Gadis ini kongsikan tips & itinerari trip Nusa Penida & Bali
Tips Nusa Penida & Bali
Semenjak dua menjak ni nama Nusa Penida makin mendapat perhatian dikalangan rakyat Malaysia. Nusa Penida ni sebenarnya adalah sebuah pulau di Indonesia yang terletak di tengah antara Bali dan juga Lombok. Disini kami nak kongsikan sedikit tips dan itinerari oleh seorang followers Kaki Travel iaitu Mira Maira.
Tips Nusa Penida & Bali
1. Simkad – yang bagus telkomsel tapi aku & kawan aku dah cuba beli kad lain2 . Simkad baru nama XL. Coverage dia lagi kuat. dah abis data still boleh guna. Korang beli di airport murah 10GB – 150k . kalau di luar 200k – 6GB.
2. Naik Grab sahaja untuk ke tempat hotel. Harga around 166k macam tu kalau malam. If supir pick up from airport 300k. Harga Kalau tahan tepi jalan around 100k.
3. December / Jun/ July / August adalah bulan yang paling sibuk di Bali . Jem boleh smpi 1jam area Kuta.
4. Area terdekat untuk ke Nusa Penida dengan menaiki boat, check in hotel area Sanur. Aku tido hotel Akarsa transit – rm70. (1mlm) hotel ni around less then 10min naik kereta.
5. Nusa penida aku book je dengan supir senang . Dekat jetty sanur banyak gilaaaa operator untuk ferry. Harga aku dpt 1,900,000 (800k nusa penida + 300k supir hantar ker sanur) sooo soraang hrga dalam 950k. Pakej termasuk supir, minyak mobil, tiket feri & makan tengahari.
6. Tips utk korang – nak naik boat ni korang kena jalan kaki dari jetty meredah air paras lutut untuk ke boat. sooo girl sila pakai dress sebab nak angkat kain senang. if not prepare jelah seluar untuk basah.Perjalanan naik speed boat dalam 45min.
7. Sampai sahaja di Nusa Penida supir dah tunggu. Sooo aku sempat cover nusa penida -: Tree house / Angelbilabong / Kelingking beach / Diamond
9. Dekat Diamond Beach aku bayar untuk sangkar 100k pastu aku mintak discount untuk swing 100k pastu kain dpt 25k. total hangus 235k sekali derma sebelum nak masuk beach ni.
10. Retribution kena bayar masa keluar dari jetty dalam 25k.
11. Jalan di Nusa Penida sempit dan berbukit2 sampi boleh muntah. by the way tempat2 attraction kat Nusa Penida semua struggle is real. Lorong nak turun ke diamond beach ada beratus2 anak tangga. semuanyaaa tempat attraction ada tangga. turun memang xda masalah. nak naikkkkk masyalllllahhhhh Boleh putus nyawa. Tempat diaaa kena mendakiiiii bukittttttttttttt better pakai sport shoes. (beauty is pain) hahahahhaa..
12. Terrace River Pool – dekat Ubud tempat untuk swing and bergambar. Beza swing di Ubud dan Nusa Penida suasana sahaja harganya sama 200k.
13. Lempuyang temple- better pegi ambik gambar masa jam 6.30am ke atas sebab cahaya dah kluar dengan gunung jelas nampak. kalau pagi2 sangat gunungnyaa di tutup oleh awan. but ni semua nasib, kalau rezeki gunung agung tu nampk lah hahahahahah. if korang tak puas ati sila keluar dan masuk balik and ambik nombor balik hahahahha. (mcm sis buat). harga masuk 20k + sedekah ikut korang . yg tulis kat buku tu sedekah yer jgn tulis sekali dgn 20k tu hahahahaha. Nanti jadi double.
14. Tirta Gangga – 25k & Tukad Cepung waterfall macam free sis dh lupa hahaha.
15. Kepala plug utk charger mata pin diaaa bulatttt yer. i ada adapter travel yang jenis banyak tuuuu pun xdaa yg bulat… soooo lupa bawak kena beli lagi
16. Makanan indonesa jgn lupa cuba Ayam Tulang Lunak/ Bebek (itik) goreng share sbb portion nya besar/ bali banana.
**Cariklah supir yg muslim. aku pakai supir pak yanto. dia ada 44 org supir. dekat nusa penida korang boleh request Geder Tawan (Bdk Muda and dia tk berkira tempat untuk cover kalau cukup masa) + kereta dia lagu kita malaysia hehe. Dekat Bali aku dpt supir nama Harry Adiputra (dia ni supper funny) sooo diorang dah tahu tempat2 halal nak bawak makan. Area willayah lempuyang temple susah carik makanan halal. standby ar beli makanan siap2 kat mart . aku bedal mee gooreng (cup) sebab tu jer ada logo halal.
Itinerari
Day 1
- Flight Malam soo smpi terus book grab. korang kena tunggu grab dekat level 2. kluar dari ketibaan ada nampak bangunan tulis grab korang lintas jalan belok ke kiri ada lift naik level 2 and tunggu dekat tiang c80.
- Check In area Sanur. sebab Sanur area paling dekat untuk ke nusa penida. by the way korang boleh tido sana or balik day trip macam aku buat. Hotel aku book semalam kos rm70.00 sahaja. sooo sorang dalam rm35.00
Day 2
- – Nusa Penida 2 (Timur dan Barat) . Sempat cover ;
- Tree house
- Angelbilabong
- Kelingking beach
- Diamond
- Boat balik jam 5pm. sooo korang kena smpi awal dr masa tu yer. Sharp masa diorg gerak. smpi jer jetty supir tggu dah. Aku ambik pakej include 300k utk ambik di sanur.
- Check in – Malam ni tido Area Kuta (jalan kaki jer utk ker HRC. Hotel Sorga).
Day 3
- Ubud Area (Batik, Silver, painting)
- Tegallang (Rice terrace)
- Kintamani Mountain View (lunch)
- Tegunungan Waterfall(tk prgi sbb penat kaki dah sakit masa nusa penida tk hilang)
- Luwak Coffee Plantation
- Tirta empul temple
Day 4 – (kos supir 700k sbb lempuyang ni jauh)
- Lempuyang temple
- Tirtta Gangga
- Tukad Cepung Waterfall.
Day 5
– Balik.
Total Kos : Budget Less then – RM1k (not include flight ticket) aku guna citilink beli masa kurang sebulan sebelum pegi hrga rm300. (return) free bag 1Okg +7kg & meal
Boleh follow Instagram @mira_maira1706 untuk tengok gambar-gambar lain
Jangan lupa LIKE Facebook Kaki Travel , FOLLOW Instagram @kakitravelnet dan SUBSRCIBE Youtube Kaki Travel bagi mendapatkan idea dan info untuk pengembaraan anda!
Hi, berapa entrance Lempuyang temple dan photographer di Gate tu ye?