10 Tempat Menarik di Sibu, Sarawak! [2023]
Baru-baru ini, team Kaki Travel menerima jemputan sempena pelancaran laluan baharu MYAirline ke Sibu, Sarawak. Trip ini merupakan anjuran bersama MyAirline & Sarawak Tourism Board. Sepanjang 3 hari trip tersebut, sempat juga kami explore beberapa tempat best dan berbaloi untuk kalian terjah jika datang ke sini. Nak tahu dekat mana? Jom ikuti perkongsian 10 Tempat Menarik di Sibu dibawah:
Sedikit info ringkas, Sibu merupakan bandar ketiga terbesar di Sarawak selepas Kuching dan Miri. Tempat ini turut kenali dengan julukan ‘Swan City’ dimana sebuah kawasan yang berdekatan pinggiran Sungai Rajang dan Sungai Igan serta persisiran Laut China Selatan.
Tempat Menarik Di Sibu
1. Pulut Panggang Sibu Kak Yam Noor
Bagi anda yang berkunjung ke Sibu, tak lengkap rasanya kalau tak merasai kenikmatan pulut panggang disini. Jangan terkejut ya kalau anda lihat dekat sini saiz pulut panggang lebih ‘gemok’ dari Semenanjung dan ada juga yang dijual tanpa inti sebab rata-rata orang di Sarawak lebih gemar makan pulut panggang bersahaja atau mungkin dicicah dengan kuah kari, sambal ikan bilis dan sebagainya.
Salah satu kedai pulut panggang yang terlajak laris adalah di kedai Pulut Panggang Sibo Kak Yam Noor. Mana tidaknya, baru buka jam 7.30 pagi dah hampir ‘sold out’ lagi-lagi ketika musim perayaan, kalau hari biasa boleh dianggarkan hampir 1,000 biji pulut panggang habis dijual. Fuh! betul-betul rugi kalau anda tak cuba sebab rata-rata pengunjung yang datang dari Kuching & Miri pun sanggup kemari semata-mata nak borong pulut panggang ni!
Harga: Pulut Panggang kosong – RM1 // Pulut Panggang inti – RM1.50
Waktu Operasi: 7.30pagi – 11 pagi // buka setiap hari
2. Rumah Panjang Micheal Ancho
Jika anda baru pertama kali menjejakkan kaki di Sarawak, jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke rumah panjang! Salah satu rumah panjang yang anda boleh lawati adalah di Rumah Panjang Micheal Ancho yang didiami kaum Iban. Lokasinya terletak di Bawang Assan iaitu 33km dari pekan Sibu.
Menariknya, Rumah Panjang Micheal Ancho ini dah berusia lebih 125 tahun dan kini didiami lebih 28 keluarga beb!
Selain daripada menerokai ruangan dalam rumah tersebut, anda juga akan diberi pendedahan mengenai budaya kaum Iban seperti menyelami keunikan tradisi rumah panjang, dan belajar tarian ngajat guys!
Kalau anda nak rasa sendiri pengalaman bermalam di rumah panjang pun boleh sebab dekat kawasan ini turut disediakan inap desa buat para pengunjung. Alang-alang tu, bolehlah kalian belajar buat kraftangan bersama penduduk disana sambil-sambil belajar cakap bahasa Iban.
Kalau nak tahu info lanjut mengenai tempahan inap desa disini, boleh call/ WhatsApp Pn. Lydia – 013-8808091
3. Masjid Al-Qadim
Tempat menarik di Sibu ketiga yang anda boleh lawati adalah Masjid Al-Qadim. Ia juga merupakan salah satu ikonik yang cantik untuk kalian terokai. Untuk pengetahuan anda, masjid ini merupakan salah satu masjid tertua di bumi kenyalang dengan usia lebih 160 tahun!
Pada awalnya, masjid ini dibina oleh ulama iaitu Tuan Haji Salam Minangkabau yang berasal dari Sumatera, Indonesia dan pada tahun 2017 masjid ini ditutup seketika bagi kerja baik pulih dan dibuka semula pada tahun 2022.
Kalau tengok gambar binaan lama, seni bina Masjid Al-Qadim dikatakan seakan-akan menyerupai reka bentuk Masjid Agung Demak yang juga masjid tertua di Indonesia dipercayai didirikan sekitar 1466 yang menggunakan kayu berlian.
Selepas dibaik pulih, masjid ini lebih ‘cun-melecun’ dengan penggunaan kayu jati yang ditempah khas dari Indonesia. Lihat saja pintu-pintu utama masjid ini, ukirannya menyerupai pintu Masjid Nabawi di Madinah. Sangat cantik weh!
Menurut penjaga masjid, Yusup Idris, setakat ini Masjid Al-Qadim dibuka untuk golongan muslim menunaikan solat fardu sahaja. Kalau nak datang ambil foto nikmati keindahan senibina Islam pun boleh saja~
4. Rajang Esplanade
Jika anda mencari lokasi yang santai-santai, jom singgah ke Rajang Esplanade! Dekat sini kalian akan nampak sebuah patung angsa gergasi berdiri gah gitu! Oh kalau nak tahu, Sibu juga dikenali sebagai ‘Swan City’ sebab menurut kepercayaan, angsa itu dipercayai menyelamatkan penduduk di Sibu dari kebuluran. Jadi tak peliklah kalau jumpa patung swan tu cantik kemain ekk.
Selain bersantai melihat pemandangan sungai, kawasan ini turut menjadi tumpuan buat kaki pancing. Ramai juga yang dok memancing di persisiran sungai tu ye..
5. Sibu Central Market
Lokasi seterusnya ini amat bersesuaian buat mereka yang suka ‘shopping’! Mana tidaknya, Sibu Central Market merupakan pasar terbesar di Sarawak yang menempatkan lebih 1,118 peniaga beb! Memang macam-macam adalah jual dekat sini dari barang basah, makanan dan barangan seperti hasil kraftangan.
Dekat sini kalian juga akan boleh dapatkan sebilangan jenis makanan yang sukar didapati di Semenanjung seperti buah dabai, buah mariam, bintangor, ikan terubuk, tebaloi mukah dan banyak lagi!
Oh satu lagi perkara yang jarang-jarang ditemui di Semenanjung kat sini adalah kalian akan nampak banyak ayam dan itik dijual ‘hidup-hidup’ dalam bungkusan taw. Tak pelik bagi orang disana sebab menurut tour guide kami, penduduk disana khususnya kaum Iban dan Melanau lebih gemar makan ayam yang fresh, kira nak makan baru sembelih masak gitu. Tapi itulah, ayam itik dibungkus dalam surat khabar then disusun rapi dekat meja jualan nampak ‘herlok’ ja ternakan tu duduk tanpa berbunyi. Dah macam kena pukau pulak..
6. Sibu Night Market
Malam-malam kalau tak tahu nak kemana, kami sarankan anda explore pasar malam dekat sini. Sibu Night Market ini ada beza sikit dengan pasar malam dekat semenanjung, kalau di semenanjung kan pasar malam ikut hari, tapi dekat sini hari-hari ada weh!
Terdapat hampir 185 peniaga yang berniaga di pasar ini. Menariknya, setiap bulan para peniaga ini kena cabut undi untuk pemilihan tapak gerai.
Terdapat dua side dalam pasar malam ini iaitu bahagian makanan halal dan non-halal. Jadi jangan risau kot tersilap beli pulak.
Antara yang boleh kalian cuba di pasar malam ini adalah sajian seperti umai, cucuk-cucuk ayam (macam-macam bahagian ada), apam bali, roti goreng dan macam-macam lagilah!
Waktu Operasi: 5.30 ptg – 9.30 mlm // buka setiap mlm
7. Nasi Ulam Sibu
Selalu orang pesan kalau ke Sarawak, kena cuba sajian Mee Kolok tak pun Laksa Sarawak kan? Haa kalau hari-hari makan tu ja pun naik jemu la anda rite? So, apa kata kalian cuba pulak hidangan di restoran Nasi Ulam Sibu.
Dekat sini anda boleh nikmati makan tengah hari dengan aneka lauk pauk yang menggiurkan. Jangan lupa try lauk fish fillet umai dan cangkuk manis telur beb! Jarang nak dapat jumpa dekat Semenanjung ni..
Waktu Operasi: 8pagi – 6 petang // Ahad (tutup)
8. Lau King Howe Hospital Museum
Setiap tempat pasti ada sejarah tersendiri atau mungkin pameran muzium yang menarik tuk dilawati, contohnya macam di Lau King Howe Hospital Museum ni yang merupakan sebuah muzium bertemakan hospital dengan pameran yang meneroka evolusi penjagaan kesihatan di Sibu. Pernah dengar mengenai ‘sakang seribu’ atau ‘ubat KK’? Haa kalau nak tahu apa benda tu.. kena la datang muzium ni beb!
Waktu Operasi: 9pagi – 5ptg // Isnin (tutup)
9. Sibu Heritage Centre
Kalau tadi muzium bertemakan hospital, Sibu Heritage Centre pula merupakan sebuah muzium yang memaparkan seni warisan budaya kumpulan etnik di Sarawak. Tak rugi datang sini ya sebab boleh tengok bermacam jenis barangan daripada pelbagai jenis etnik seperti kostum perayaan, alatan digunakan mereka ketika zaman nenek moyang, jenis rumah panjang dan jangan terkejut kalau ternampak ada ‘tengkorak’ digantung ye! Memang banyak info baru kalian boleh dapat ketika melawati tempat ni.
Oh ya, anda juga boleh pelajari sejarah pembentukan pekan Sibu disamping membeli cenderamata di sekitar tempat ini.
10. Aiskrim Gula Apong Crispy Shop
Dah sampai Sarawak kalau tak pekena aiskrim gula apong rugi lerr guys! Meskipun dekat Semenanjung dah banyak cawangan aiskrim gula apong dibuka namun, takkan sama vibes dia makan di negeri asal. Kalau nak rasa aiskrim gula apong yang terlalu manis dan muak, boleh singgah di Tempat menarik di Sibu yang ke 10 ini iaitu Crispy Shop. Dekat ja dengan area Sibu Heritage Centre.
Selain aiskrim, kedai ini turut menawarkan sajian lain seperti Bubble Milk Tea, Coconut Shake dan aneka Oden.
Waktu Operasi: 10pagi – 8mlm // buka setiap hari
Terima kasih diucapkan kepada syarikat penerbangan MYAirline yang sudi terbangkan kami ke Sibu dan tak lupa juga Sarawak Tourism Board yang sudi bawa team Kaki Travel explore keunikan di Sarawak!
Kalau nak dapatkan harga tiket flight murah dan selesa, rajin-rajinlah ‘survey’ promosi yang ditawarkan MYAirline menerusi laman www.myairline.com