7 Destinasi Menarik di Bali & Tips Percutian!
Bali, Indonesia merupakan antara destinasi percutian paling popular di Asia Tenggara, termasuk dalam kalangan pelancong Malaysia. Pulau ini menawarkan gabungan budaya, alam semula jadi dan pelbagai aktiviti menarik yang sesuai untuk semua jenis pelancong. Walaupun orang kata Bali ni dah underrated!
Berikut ialah senarai destinasi menarik di Bali yang patut korang masukan dalam itinerary.
1. Penglipuran Village


Penglipuran Village merupakan kampung tradisional yang terkenal. Rumah-rumah tradisional disini masih mengekalkan seni bina asal.
Dekat sini korang boleh bergambar, sewa pakaian traditional dan melihat kehidupan harian penduduk tempatan. Mostly, penduduk disini sangat ramah & baik. Nak beli baju kebaya? Wajib beli dekat sini sebab murah dan banyak pilihan!
⏰: 8.00 pagi – 6.30 petang (setiap hari)
2. ATV & Water Tubing, Ubud





Kalau nak aktiviti yang lain sikit di Ubud, ATV dan water tubing memang pilihan terbaik. Laluan ATV dekat sini korang akan melalui kawasan hutan, sawah padi, sungai kecil dan laluan berlumpur. Untuk water tubing pula, tak begitu extreme sesuai juga untuk bawa anak-anak. Boleh single ataupun tendem!
⏰: 8.00 pagi – 3.00 petang (setiap hari)
3. Alas Harum Bali



Alas Harum terkenal dengan pemandangan sawah bertingkat dan pelbagai spot bergambar. Antara tarikan utama ialah Bali Swing, sky bike dan coffee tasting. Lokasi ini sesuai untuk pelancong yang ingin berehat sambil menikmati pemandangan alam. Disarankan datang pada waktu pagi atau lewat petang untuk elak panas dan kesesakan.
⏰: 7.00 pagi – 7.00 petang (setiap hari)
4. Nusa Penida



Nusa Penida merupakan pulau yang terletak di luar Bali dan terkenal dengan pemandangan alam yang dramatik. Antara tempat popular di sini ialah Kelingking Beach, Broken Beach, Angel’s Billabong dan Crystal Bay. Untuk ke Nusa Penida, korang perlu menaiki speed boat selama 45 minit. Bagi yang senang dapat motion sickness, please prepare your medication!
5. Pandawa Beach


Sebelum ke Kecak Dance, memang wajib singgah di Pandawa Beach. Pemandangan laut biru yang luas, dipadukan dengan tebing batu kapur yang ikonik, memang buat sesi OOTD jadi effortless cantik. Nak santai pun senang banyak pilihan tempat makan dan kafe untuk lepak sambil nikmati suasana petang sebelum sambung itinerary seterusnya.
6. Kecak Dance Uluwatu

Kecak Dance ialah persembahan budaya Bali yang unik kerana tidak menggunakan alat muzik. Persembahan ini hanya menggunakan suara manusia sebagai irama. Lokasi paling terkenal untuk menonton Kecak Dance ialah di Uluwatu, biasanya diadakan pada waktu petang. Ramai pelancong memilih waktu ini kerana dapat menikmati persembahan sambil melihat matahari terbenam.
7. Tegenungan Waterfall


Tegenungan Waterfall ialah salah satu air terjun paling popular di Bali. Dikelilingi kehijauan alam semula jadi, dan mudah diakses berbanding air terjun lain di kawasan Ubud.
⏰: 6.30 pagi – 6.30 petang (setiap hari)
Tips Percutian ke Bali
1. Waktu Terbaik Melawat Bali
Musim terbaik ke Bali ialah antara April hingga Oktober kerana cuaca lebih kering dan sesuai untuk aktiviti luar.
2. Rancang Itinerary Ikut Kawasan
Bali agak luas, jadi susun itinerary mengikut kawasan seperti Ubud, South Bali dan Nusa Penida untuk jimat masa perjalanan.
3. Guna Driver untuk Perjalanan Jauh
Jika bercuti berkumpulan atau ke lokasi yang jauh, menggunakan driver lebih selesa dan menjimatkan tenaga.
4. Datang Awal ke Destinasi Popular
Tempat seperti Alas Harum, Tegenungan Waterfall dan Penglipuran Village lebih tenang jika dikunjungi awal pagi.
5. Hormati Budaya Tempatan
Pakai pakaian sopan ketika melawat kawasan suci dan ikut peraturan tempatan untuk pengalaman yang lebih baik.
Bali bukan sekadar destinasi percutian, tapi tempat yang sesuai untuk semua jenis traveler sama ada nak bersantai, mencuba aktiviti lasak, atau mengenali budaya tempatan. Dengan memilih destinasi yang tepat dan merancang perjalanan dengan baik, percutian ke Bali pasti lebih lancar, menyeronokkan dan penuh kenangan.

