Warung Salai Batu 5 – masak lemak salai tawan hati pengunjung ke Port Dickson
Kalau dah jejak ke Negeri Sembilan, tak lengkap rasanya kalau tak merasa signature dish orang nogori kan? Bagi korang yang tengah plan nak bercuti ke Port Dickson.. tolong masukkan dalam list korang untuk singgah makan di Warung Salai Batu 5 Port Dickson! Korang kena rasa masakan lemak salai kat kedai ni. Seriously padu gila!
Warung Salai Batu 5 ini merupakan cawangan ketiga & dibuka di Port Dickson. Ianya terletak di deretan rumah kedai berhampiran dengan Hotel Langit – Langit Port Dickson. Tak susah pun nak cari kedai ni sebab dari jauh korang akan nampak papan tanda kedai besar tulis Warung Salai.
Kalau korang masuk kedai ni nanti korang boleh tengok stail pemakaian pekerja yang ala-ala pendekar melayu, tambah pulak dekorasi kedai yang berwarna kuning macam masak lemak. Tenang ja suasana dalam ni.. sambil-sambil makan tu korang akan dengar alunan lagu-lagu nismilan dalam kedai. Memang rasa macam jadi orang nogori lerr korang.
Untuk pengetahuan korang.. kedai ni bukan setakat jadi tumpuan pengunjung luar, malah yang duduk menetap kat Port Dickson pun suka makan dekat sini. Lagi-lagi mereka yang berkerja & office di sekitar area Warung Salai ni.. ha confirm singgah lunch ke mari.
- Masak lemak salai jadi pilihan
Okay kalau cakap pasal menu, banyak sangat masakan yang Kaki Travel nak recommend tapi yang paling WAJIB korang try ialah daging salai masak lemak cili api! Fuhh yang ni memang sedap sangat wei! Kalau yang datang dengan perut kosong tu boleh jadi korang minta nasi tambah kat sini..
Masak lemak salai ni rasa lemak dia tak terlalu cair & tak terlalu pekat. Just nice ja. Tambah pulak daging salai tu empuk lembut.. tak payah korang nak kunyah lelama wei. Oh kalau yang jenis tak makan pedas tu jangan risau, masak lemak ni takdelah pedas sangat cuma pedas hujung-hujung lidah je. Tu pun kalau korang tambah kicap confirm settle hilang pedas tu beb.
Portion bagi semangkuk hidangan akan diletakkan dalam kuali kecil. Semangkuk ni sesuai untuk dimakan untuk 2 orang. Kalau yang jenis makan sikit tu korang share 3 orang pun boleh lerr. Kalau nak cerita bab harga pula, boleh dikatakan berpatutan dengan portion. Jangan risau sebab confirm korang akan kekenyangan!
Okay meh usha menu kat Warung Salai ni kasi korang terliur sikit. Pelbagai jenis masakan ada wei. Tinggal bawak perut & duit ja untuk ke mari! Lagi best kalau orang belanjakan? Haa ape lagi, tag la member-member korang ajak makan sini! Merecik hawau gittuw!!
Waktu Operasi :-
Dibuka setiap hari
11 pagi – 7 petang
3 Cawangan kini dibuka :-
1) Warung Salai Batu 1
2) Warung Salai Rasah
3) Warung Salai Batu 5
Untuk maklumat lanjut boleh usha FB Page Warung Salai Port Dickson. Dapatkan lebih banyak info menarik dengan LIKE Facebook Kaki Travel !!