Dorsett Kuala Lumpur lancar menu ‘Charcoal Burger’ & Set Hi-Tea
Tengah survey lokasi romantik nak ‘dating’ dengan si dia? Atau mungkin nak spend time hi-tea dengan BFF di hujung minggu? Ini kami ada satu lagi cadangan tempat makan yang menarik untuk dicuba iaitu di Dorsett Kuala Lumpur!

Ada menu apa je?
Dekat Dorsett Kuala Lumpur ini, anda boleh try set Petite Yum Hi-Tea (2 pax).
Dalam set ini, anda boleh nikmati hidangan seperti sandwic, pastri dan kuih yang sedap-sedap belaka! Air kopi, teh dengan ais lemon tea pun free flow weh!
Memang ngam sangat la nak chill berborak santai gelak ketawa dengan member sambil rasai set Petite Yum Hi-Tea.


Burgembiraa dengan aneka Burger di Dorsett Kuala Lumpur!


For those yang gemar makan burger tu.. jangan lepaskan peluang untuk cuba hidangan burger roti arang kat sini. Isi pati ayam, daging & ikan dia ‘juicy’ gila!
Ada pelbagai aneka burger yang menarik seperti Chicken Burger yang disajikan dengan pati burger ayam BBQ grill, tomato, salad, pickles dan keju meleleh!
Selain itu, ada juga Cheese Beef Burger buat korang yang gemar daging and kalau suka makan ikan, cuba try test menu Tasty Fish Burger yang menggunakan bahan ikan tempura sebagai main resepinya!
Bagi setiap set burger ini akan turut dihidangkan sweet potato fries dan ais lemon tea + dessert! Memang nyum nyum la beb!



Tengok gambar masa tengah lapar mesti lagi terliur kan? Haa tunggu apa lagi, jom booking meja di Dorsett Kuala Lumpur! Untuk butiran lanjut sila hubungi atau WhatsApp ke +60 12 674 3509 // +60 12 628 0551.
Harga:
- Petite Yum Hi-Tea – RM68 (for 2pax)
- Promosi Petite Yum boleh didapati mulai hari ini hingga 31 Oktober 2023 iaitu pada setiap hari Sabtu dan Ahad sahaja dari 12 tengah hari hingga 5 petang di Checkers Café Dorsett Kuala Lumpur.
- Set Burger – RM38 (per serving)

