Penumpang cuba buka pintu pesawat EasyJet ketika penerbangan

Para penumpang sebuah pesawat EasyJet dikejutkan oleh cubaan seorang lelaki untuk membuka pintu pesawat semasa pesawat berada di ketinggian 30,000 kaki. Pesawat airbus A319 tersebut ketika itu dalam perjalanan daripada Lapangan Terbang Gatwick di London ke Pisa di Itali pada 24hb April yang lalu.

Menurut salah seorang saksi dalam penerbangan, lelaki tersebut pada mulanya berjalan dari tempat duduknya ke tandas. Selepas beberapa ketika, dia keluar daripada tandas dan terus ke pintu kecemasan dan cuba untuk membukanya. Seorang krew penerbangan yang menyedari situasi tersebut terus menjerit memintanya berhenti. Ini disertai dengan jeritan para penumpang lain juga.

Semua penumpang kelihatan berada dalam ketakutan. Sekiranya pintu pesawat berjaya dibuka pada ketinggian 30,000 kaki, ianya pasti akan menyebabkan ‘decompression’ di dalam kabin pesawat. Seterusnya boleh menyebabkan penumpang disedut keluar daripada pesawat, seperti yang kita boleh lihat di dalam filem-filem hollywood.

Mujur ada beberapa orang penumpang lelaki lain terus berlari dan menarik lelaki tersebut. Dia berjaya ditarik dan kemudiannya dipaksa untuk duduk di tempat duduk lain sambil dikelilingi oleh penumpang lelaki lain.

Lelaki tersebut dikatakan berumur dalam lingkungan 30an dan berasal dari Siena, Itali. Dia di tahan oleh pihak berkuasa untuk siasatan sebaik sahaja pesawat tersebut mendarat di Pisa.

Jurucakap EasyJet berkata,

“Pihak EasyJet mengesahkan kapten pesawat EZY8233 dari Gatwick ke Pisa pada 24hb April 2019 telah memohon supaya pihak polis bersedia selepas pesawat tersebut mendarat. Ini adalah ekoran tindakan seorang penumpang yang bertindak di luar kawalan”.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *