Itinerari 3 Hari 2 Malam di W.P Labuan
Korang tengah cari percutian ke Borneo tapi nak kelainan sikit? Apa kata korang pergi Wilayah Persekutuan Labuan! Pulau ni menawarkan pelbagai pengalaman dalam satu pulau dari makanan tempatan, pantai, aktiviti laut sehinggalah ke shopping duty free. Cukup lengkap untuk percutian singkat dan penuh ketenangan.



Jadi, ini kami kongsikan itinerari 3 hari 2 malam di W.P Labuan.
📆Hari Pertama


- 12.00pm: Menaiki penerbangan AirAsia dari Kuala Lumpur ke W.P Labuan, penerbagan mengambil masa 2 jam 30 minit.Â
- 3.00pm: Sampai di Labuan dan ambil kereta sewa di airport.



- 3.30pm: Tiba di Kampung Air Patah-Patah – antara aktiviti yang boleh dilakukan seperti ronda kampung air menaiki bot, tangkap ketam dan belajar cara buat ambuyat.


- 7.30pm: Makan malam di Medan Selera Bandar Labuan, terdapat pelbagai stall makanan yang menyajikan menu seperti masakan panas, sayap ayam dan banyak lagi!
- 9.00pm: Check-in & rehat
📆Hari Kedua


- 8.00am: Sarapan pagi di Restoran Masminah – kedai ni popular dengan mee kolok Labuan style, nak lagi padu korang kena cuba makan dengan sup ikan.


- 9.00am: Melawat Muzium Marin Labuan – dekat sini terdapat pelbagai specimen laut yang dijumpai sekitar perairan antaranya rangka penyu, ikan, terumbu karang dan banyak lagi.


- 10.00am: Clock Tower – mercu tanda bersejarah Labuan, sesuai untuk quick photo stop.


- 11.00am: UTC Labuan – bagi korang yang minat pearls, wajib datang sini untuk shopping. Bukan itu je, ada coklat, ikan bilis dan bermacam lagi cendrahari. Harga pun berpatutan!


- 12.00pm: Makan tengahari di The Farm Shop – kedai ni menyajikan menu western, dan bebanyakan menu di Farmshop menggunakan bahan segar dari ladang mereka sendiri.


- 1.30pm: Melawat Desa Tunas Hijau – terdapat pelbagai aktiviti menarik seperti taman tema air, berkayak, menaiki bot, berjumpa dengan dinasour serta beberapa spot OOTD.


- 5.30pm: Pantai Layang-Layang – antara spot terbaik untuk menikmati matahari terbenam.


- 7.00pm: Makan malam di Anjung Ketam – restoran ini terletak di atas air dan menyajikan hidangan laut segar, dengan ketam sebagai menu wajib cuba.
- 9.00pm: Rehat
📆Hari Ketiga


- 9.00am: Sarapan pagi di Medan Selera Labuan – pelbagai menu dari makanan berat hingga ke pencuci mulut


- 10.00am: Muzium Chimney – mercu ikonik berusia 100 tahun. Selain memaparkan sejarah perlombongan arang batu, muzium ini turut menampilkan pameran interaktif dan replika menarik.



- 11.00am: Melawat Palm Beach Resort & Spa – ini salah satu satu tempat pilihan penginapan. Antara aktiviti harian yang korang boleh cuba menunggang kuda, ATV dan SPA.


- 1.00pm: Makan tengahari di Woodfire Pizza di Palm Beach – sebelum balik, jangan lupa untuk rasa pizza yang dibakar menggunakan arang kayu ni.
Itinerari 3 Hari 2 Malam di W.P Labuan ini sesuai untuk korang yang ingin bercuti yang ringkas tetapi penuh dengan aktiviti. Pulau ini pun menawarkan pengalaman yang seimbang antara budaya tempatan, alam semula jadi dan aktiviti.
Jika korang mencari percutian yang simple, autentik dan tak tipikal, Labuan patut masuk dalam travel list kirang. Ini antara senarai aktiviti di W.P Labuan yang korang boleh cuba!

