6 Resort Muslim Friendly Di Taiwan – Pakej Lengkap Penginapan, Makan & Aktiviti
Taiwan bukan sahaja terkenal dengan bandar moden seperti Taipei, malah mempunyai banyak resort Muslim friendly di Taiwan yang menawarkan pengalaman menginap yang unik dikelilingi alam semula jadi. Jika bercuti ke Taiwan, apa kata luangkan sekurang-kurangnya satu malam di luar kawasan Taipei untuk menikmati suasana yang lebih tenang dan segar.
Menariknya, kebanyakan pakej penginapan di resort-resort ini sudah termasuk penginapan, sarapan pagi, makan malam serta pelbagai aktiviti dalam kawasan resort. Jom lihat senarai resort Muslim friendly di Taiwan yang wajib masuk dalam itinerari korang!
1. Zhou Ye Cottage, Miaoli County

Terletak kira-kira 1 jam 40 minit dari Taipei, Zhou Ye Cottage menawarkan konsep resort ala China Old Town yang penuh dengan elemen tradisional dan suasana klasik.
Antara aktiviti menarik yang boleh dilakukan di sini:
- OOTD di sekitar resort,
- Menyertai aktiviti tie-dye (dengan caj tambahan)
- Menikmati buffet vegetarian
- Santai di kafe sambil menikmati aiskrim dan waffle
Pilihan bilik terdiri daripada tatami style room dan twin single bedroom. Namun, terdapat beberapa unit yang terletak di kawasan lebih tinggi dan memerlukan sedikit pendakian untuk ke kawasan tarikan utama serta kafe.
2. Tai Yi Red Maple, Nantou County

Bagi pencinta bunga dan alam semula jadi, Tai Yi Red Maple di Nantou County merupakan pilihan yang sangat sesuai. Resort ini terletak sekitar 2 jam 30 minit dari Taipei dan terkenal dengan taman bunga serta suasana seperti dalam dunia dongeng.
Aktiviti menarik disini:
- Lawatan ke kebun bunga dan sayur-sayuran,
- Mencuba aktiviti DIY membuat beg menggunakan dedaun
- Pelbagai spot OOTD yang cantik
Resort ini turut menyediakan playground dan mini pool untuk kanak-kanak. Bilik pula cukup luas untuk sehingga empat orang dan setiap unit dilengkapi private hot spring yang memberikan pengalaman lebih eksklusif.
3. River Forest, Yilan County

Hanya sekitar 1 jam perjalanan dari Taipei, River Forest menawarkan suasana yang tenang dengan pemandangan tasik yang cantik serta pelbagai haiwan comel.
Tarikan utama di sini ialah:
- Mini petting zoo di mana pengunjung boleh memberi makan kambing biri-biri, capybara, rusa dan pelbagai haiwan lain.
Korang juga boleh memilih bilik yang mempunyai balkoni untuk menikmati pemandangan tasik berwarna hijau zamrud yang menenangkan. Pilihan bilik termasuk queen bedroom dan single bedroom yang selesa.
4. Flower Home, Miaoli County

Flower Home merupakan satu lagi resort menarik di Miaoli County yang terletak kira-kira 1 jam 40 minit dari Taipei. Resort ini terkenal dengan taman bunga yang cantik serta suasana yang sangat estetik.
Antara aktiviti yang boleh dilakukan termasuk:
- Lawatan ke kebun bunga
- Mencuba aiskrim bunga, fruit tea, & waffle
- Menaiki Flower Mini Train
Setiap sudut resort ini sangat sesuai untuk bergambar dan OOTD. Bilik-biliknya juga luas, selesa serta direka dengan sentuhan yang cantik dan moden.
5. Flying Cow Ranch, Miaoli County

Jika korang mencari resort dengan suasana bukit hijau yang memukau, Flying Cow Ranch adalah pilihan yang tepat. Terletak sekitar 1 jam 40 minit dari Taipei, resort ini sering membuatkan pengunjung terasa seperti berada di Switzerland.
Antara aktiviti popular di sini ialah:
- Memerah susu lembu segar, membelai dan memberi makan kambing
- Menikmati pelbagai produk tenusu yang dihasilkan di ladang ini
- Mencuba hotpot kuah susu yang menjadi antara menu istimewa di sini
- Memberi produk seperti susu segar dan kek keju turut dijual untuk dibawa pulang.
Apa yang menjadikan resort ini lebih mesra Muslim ialah kemudahan seperti bidet di tandas, arah kiblat serta waktu solat yang disediakan untuk kemudahan tetamu Muslim.
6. Toucheng Leisure Farm, Yilan County

Toucheng Leisure Farm terletak kira-kira 1 jam dari Taipei dan sangat sesuai untuk pencinta alam semula jadi.
Resort ini menawarkan pelbagai aktiviti menarik:
- Lawatan ke kebun sayur dan ladang haiwan
- Meneroka rumah tradisional Taiwan
- Aktiviti DIY membuat beg serta ubat nyamuk
- Melihat kelip-kelip pada musim tertentu.
Lebih menarik, makanan halal turut disediakan untuk memudahkan pelancong Muslim. Bilik-bilik yang disediakan juga selesa dengan balkoni menghadap tasik, manakala cuaca pada waktu malam cukup nyaman dan sejuk.
Kalay korang merancang percutian ke Taiwan, jangan hanya fokus kepada Taipei sahaja. Resort-resort Muslim friendly di kawasan luar Taipei ini menawarkan pengalaman yang jauh berbeza dengan suasana alam semula jadi, aktiviti menarik dan kemudahan yang lebih santai untuk seisi keluarga.
Untuk tempahan, boleh hubungi no. yang tertera dibawah:


