk bucket list korang:

1. FunPark Gamuda Luge Gardens

FunPark Gamuda yang terletak di Rawang, Selangor ni sesuai untuk aktiviti ibu bapa bersama anak-anak. Harga pun mesra poket, bolehlah kumpulkan duit raya anak bawa kesini hihi. 

Dalam satu tempat ada pelbagai aktiviti antaranya water park yang lengkap pelbagai jenis slide, gazebo, locker & cafe. Selain itu, terdapat juga Ferris Wheels… korang boleh tengok keseluruhan Gamuda Luge dari atas ni, pelbagai permainan untuk kanak-kanak dan main salji di Snow World. 

⏰ Waktu Operasi: Tutup setiap Rabu

  • Weekdays: 3.00 petang – 11.00 malam
  • Weekend: 12.00 tengahari – 12.00 malam

2. Skyline Luge Kuala Lumpur

Skyline Luge Kuala Lumpur memberi pengalaman yang sedikit berbeza berbanding theme park biasa. Sekarang, dah ada tambahan Skyline HyFly (Zipline) dengan 2 track berbeza, korang boleh naik single ataupun tendem. 

Yang paling trending, mestilah Skyline Luge! Terdapat 4 laluan berbeza, setiap track memberikan pengalaman yang berlainan. Kalau datang pada waktu malam, suasana lebih menarik dengan pencahayaan sepanjang track. Lebih futuristic! 

⏰ Waktu Operasi: Tutup Rabu

  • 10.00 pagi – 10.00 malam

3. Escape Ipoh

Escape Ipoh lebih kepada taman tema berkonsepkan aktiviti luar dan cabaran fizikal. Ia menawarkan beberapa laluan halangan yang menguji keseimbangan dan keberanian, termasuk aktiviti di ketinggian. Bagi yang gayat, inilah masanya cabar diri korang! 

Keunikan tempat ini terletak pada lokasinya, di mana semua cabaran ni dilakukan di bawah kawasan bekas lombong bijih timah! Selain itu, terdapat juga aktiviti seperti slingshot serta kemudahan lain seperti kafe dan tapak perkhemahan.

Tips: Jaga gadget betul-betul atau guna safety strap!

⏰ Waktu Operasi:

  • 10.00 pagi – 6.00 petang (Buka setiap hari)

4. Genting Theme Park

Genting Theme Park merupakan antara destinasi paling popular sebab lengkap dengan taman tema indoor dan outdoor dalam satu kawasan. Bahagian outdoor menawarkan pelbagai permainan termasuk roller coaster, manakala indoor lebih kepada aktiviti santai seperti permainan arked dan ferris wheel.

Lokasinya di kawasan tanah tinggi memberikan suasana yang lebih sejuk, menjadikan ia percutian yang lebih selesa.

⏰ Waktu Operasi: 

  • 9.00 pagi – 11.00 malam (Buka setiap hari)

5. i-City Shah Alam

i-City Shah Alam lebih terkenal sebagai lokasi santai dengan suasana malam yang dihiasi lampu LED berwarna-warni. Tarikan utama termasuk ferris wheel, Snow World dan go-kart. 

Nak jalan sahaja pun boleh sambil tangkap gambar, sebab memang asthetic dan instagramble! 

⏰ Waktu Operasi:

  • 4.00 petang – 12.00 malam (Weekdays)
  • 12.00 tengahari – 12.00 malam (Weekend) 

6. Sunway Lagoon

Sunway Lagoon adalah antara taman tema paling terkenal di Malaysia dan menawarkan pelbagai zon dalam satu lokasi. Antaranya termasuk waterpark, amusement park, extreme park dan wildlife park.

Dengan jumlah aktiviti yang banyak, tempat ini sesuai untuk lawatan sehari penuh. Wave pool dan gelongsor air merupakan antara tarikan utama yang sering menjadi pilihan pengunjung.

⏰ Waktu Operasi:

  • 10.00 pagi – 10.00 malam (Tutup Selasa)

7. Legoland Malaysia

Legoland Malaysia menawarkan pengalaman berkonsepkan keluarga. Taman tema ini terkenal dengan binaan model bangunan ikonik yang diperbuat daripada blok Lego, serta pelbagai permainan yang sesuai untuk kanak-kanak.

Selain taman tema utama, terdapat juga waterpark yang boleh menambah variasi aktiviti. Bagi orang dewasa juga ada aktiviti interaktif.

⏰ Waktu Operasi:

  • 10.00 pagi – 6.00 petang (Tutup Rabu)

8. Splash Mania

Splash Mania yang terletak di Bandar Gamuda Cove ini merupakan taman tema air yang menawarkan pengalaman lebih moden dengan pelbagai gelongsor dan kolam untuk semua peringkat umur. Selain aktiviti air, terdapat juga kemudahan seperti kawasan rehat, kafe dan kedai cenderamata.

⏰ Waktu Operasi: Tutup Rabu

  • 10.00 pagi – 6.00 petang (Weekdays)
  • 7.00 pagi – 11.00 malam (Weekend)

Secara keseluruhan, setiap theme park dalam senarai ini ada tarikan tersendiri. Ada yang lebih sesuai untuk aktiviti santai bersama keluarga, ada yang fokus kepada aktiviti extreme, dan ada juga yang lengkap untuk lawatan seharian.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *