Tangguhkan Perjalanan ke India & Pakistan – Wisma Putra
Wisma Putra hari ni menasihatkan rakyat Malaysia yang bercadang untuk ke India & Pakistan dalam masa terdekat ini untuk menangguhkan perjalanan mereka ke sana. Ini lanjutan daripada konflik yang sedang berlaku diantara kedua-dua negara tersebut.
Kenyataan akhbar daripada Wisma Putra menyebut :
Malaysia hari ini meluahkan rasa bimbangnya terhadap ketegangan terbaru di antara India dan Pakistan.
Dalam kenyataannya di Putrajaya, Wisma Putra berkata sebagai sebuah negara yang mempunyai hubungan rapat dan lama dengan kedua-dua negara, Malaysia meminta kedua-duanya agar sedaya-upaya ‘mengawal diri’ serta mengadakan semula dialog dan rundingan.
“Seperti kebanyakan negara lain, Malaysia juga mahukan satu keadaan yang aman dan stabil di peringkat antarabangsa,” demikian menurut kenyataan itu.
Susulan itu juga Wisma Putra manasihati rakyat Malaysia agar menangguhkan perjalanan tidak perlu khususnya ke kawasan yang terkesan secara langsung dengan konflik tersebut.
Rakyat Malaysia yang berada di kedua-dua negara tersebut boleh menghubungi Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi dan Islamabad untuk dapatkan maklumat lanjut
Hal ini dikatakan bermula sejak serangan pengganas di Pulwama, Kashmir yang mengorbankan lebih 40 orang tentera India pada 14hb Februari 2019 yang lalu. India telah membuat serangan udara keatas lokasi di dalam Pakistan pada 26hb Februari 2019 yang dikatakan menjadi sarang pengganas tersebut. Disamping itu India mendakwa Pakistan melindungi para pengganas tersebut. Pakistan menyangkal dakwaan tersebut dan telah menembak jatuh 2 jet pejuang India pada awal pagi ini (27hb Februari 2019).
Syarikat penerbangan AirAsia menerusi laman twitternya juga menyatakan bahawa mereka sedang memantau keadaan di sana. Para penumpang yang mempunyai penerbangan ke Amritsar dan Srinagar diminta untuk menyemak status penerbangan mereka di sini
Semoga situasi di sana kembali normal dan peperangan dapat dielakkan.
1 Response
[…] Sumber: Kaki Travel […]