Upside Down Art Gallery – rumah terbalik di Port Dickson
Rumah Terbalik di PD
Korang pernah bayangkan macam mana kalau semua benda dalam dunia jadi terbalik? Haa.. tentu ada segelintir yang tak boleh nak imagine kan? Oleh begitu, kali ini kami nak share dengan korang satu port yang popular di Port Dickson iaitu Upside Down Art Gallery.
Untuk pengetahuan korang, Upside Down Art Gallery turut dikenali sebagai Rumah Terbalik. Lokasinya terletak di Jalan Pantai, Port Dickson, Negeri Sembilan. Tempat ni tak ada la besar sangat, tapi just nice la untuk korang bergambar.
Tak susah pun nak cari sebab kawasannya berdekatan dengan Politeknik & Ostrich Farm. Oh ya, tempat ini terletak sederet dengan rumah kedai taw! Jangan pulak korang pi cari ‘rumah terbalik’ memang sampai ke sudah tak ketemu..
Dalam tempat ini, ada banyak spot-spot cantik untuk korang bergambar. Antaranya perkakas rumah yang berada dalam keadaan terbalik. Ini termasuklah set sofa,televisyen, katil, peti ais & banyak lagi. Selain itu, terdapat juga pameran lukisan 3D Art yang menarik. Bukan itu sahaja, ada juga segelintir barangan gergasi dan mini disini.
Jangan risau kalau korang tak reti nak cari angle untuk berfoto sebab dalam ini turut disediakan tips untuk berfoto. Kalau tak reti korang boleh minta bantuan staf yang bertugas untuk ambilkan gambar korang. Staf-staf disini semua sporting taw!
Harga Tiket:-
Mykad:
Dewasa : RM20
Kanak-kanak (12 tahun ke atas ): RM15
Warga Emas: RM 15
Tanpa Mykad:
Dewasa: RM 25
Kanak-kanak : RM20
Warga Emas : RM 20
Waktu Operasi:-
Dibuka Setiap Hari
10pagi – 8malam
Lepas ni kalau datang Port Dickson boleh la singgah bergambar di sini ya! Untuk maklumat lanjut boleh layari instagram Upside Down Gallery.
LIKE Facebook Kaki Travel bagi mendapatkan idea untuk planning percutian korang!