Central i-City tawar promosi menarik sempena Tahun Baru Cina
Sempena Tahun Baru Cina yang bakal tiba tidak lama lagi, Central i-City Shopping Centre kini mengadakan kempen “The Great Chinese New Year”. Kempen ini berlangsung bermula daripada 6hb Januari 2023 sehingga 5hb Februari 2023. Sepanjang kempen ini, terdapat pelbagai aktiviti serta tawaran menarik menanti anda antaranya :
Dekorasi Tahun Baru Cina
Sepanjang kempen ini, kawasan ruang legar utama Central i-City Shopping Centre ini akan didekorasi bertemakan Tahun Baru Cina. Dekorasi ini diinspirasi oleh artis Thailand, Jidapa Chansirisarthaporn (Jcchr). Terdapat pelbagai spot-spot cantik untuk para pengunjung bergambar.
Gerai-Gerai Tahun Baru Cina
Selain itu, terdapat pelbagai gerai-gerai yang mengambil bahadalam kempen ini termasuklah JH Collection, Chocolate Paradise, VC F&B Trading & Jin Ye Ye. Gerai-gerai ini menawarkan barangan seperti hamper Tahun Baru Cina, cokelat, cotton candy, minuman kesihatan dan banyak lagi.
Tebus Hadiah Menarik!
Bagi anda yang membeli belah di Central i-City ketika kempen ini, anda berpeluang untuk menebus hadiah menarik.
Jika anda membuat pembelian melebihi RM188, anda akan dapat menebus 1 set paket Angpow eksklusif, manakala jika anda membuat pembelian melebihi RM888, anda berpeluang menebus 2 set paket Angpow eksklusif serta 1 set Artisan Tiffin Carrier.
*Terma & Syarat penebusan boleh lihat disini –> https://central-icity.com.my/campaign?campaign=terms-condition
Di Central i-City ini juga terletaknya gedung membeli belah terkenal SOGO. SOGO juga menawarkan pelbagai promosi menarik sempena perayaan Tahun Baru Cina ini dan resit pembelian di SOGO juga anda boleh digunakan untuk menebus paket Angpow serta Artisan Tiffin Carrier!