BBQ Lamb KL Kemensah – Pengalaman unik makan dalam sungai

Bagi korang di sekitar Lembah Klang yang nak cuba pengalaman unik, boleh lah singgah ke BBQ Lamb KL Kemensah. Dekat sini korang boleh merasa pengalaman makan di dalam sungai. Bukan tepi sungai ye, ni betul-betul dalam sungai beb!Meja makan dia parking betul-betul tengah sungai tu. Memang konsep back to nature sangat.

Baru-baru ni kitorang berpeluang untuk merasa makan dekat sini. Lokasi BBQ Lamb KL Kemensah ni sebenarnya adalah di kawasan Ulu Kelang, ala kawasan belakang Zoo Negara tu la. Disebabkan kitorang pergi masa weekend, memang agak penuh tempat nie. Bila korang sampai je kat sini, korang dah terus kena order makanan. Lepastu kalau ada meja kosong, staff dekat sana akan guide korang untuk ke meja mana yang available.

Menu dekat tempat ni adalah berasaskan BBQ. Antara set yang popular di sini adalah Meat Set dimana ayam, itik, daging dan kambing bakar dihidang dalam satu pinggan ni. Set ni datang bersama nasi kuning, sup dan juga desert. Portion ini cukup untuk 4 orang makan. Meat Set untuk 4 orang ini beharga RM150 sahaja.

Lagi satu set yang popular adalah Seafood set dimana ada isi ikan Salmon, Soft Shell Crab, Sotong Bakar dan juga Lobster. Juga dihidang dengan nasi kuning, sup dan juga desert. Set Seafood untuk 4 orang ni berharga RM170 sahaja. Selain daripada ni ada banyak lagi benda-benda yang korang boleh tengok di menu dorang.

Kami juga sempat interview tuan punya tempat ini iaitu En. Zainuddin . Restoran ini mula dibuka lebih kurang 2 tahun yang lalu katanya. Pada mulanya agak kurang pelanggan kerana tempat ini jauh ke dalam, namun dengan bantuan marketing di media sosial, jumlah pelanggan semakin hari semakin bertambah. Pelanggan yang datang ke sini sekarang adalah daripada semua bangsa termasuklah daripada luar negara seperti dari Eropah, negara-negara Arab dan Jepun.

Jom tengok video kami mengenai tempat ni..

Sebenarnya kalau korang pergi ke sini, korang bukan sahaja dapat makan makanan yang best, tapi juga dapat pengalaman menarik makan di dalam sungai. Kalau korang nak pergi masa weekend ataupun cuti umum, disarankan korang buat booking terlebih dahulu di no 012-211 4100.

Ataupun korang boleh juga tengok FB page BBQ Lamb KL Kemensah di sini untuk maklumat lanjut

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *