BBQ Night tepi kolam renang di Royale Chulan Hotel Kuala Lumpur!
Selalu orang cakap makan dekat hotel 5 star ni harga T20 sungguh plus portion tak banyak manapun.. tapi tak semua hotel begitu ye.. ada ja yang tawarkan harga yang berbaloi dengan unlimited portion weh! Salah satunya di Royale Chulan Hotel Kuala Lumpur yang menawarkan hidangan buffet BBQ Night dengan harga serendah RM64 je!
Apa je ada dalam pakej BBQ tu?
Okay untuk BBQ Night dekat Royale Chulan Hotel Kuala Lumpur ni disajikan dalam bentuk buffet style, jadinya korang boleh pilih sendiri nak makan perapan daging ke kambing ke ayam ke or maybe korang nak try hasil laut yang fresh seperti ketam, udang, sotong, ikan, lala dan banyak lagi beb!
Makan BBQ je ke di Royale Chulan Hotel?
Haa, kalau korang nak tahu buffet BBQ Night ni bukan setakat hidang BBQ je, ada macam-macam jenis menu lain yang turut disajikan seperti yong tau fu, aneka pasta, aneka kerabu, sate, char koay teow dan kek and many more!
Dekat sini korang boleh pilih sama ada nak grill sendiri (disediakan set grill di setiap meja) or boleh ja ambil yang cef dah siap masak. Kalau macam pasta and char koay teow pula, korang request je kat cef tu nanti dia masak panas-panas. Memang padu!
Dari segi lokasi pula, port BBQ Night ni memang cantik sebab terletak betul-betul sebelah area swimming pool. So sejuk jela mata korang makan sambil layan view nanti. Lagi satu menarik kalau datang dengan partner tak pun bawa family sesekali spend time makan buffet kat hotel why not rite!
For those yang nak buat tempahan, boleh hubungi 03 2688 9688 atau untuk dapatkan maklumat lanjut boleh juga email ke fnbpromo.rckl@royalechulan.com
- Waktu Operasi: Jumaat & Sabtu (6.30 ptg – 10.30 mlm)
- Lokasi: Level 2, Swimming Pool area, Royale Chulan Hotel Kuala Lumpur
- Harga:
- Dewasa: RM128 nett
- Kanak-kanak: RM64 nett