Jom singgah di Pet Lovers Carnival di Central i-City, Shah Alam

Bagi pencinta haiwan peliharaan, korang boleh berkunjung di Central i-City, Shah Alam, Selangor bersempena Pet Lovers Carnival yang telah berlangsung di Ground Floor concourse bermula 11 Ogos 2023 sehingga 20 Ogos 2023. Pet Lovers Carnival yang diadakan selama 10 hari ini bakal menjanjikan pengalaman menarik bagi pencinta haiwan dan seisi keluarga. Ibu bapa yang tak tahu nak bawa anak-anak kemana, bolehlah ke Central i-City sekarang!

Bersempena Hari Kucing Antarabangsa pada 8 Ogos yang lalu, pihak Central i-City juga telah berkerjasama dengan Kelab Kucing Malaysia dengan mengadakan Pertunjukan Kucing Antarabangsa dimana satu pameran kucing dengan penyertaan lebih 200 ekor kucing selama 2 hari pada 19 Ogos dan 20 Ogos nanti.

Selain itu juga terdapat pelbagai aktiviti menarik menanti anda!

  • Penjualan produk haiwan peliharaan seperti produk makanan dan aksesori dengan harga yang berpatutan.
  • Hari pengambilan kucing (Cat adoption drive)
  • Booth permainan interaktif untuk kanak-kanak
  • Bergambar dengan maskot sepanjang Karnival berlangsung
  • Jangan lepaskan peluang bergambar dengan patung gergasi setinggi 4 meter yang terdapat di Central i-City bersempena Pet Lovers Carnival
  • Petting Zoo

Team KakiTravel sendiri telah berkesempatan menghadiri Pet Lovers Carnival ni tau, memang seronok. Banyak pameran haiwan peliharaan, haiwan eksotik, serangga yang dapat kami lihat dan juga aktiviti menarik yang telah sempat kami cuba.

TEBUS BAUCER & PASSPORT PET LOVERS CARNIVAL!

Bagi korang yang berbelanja sebanyak RM300 dalam 8 resit pembelian di Central i-City, korang boleh menebus baucar Pet Lovers Carnival sebanyak RM10. Bukan itu sahaja, korang juga boleh mendapatkan 6 passport karnival yang membolehkan korang menyertai aktiviti yang berlangsung sepanjang karnival. Passport ini hanya boleh digunakan pada hujung minggu sahaja.

Jadual aktiviti sepanjang Pet Lovers Carnival di Central i-City

  • 11 – 20 Ogos (Kemasukan dengan tiket)
    Petting Zoo -11am-9pm
  • 11 – 20 Ogos (Kemasukan dengan tiket)
    Tutu Train Ride – 11am-9pm
  • 11 – 20 Ogos (Kemasukan dengan tiket)
    Goldfish Scooping, Hermit CrabWorkshop, Terrarium Workshop, Vampire Crab Workshop, Betta Fish Workshop – 11am-9pm
  • 12 & 13 Ogos (Kemasukan PERCUMA)
    DIY Animal Cardboard, DIY Animal Button Batch – 10am-10pm
  • 19 & 20 Ogos (Kemasukan PERCUMA)
    DIY Animal Keychain – 10am-10pm
  • 19 & 20 Ogos (Kemasukan dengan tiket)
    International Cat Show – 11am-9pm

So tunggu apa lagi? Jangan lepaskan peluang berkunjung ke Pet Lovers Carnival!

#Centralicity #PetLoversCarnival #PetLovers #Petparents #Furbabies #kakitravel

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *