Farm Ville Cafe & Homestay Sekinchan – rasai pengalaman tidur dalam kontena!

Ada tak yang tengah plan nak pergi short vacay di area Selangor? Kalau korang masih mencari tempat yang santai dengan view yang sejuk je mata memandang.. haa meh tengok perkongsian dari Cik Sara mengenai tripnya ke Farm Ville Cafe & Homestay yang terletak di Sekinchan, Selangor.

Tidur dalam kontena!

Menariknya di Farm Ville Cafe & Homestay ini adalah korang dapat merasa pengalaman tidur dalam kontena taw! Tambah pulak view dekat area tempat ini memang lawa sebab nampak sawah padi yang menghijau. Rasa tenang je weh! Bolehlah buat modal untuk lupakan kejap segala masalah.. haha..

Bilik

  • Masa pergi sana, saya ambil Family Room Upstair (muat untuk 4pax)
  • Ikutkan perancangan saya nak booking bilik paddy view tapi dah full.. so tinggal Family Room ni je yang ada
  • Dalam Family Room terdapat:
    • 2 katil queen
    • 2 aircond *so tak ada la rasa panas
    • Towel
  • Bilik selesa, toilet pun bersih. Tapi tv je tak ada dalam bilik but it’s okay sebab datang bercuti ke sana bukan nak tengok tv sangat.. haha

Fasiliti & Aktiviti

  • Dekat dalam ni ada juga swimming pool tapi macam lebih khas buat kanak-kanak
  • Pantry juga turut disediakan. Kalau sesiapa yang nak buat BBQ, nak simpan bahan- bahan untuk BBQ.. boleh simpan dalam peti dekat pantry.
  • Dekat homestay ada car park, so tak perlu risau sangat cari tempat parking kereta
  • Kat sana kalau petang-petang korang boleh ronda-ronda sekitar kawasan sawah padi sambil berbasikal
  • Boleh sewa basikal dekat homestay. Harga RM10-15//sejam
  • Best pergi ronda naik basikal. Sambil tu.. haruslah bergambar.. hehe
  • Malam pula boleh buat aktiviti makan-makan. So nice sangat kalau korang nak buat BBQ
  • Kalau dah pergi sini, jangan lupa singgah makan dekat Satay Hut. Satay sedap, semua makanan sedap. Memang puas hati! Nak pergi sini kena pergi awal, kalau lambat meja full ye..

* Perhatian: sebelum kalian nak pergi Farm Ville Cafe & Homestay.. boleh cuba call/ws dahulu pihak mereka untuk tanya sama ada padi tengah menghijau atau tidak. Kena ingat ya, bukan semua musim ada padi.. hehe. Nak Booking? Boleh cuba contact: 017-2068666 (ws). Have a nice trip guys!


Jangan lupa LIKE Facebook Kaki Travel, FOLLOW Instagram @kakitravelnet dan SUBSCRIBE Youtube Kaki Travel bagi mendapatkan idea dan info untuk pengembaraan anda!

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *