10 tempat wajib singgah di Alor Setar

Bila kali terakhir anda jejak kan kaki ke Alor Setar? Ibu negeri Kedah ini sebenarnya mempunyai banyak tempat-tempat menarik untuk dilawati. Dengan kemudahan pengangkutan sekarang ini, Alor Setar bukan sahaja boleh diakses melalui jalan raya tetapi juga melalui penerbangan serta keretapi laju ETS.

Mungkin ramai yang tidak tahu sebenarnya bandaraya ini turut dipenuhi dengan tempat-tempat menarik serta tempat sejarah tersebunyi. Jadi kali ni kami nak kongsikan 10 tempat menarik untuk anda singgah jika ke Alor Setar.

1.Muzium Padi

Kedah merupakan jelapang padi negara dan antara pengeluar padi terbesar di Malaysia. Oleh itu, simbol padi sangat sinonim dengan negeri Kedah dan Alor Setar. Memang tak sah pelancong yang ke Alor Setar tapi tidak singgah ke Muzium Padi. Tiket masuk adalah RM5 untuk dewasa dan RM2 untuk kanak-kanak. Di sini, pengunjung bukan sahaja didedahkan dengan sejarah penanaman padi malah dapat melihat lukisan seluas 360 darjah yang dilukis oleh 60 pelukis-pelukis yang di import dari Korea Utara dan mengambil masa selama 6 bulan.

Pihak muzium ada juga membuat aktiviti luar ke tempat sawah padi. Aktiviti itu hanya untuk berkumpulan sekurang-kurangnya 10 orang dan harga bermula dari RM 30 untuk seorang. Booking haruslah dibuat seminggu awal. Untuk keterangan lanjut, boleh hubungi:

Muzium Padi
Lot 798 Jalan Gunung Keriang, Mukim Gunung Keriang, 06570 Alor Setar, Kedah Darul Aman.
Tel : 04-735 1315

Waktu lawatan: Dibuka setiap hari 9.00 pagi hingga 5.00 petang
(kecuali jumaat tutup sementara 12.30 t/hari hingga 2.30 petang)

2.Keriang Hill Resort

Berhadapan dengan Muzium Padi adalah Gunung Keriang. Disini juga terletaknya Keriang Hill Resort. Sekiranya anda ke kawasan ini, anda boleh singgah menjamu selera di The Puteri Restaurant. Disini ada disediakan sajian buffet serta ala carte dengan harga yang sangat berpatutan. Untuk mengetahui harga dan promosi menu, boleh la layari laman web mereka: https://kerianghill.com.my/the-puteri-restaurant-keriang-hill/

Bagi yang merancang untuk menginap di sini, pastikan anda buat booking dengan lebih awal kerana resort ini adalah antara yang menjadi pilihan utama di Alor Setar. Mana tidaknya, ianya telah banyak menjadi lokasi pengambaran artis-artis untuk filem dan drama.

Terdapat 14 unit rumah disini yang terdiri dari 2 jenis unit, Standard Room untuk 2 orang (RM 200) & Family Room untuk 4 orang (RM 300). Walaupun resort ini berkonsepkan rumah tradisional tetapi setiap rumah masih dilengkapkan dengan aircond dan air panas. Aktiviti yang anda boleh melakukan di resort ini adalah melawat rumah replika, hiking dan caving di Gunung Keriang (guide disediakan – RM 40 untuk seorang berserta makan dan minum). Selain itu, resort ini juga menyediakan penyewaan basikal (RM 5 – sejam).

Keriang Hill Resort
Jalan Gunung Keriang, Mukim Gunung,
06570 Alor Setar, Kedah
Tel: 604-731 5233 (Front Office),
604-730 2232 (Restaurant),

3.Pulau Payar

Pulau Payar merupakan pulau yang pertama menjadi taman laut di Malaysia semenjak 1989. Pulau Payar ini juga menjadi destinasi utama pelancong untuk bersnorkling di perairan Selat Melaka ini. Terdapat 3 cara untuk anda kesini iaitu dari Alor Setar, Pulau Langkawi atau Pulau Pinang. Namun, yang paling dekat adalah dari Alor Setar, ianya hanya mengambil masa 30 minit saja kalau menaiki speed bot atau 1 jam 30 minit dengan menaiki feri. Di Pulau Payar ini juga anda boleh melakukan aktiviti diving di bahagian laut yang dalam serta jungle trekking di kawasan pulau tersebut.

Pulau ini tidak mempunyai tempat untuk anda menginap demi untuk menjaga ekosistem laut. Oleh itu, orang ramai hanya boleh melawatnya pada siang hari. Apa yang menarik tentang Pulau Payar ini adalah ratusan ikan yang terdapat di pesisiran pantai. Anda tidak perlu untuk ke kawasan yang dalam untuk melihat ikan, cukup di paras yang cetek. Jika anda bernasib baik, anda mungking dapat melihat baby shark berkeliaran disini. Harga pakej untuk ke Pulau Payar dari Alor Setar bermula RM150 seorang (minimum 12 orang)

Waktu lawatan: 10.00 am – 5.00 pm

4.Masjid Zahir

Disenarai antara 10 masjid yang tercantik di dunia (sumber: Wikipedia) Masjid Zahir juga dikenali Masjid Zahrah juga merupakan mercu tanda Alor Setar. Ia juga antara masjid yang tertua di Malaysia yang telah dibina semenjak 1912 dan masih tersergam indah di Kota Setar ini.

Jalan Kampung Perak, Bandar Alor Setar, 05150 Alor Setar, Kedah

Tel: 04-733 3288

5.Balai Besar

Tidak lengkap kawatan anda ke Alor Setar jika tidak mengambil sedikit ilmu tentang tempat-tempat bersejarah di Alor Setar yang kaya dengan sejarah Kesultanan Kedah semenjak tahun 1136 lagi. Tempat-tempat bersejarah amat mudah dilawati kerana lokasinya yang berdekatan antaranya Balai Besar iaitu cuma berhadapan dengan Masjid Zahir.

Ia dibina oleh Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Mu’adzam Shah II (1710 – 1778) pada tahun 1735 yang merupakan pusat pentadbiran kelapan negeri dan berfungsi untuk mengendalikan upacara rasmi raja-raja dan kerajaan. Di belakang balai besar ini terdapat Muzium Diraja yang juga merupakan Istana Kota Setar. Di sini anda dapat melihat banyak khazanah-khazanah negeri dan replika bilik menghadap.

Waktu lawatan: Dibuka setiap hari 9.00 pagi hingga 5.00 petang
(kecuali jumaat tutup sementara 12.30 t/hari hingga 2.30 petang)
Masuk adalah PERCUMA

6.Kompleks Rumah Kelahiran Mahathir Mohamad (KRKMM)

Kompleks Rumah Kelahiran Tun Dr. Mahathir Mohamed ini telah menjalani proses naik tarat dan dibuka semula untuk orang ramai pada Januari 2019. Kompleks ini mengandungi 4 bahagian iaitu Rumah kelahiran Tun, Rumah Bumbung Lima (Pameran 1), Rumah Bujang (Pameran 2) dan Kilang Ais. Apa yang terdapat di bilik pameran ini adalah artifak-artifak yang digunakan oleh Tun Mahathir dari zaman menjadi seorang doktor hinggalah penglibatannya dalam politik.

Pelawat bukan sahaja didedahkan dengan sejarah Tun Dr Mahathir tetapi pengunjung dapat melihat kawasan, rumah tradisional, kenderaan serta perkakas lama yang digunakan oleh orang melayu pada zaman ini. Jadi, lokasi ini adalah pilihan terbaik untuk bawa orang luar atau orang bandar pelajari tentang rumah tradisional melayu. Kompleks ini juga ada menyediakan auditorium, surau, tandas awam, wakaf, dan kafeteria.

 Waktu lawatan: Dibuka Sabtu – Khamis 10.00 pagi hingga 5.00 petang
(Tutup pada hari Isnin & Jumaat)
Masuk adalah PERCUMA

Ruang tamu
Ruang dapur

7.Rumah Merdeka

Selain perdana menteri kita yang ke-4 dan ke-7, Alor Setar juga merupakan tempat kelahiran perdana menteri kita yang pertama, Tunku Abdul Rahman. Rumah Merdeka ini adalah rumah rasmi Tunku yang masih mengekalkan susun atur asal rumah ini. Di sini anda dapat mengenal lebih lanjut tentang bapa kemerdekaan kita dan melihat potret-potret dan barang-barang asal yang dimiliki beliau.

 Waktu lawatan: Dibuka Sabtu – Khamis 10.00 pagi hingga 5.00 petang
(Jumaat tutup sementara 12.00 t/hari hingga 3.00 petang)
Masuk adalah PERCUMA

8.Muzium Kota Kuala Kedah

Kota ini juga dikenali sebagai Kota Kuala Bahang yang terletak di Kuala Sungai Kedah kira-kira 12 kilometer dari bandar Alor Setar. Kenapa dipanggil Kuala Bahang? Ini kerana lokasinya di kuala dan bahang yang bermaksud panas setelah menyaksikan 3 perang besar di Tanah Melayu ini iaitu dari Aceh (1619), Bugis (1770) dan Siam (1821). Kota ini merupakan benteng pertahanan Melayu yang tertua sekali di utara Malaysia dan dibina oleh orang-orang Melayu. Apa yang anda dapat lihat selain mempelajari tentang sejarah dalam muzium tersebut adalah benteng kota ini asalnya dibina menggunakan tanah liat, kayu buluh dan cengkerang.

Waktu lawatan: Dibuka setiap hari Isnin – Ahad 9.00 pagi hingga 6.00 petang
Masuk adalah PERCUMA

Dahulunya bangunan ini adalah sebuah sekolah

9.Pekan Rabu

List ini tidak lengkap kalau tidak masukkan Pekan Rabu kan? Semamangnya siapa yang ke Alor Setar mesti akan singgah ke Alor Setar. Pekan Rabu yang baru ini miliki konsep “One Stop Centre” yang menempatkan 277 peniaga yang menjalankan pelbagai perniagaan dari kraftangan tempatan, pakaian, buku hinggalah makanan dan minuman

10.Menara Alor Setar

Setelah habis pusing satu kota, jangan lupa untuk naik ke Menara Alor Setar yang merupakan bangunan tertinggi di utara tanah air. Lokasinya adalah di tengah-tengah bandaraya Alor Setar dan berhadapan dengan Aman Sentral Mall. Disini anda berpeluang untuk melihat view 360 darjah bandaraya Alor Setar. Diatas menara ini juga terdapat restoran berputar. Jadi siapa yang nak akhiri percutian mereka di Alor Setar sambil ber ‘candle light dinner’ boleh la singgah disini.

Waktu lawatan: Dibuka setiap hari Isnin – Ahad 8.30 pagi hingga 10.30 malam
Tiket Masuk: RM 6 untuk dewasa, RM 3 untuk kanak-kanak

http://www.menaraalorsetar.com.my/

Jap sebelum korang habiskan post ni, jom layan video Pulau Payar ni dulu

Terima kasih Tourism Malaysia Wilayah Utara membawa kami ke Alor Setar!


Jangan lupa LIKE Facebook Kaki Travel , FOLLOW Instagram @kakitravelnet dan SUBSRCIBE Youtube Kaki Travel bagi mendapatkan idea dan info untuk pengembaraan anda!

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *