6 Tempat Makan di Kota Kinabalu, Sabah Wajib Cuba!
Kalau korang rancang nak bercuti di Kota Kinabalu, Sabah, memang rugi kalau tak cuba port makan best dekat sini. Dari makanan tradisional Sabah, seafood segar, sampailah ke cafe aesthetic dan western food, semuanya ada!
Ini antara 6 kedai makan di Kota Kinabalu yang boleh masuk dalam itinerary korang nanti.
1. The Native Cafe


Nak cuba makanan tradisional Sabah dalam suasana yang selesa? The Native Cafe memang wajib singgah. Kedai makan ini terletak dalam Hotel N5 dan terkenal dengan menu lokal yang autentik.
Antara menu menarik yang korang boleh cuba ialah Linopot, Ayam Tuhau, Ambuyat dan banyak lagi sajian tradisional Sabah yang susah nak jumpa di tempat lain. Selain makanan berat, jangan lupa cuba Cheese Cake Nangka mereka yang unik dan sedap!
⏰ Waktu Operasi: 6.30am – 9.30pm (Buka setiap hari)
2. Grill Fish Buginese Restaurant



Bagi peminat seafood, Grill Fish Buginese Restaurant antara spot makan seafood yang popular di Kota Kinabalu. Portion makanan dekat semua besar-besar, menang puas hatilah makan!
Korang boleh pilih pelbagai jenis seafood dan menu lain mengikut citarasa masing-masing. Ikan bakar, udang, sotong dan aneka lauk lain semuanya menyelerakan.
⏰ Waktu Operasi: 11am – 10pm (Buka setiap hari)
3. Mee Tauhu Corner

Nak cari tempat breakfast best di Kota Kinabalu? Mee Tauhu Corner memang antara port kegemaran orang lokal.
Menu paling popular dekat sini mestilah Mee Tauhu resepi asli dari Tawau. Rasa kuah dan gabungan tauhu memang lain daripada yang lain. Selain itu, korang juga boleh cuba nasi kuning yang jadi pilihan ramai pelanggan.
⏰ Waktu Operasi: 9am – 11.30pm (Buka setiap hari)
4. Sup Ikan Sabah 2

Kalau korang peminat sup ikan, wajib cuba makan di Sup Ikan Sabah 2. Kedai ini terkenal dengan pelbagai pilihan sup yang boleh dimakan bersama mi, bihun ataupun kolo mee. Konsep kedai makan ala kopitiam buatkan suasana makan lebih santai dan selesa.
⏰ Waktu Operasi: 7am – 4pm (Buka setiap hari)
5. Pate Grill House


Pate Grill House antara cafe aesthetic yang popular di kawasan Gaya Street. Tempat ini sesuai untuk korang yang suka cafe cantik dengan suasana selesa. Mereka menawarkan pelbagai menu western dan juga Malay food. Selain makanan, minuman istimewa seperti Ice Pandan Milk Tea pun ramai yang suka.
Ruangan makan dekat sini memang cantik dan selesa, sesuai untuk makan bersama family atau kawan-kawan.
⏰ Waktu Operasi: 11am – 10pm (Weekday) // 7am – 10pm (Weekend) (Buka setiap hari)
6. Grill Patio



Kalau korang craving western food waktu malam, Grill Patio memang antara pilihan yang ramai suka di Kota Kinabalu. Dekat sini ada pelbagai menu seperti pasta, chicken grill, burger dan banyak lagi. Antara menu yang ramai recommend ialah Popia Big Mac yang penuh dengan daging dan cheese. Ruang makan pun selesa dan luas.
⏰ Waktu Operasi: 11am – 11.30pm (Buka setiap hari)
Kota Kinabalu bukan saja terkenal dengan tempat menarik dan view cantik, tapi juga syurga makanan yang wajib diterokai. Dari makanan tradisional Sabah, seafood segar hinggalah ke cafe aesthetic dan western food, semuanya ada dekat sini.
Kalau korang plan bercuti ke Sabah nanti, boleh masukkan 6 tempat makan ini dalam list wajib singgah!

