Nira Nipah Napiah – pengalaman unik makan dibawah rimbunan pohon nira!

Untuk anda yang ingin bercuti ke Kedah, kami nak kongsikan satu tempat makan yang unik untuk anda singgah. Tempat ini namanya ladang Nira Nipah Napiah. Lokasi destinasi ini terletak di Kg. Sungai Pial, Merbok di dalam Kawasan Jerai Geopark.

Boleh nampak view Gunung Jerai!

Tempat ini sangat menarik kerana anda akan merasai pengalaman makan di dalam ladang nipah dan kawasannya sentiasa redup dan berangin. Selain itu, anda boleh lihat pemandangan Gunung Jerai yang persis lukisan secara ‘live’! Sangat cantik untuk dihayati sambil makan dibawah rimbunan pohon nira nipah. Bukan senang ya nak dapat merasa ‘scenery’ mahal macam ni!

suasana ketika musim padi menghijau

Bukan sekadar tempat makan..

Di Nira Nipah Napiah ini, anda bukan hanya boleh menikmati hidangan yang enak malahan, tempat ini juga sesuai dijadikan lokasi untuk meluangkan masa bersama orang tersayang. Terdapat pondok, buaian dan sampan yang disediakan dalam kawasan ini bagi kegunaan para pengunjung. Kawasan sekeliling ladang Nira Nipah Napiah ini juga mempunyai banyak spot yang cantik untuk berfoto, memang sangat ‘instagrammable’.

Nikmati air nira yang fresh!

Hidangan yang popular disini ialah mee udang. Tapi apa-apa pun, tak sah jika anda ke sini tapi tidak merasai air nira yang betul-betul segar dari ladang! Air nira yang dihidangkan diambil dari pokok nira yang sememangnya berada di sekitar ladang. Bagi menjaga kualiti air nira supaya sentiasa ‘fresh’, ia akan dikutip empat kali sehari.

Nampak menarik kan tempat ini? Jadi kalau anda ke Kedah nanti, jangan lupa masukkan tempat ini dalam itinerari anda okay! Untuk maklumat lanjut boleh lihat di FB Page Nira Nipah Napiah.

*Peringatan: Sekiranya anda tidak pernah mencuba air nira, anda disarankan untuk mencuba tetapi sila jaga kuantiti yang diambil kerana jika anda terlebih minum, boleh mendatangkan rasa mual-mual.

• Waktu operasi: 12 tengahari – 7 petang
• Beroperasi setiap hari kecuali Rabu dan Khamis

Alamat :
Ladang Nira Nipah Napiah
F104, Jalan Kampung Sungai Pial,
Merbok, Kedah
No telefon : 014-6719493


Facebook : Nira Nipah Napiah | Instagram @niranipahnapiah

Jika dah boleh melancong nanti, ikutlah saranan Menteri Pelancongan YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan dan praktikkan amalan norma baharu. Melanconglah dengan selamat…

Artikel ini adalah hasil kolaborasi bersama Kaki Travel dan Tourism Malaysia selaras dengan kempen Cuti Cuti Malaysia!


Jangan lupa LIKE Facebook Kaki Travel, FOLLOW Instagram @kakitravelnet dan SUBSCRIBE Youtube Kaki Travel bagi mendapatkan idea dan info untuk pengembaraan anda!

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *