7 tempat makan best di Melaka – Jom Food Hunting!

Bila sebut Melaka.. automatik akan ingat ‘Bandar Bersejarah’. Ye, memang betul Melaka penuh dengan tempat-tempat bersejarah. Tapi.. Melaka pun banyak tempat makan best yang korang kena try weh! Buat kalian yang suka food hunting.. meh tengok 7 tempat makan best di Melaka ini!

Foto: Nina Azahari

1. Waronk

  • Kalau korang datang Melaka, jangan lupa melepak di Waronk
  • Kedai makan tepi sungai ini mempunyai view yang super cool! Chill-chill ja makan malam disini sambil cuci mata tengok orang naik cruise hehe..
  • Ada banyak meja kita boleh pilih, dalam kedai, tingkat atas, tepi sungai pun ada tempat duduk. Suka hati nak duduk kat mana
  • Kat sini disediakan pelbagai menu: masakan western, thai, kampung, satay dan banyak lagi lah!
  • Nak OOTD pun boleh sebab deko kedai ni memang mengimbau kita macam kat kampung. Lawa gila!
  • Alamat: No. 118, Lorong Hang Jebat, 75200, Melaka
Foto: Nina Azahari
Foto: Nina Azahari
Foto: Nina Azahari

2. Big Food Kitchen

  • Kalau nak cari port makan yang sedap, selesa, luas dan harga berpatutan.. meh singgah di Big Food Kitchen
  • Digalakkan datang bersama family atau kawan-kawan.. sebab kalau makan sorang takut tak habis 😝
  • Antara menu yang ada kat sini:
    • Shellout
    • Western Food
    • Set Sotong Gedabak
    • Set Nasi Dulang
    • Dessert
  • Alamat: Lot 1416, Jalan Bukit Duyung, Melaka
    Waze: Big Food Kitchen
Foto: Big Food Kitchen
Foto: Big Food Kitchen
Foto: Big Food Kitchen

3. Restoran Selera Ibuku

  • Sekiranya korang nak makan masakan panas, meh cuba makan di Restoran Selera Ibuku
  • Kat sini ada gulai tempoyak, masak lemak cili padi salai, claypot asam pedas dan banyak lagi!
  • Jangan lupa try menu special mereka iaitu ‘Nasi Goreng Seafood Berkembur’! *Nasi ni ada ketam, udang galah, kupang, sotong. Nasi goreng dibungkus dengan telur dan dikembur dgn kuah seafood yang istimewa dan aromanya pasti memikat selera anda!!
  • Alamat: No. 15, Jalan Lagenda 1, Taman 1 Lagenda, 75400, Melaka
    *Berhadapan Aeon Bandaraya Melaka
    *Waze: Restoran Selera Ibuku
Foto: Restoran Selera Ibuku
Foto: Restoran Selera Ibuku

4. Nasi Arab Al Hajj 115 MITC

  • Bagi peminat nasi Arab.. haa jom pakat ajak geng singgah makan di Nasi Arab Al Hajj 115 MITC
  • Perapan ayam dan kambing dengan sos ‘istimewa’ pasti buatkan korang kekenyangan beb!
  • Alamat: No. 76 Jalan Lingkaran MITC, Kompleks Perniagaan MITC Perdana, 75450 Ayer Keroh, Melaka
    *Sebaris Big Bowl Ice MITC
Foto: Nasi Arab Al Hajj 115 MITC
Foto: Nasi Arab Al Hajj 115 MITC

5. Roti John Tarik MaeLambong

  • Kalau korang nak makan simple-simple sambil chill kat Melaka.. boleh singgah ke Roti John Tarik MaeLambong
  • Kat sini roti john paduww gila sebab dia punya letak sos cheese, sos cili, sos black pepper tu.. sampai meleleh-leleh weh!
  • Selain roti john, kat sini juga disediakan menu lain seperti burger, spagetti dan nasi ikan bawal/siakap
  • Alamat: MaeLambong Cafe, Jalan Hang Tuah Mall Melaka
    *Bersebelahan MARA Melaka / Depan Pizza Hut
Foto: Roti John Tarik MaeLambong
Foto: Roti John Tarik MaeLambong
Foto: Roti John Tarik MaeLambong

6. Asam Pedas Claypot Lima Beradik

  • Dah sampai Melaka rasanya tak complete kalau tak pergi makan Asam Pedas kan?? Jom-jom singgah ke Asam Pedas Claypot Lima Beradik
  • Kat sini terdapat pelbagai aneka Asam Pedas seperti:
    • Asam Pedas Telur Ikan
    • Asam Pedas Kepala Jenahak // Isi Jenahak
    • Asam Pedas Ikan Tenggiri // Ikan Pari
    • Asam Pedas Daging // Ayam
    • Asam Pedas Udang // Seafood
  • Roti canai pun ada guys! So bolehlah pekena roti canai cecah asam pedas. Slurrp!
  • Alamat: No. 28, Jalan PM5, Plaza Mahkota, Banda Hilir, 75000 Melaka
Foto: Asam Pedas Claypot LimaBeradik
Foto: Asam Pedas Claypot LimaBeradik
Foto: Asam Pedas Claypot LimaBeradik

7. Restoran Ikan Bakar & Shellout (Bakau Je)

  • Buat kalian yang gemarkan ikan bakar.. meh datang ke Restoran Ikan Bakar & Shellout (Bakau Je)
  • Disini korang bukan saja boleh makan ikan yang fresh, malahan terdapat jugak kupang, udang, sotong.. senang kira semua jenis seafood ada lerr!
  • Jangan lupa try signature mereka iaitu ‘Ikan Bakar Sambal Portugis Adunan Rempah Istimewa’. Macam paduww je beb!
  • Kalau nak makan sini, korang disarankan buat tempahan meja awal ya, bukan apa risau sampai-sampai tengok meja penuh pulak.. haha
  • Alamat: Lebuh raya AMJ Kandang
    *Bersebelahan Wakaf Warisan (gazebo)
Foto: Bakau Je
Foto: Bakau Je
Foto: Bakau Je

Jangan lupa LIKE Facebook Kaki Travel, FOLLOW Instagram @kakitravelnet dan SUBSCRIBE Youtube Kaki Travel bagi mendapatkan idea dan info untuk pengembaraan anda!

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *