Floresta Hotel @ Chinatown, KL – bilik luas, selesa dengan harga murah!

Pernah tak kalian terbayang dapat menginap di sebuah hotel yang mewah tapi harga murah gila! Pasti seronok rite? Haa.. itulah yang dirasai sendiri oleh seorang pemuda dikenali Naufal Antezem baru-baru ini. Dengan hanya membayar RM56/ malam, Naufal dapat menginap bilik deluxe double yang cantik dan luas di Floresta @ Chinatown KL.  

Jom ikuti perkongsian brader sorang ni..


Terjumpa di Agoda..

Saya scroll Agoda dan secara tak sengaja terjumpa hotel ini di Agoda dengan tanda harga permulaan RM40+ (bilik tiada tingkap). Saya scroll lagi dan jumpa bilik deluxe double ini dengan harga RM 56 (tidak termasuk cukai). Asalnya ini adalah hotel Swiss Inn sebelum diambil alih oleh pihak Floresta dan hotel ini sangat menarik.

Luas, cantik, selesa!

Saat menjejak kaki ke Floresta Hotel @ Chinatown, anda pasti berasa nyaman tambah pula tengok ruang lobinya yang cantik. Masuk je bilik lagilah rasa berbaloi beb sebab bilik bersih dan luas. Percayalah, memang luas! Bilik air pun boleh tahan ‘ngamsoi’. Oh ya, untuk makluman anda, hotel ini turut menyediakan connecting room.

Selain itu, terdapat mini bar dan peti simpanan keselamatan selain kelengkapan mandi turut tersedia. Cerek, pengering rambut disediakan namun seterika di luar ruang legar bilik, berkongsi.

Kalau tengok bahagian bawah hotel penuh dengan restoran dan kedai serbaneka. Jalan kaki sahaja dapat teroka Chinatown. Jangan lupa ambil gambar Merdeka118. Sangat jelas!

Kaki shopping wajib stay Floresta Hotel @ Chinatown

Buat kalian yang gemar membeli-belah atau nak window shopping dekat sekitar Petaling Street, Floresta Hotel @ Chinatown ini amat bersesuaian buat anda sebab lokasinya yang betul-betul bersebelahan Petaling Street dan Pasar Seni ya. So, jalan kaki jelah weh!

Kalau nak pergi mana-manapun mudah saja sebab ada stesent MRT berdekatan. Boleh naik MRT Pasar Seni.

Petaling Street //@advisor
Nak dapat full view Merdeka 118, kena ambil gambar area lot parking kot. lol. // @dianarahip


Nilai tolak pada saya adalah parking. Tiada parking disediakan tetap hanya perlu lajak ke depan sedikit untuk ruang parking berbayar.

Keseluruhannya, hotel ini memuaskan, cubalah menginap 1-2 malam guys!


Anda ada kisah menarik untuk dikongsi bersama dunia?
Sila emel kepada kami di admin@kakitravel.net

Ptss,, jangan lupa tonton video best-best di channel YouTube Kaki Travel!

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *