Trip 3 hari jelajah kepulauan Mersing, Johor – Itinerari
Untuk korang yang tengah plan or perlukan itinerari ke Kepulauan Mersing, Johor.. kali ni salah-seorang followers Kaki Travel iaitu Busa Syafiqqah Shawal ingin kongsikan pengalamannya sewaktu bercuti di Kepulauan Mersing, Johor selama 3 hari 2 malam.
Budget untuk trip ni tak keras sangat sebab Busa memang sejenis yang travel low budget.
1) HOTEL (OYO Bluewater Hotel ): RM 154/3
Total: RM 51.30 per pax
Busa booked hotel dekat Mersing untuk 2 malam sebab Busa nak trip yang santai je. Busa malas nak terus balik KL after keluar pulau sebab takut barai.. so sampai Mersing Jumaat, buat daytrip masuk pulau Sabtu dan Ahad then baru balik KL.
Hotel Oyowater ni memang strategic sangat lokasi dia sebab ada mamak kat sebelah, kedai makan memang dekat je pastu dobi pun depan hotel je. Kedai Ninso dan Eco shop pun sebaris je so memang mudah nak dapatkan kemudahan yang diperlukan. Jarak ke jeti pun 7 minit (jalan kaki)
Ada 2 hotel nama Bluewater ni dekat Booking.com tu so Busa pilih hotel Bluewater yang sebaris dengan Marrybrown sebab lokasi lebih strategic dan dekat dengan banyak kemudahan.
2) Bas : TBS-MERSING (RM 36) Sanwa Expresss
MERSING-TBS (RM 32) Transnasional
Total: RM 68 per pax
Untuk bas, Sanwa Express lebih selesa dan yang paling penting ada USB plug untuk charge HP. Busa booked tiket bas dekat Redbus so dapat diskaun sikit. Nanti pergi je kaunter tiket bas untuk tebus tiket bas sebenar.
Jarak stesen bas Mersing dengan hotel yang Busa menginap memang dekat je.
Busa suka bandar Mersing ni sebab tempat dia dekat-dekat. Walkable distance lah orang kata.
3) PACKAGE ISLAND HOPPING : RM 150 DAYTRIP + RM 5 marine park conservation fee
Total: RM 155 per pax
Busa ambil pakej dengan Dolphin Island Trip.. trip ni cover 5 pulau dekat Mersing. Overall memang puas hati dan berbaloi dengan apa yang dibayar!
Trip start dari 8:30 pagi berkumpul dekat jeti dan dalam pukul 5 petang aktiviti selesai. 1 hari bagi Busa memang berbaloi untuk pakej ni. Korang boleh usha Facebook page Dolphin Island Trip untuk info pasal package ya!
Package ni termasuk:
SPEED BOAT : (JETTY – ISLAND – JETTY)
🥽SET SNORKELING
LIFE JACKET
LUNCH (MENU BUFFET)
🥤SNACK & MINERAL WATER
TOTAL EXPENSES: RM 269.30 (exclude makan)
Okay..ni senarai 5 pulau yang di cover dalam trip;
PULAU SIBU KUKUS
• Ni checkpoint pertama & dekat sini kita akan hiking dalam 15 minit untuk sampai puncak. View dekat atas memang lawa.
•Dinasihatkan untuk pakai kasut yang sesuai semasa hiking sebab track licin sikit. Kalau taknak hiking boleh je berenang sekitar pantai & bersantai.
PULAU TETEK / TOKONG RAKET
• Dekat checkpoint ni just ambik gambar je berlatarbelakangkan pulau ni. Nama pulau ni diambil dari bentuk pulau tu sendiri.
PULAU LIMA FRONT & BACK
• Disini boleh buat aktiviti caving bergantung pada paras air. Masa kami pergi, air tengah tinggi so tak dapat nak masuk dalam gua jadi kami ambil gambar depan pulau ni je.
• Kalau tak lepas nak buat caving, boatman akan tukar checkpoint lain & kita akan buat aktiviti snorkelling kat checkpoint tu.
PULAU MENTINGGI
• Dekat checkpoint ke-4 ni kami makan tengahari (packed food) & juga buat aktiviti bebas. Nak berenang pun boleh. Memang feeling habis makan sambil layan view pulau! Makanan pulak sedap memang puas hati.
PULAU TINGGI
• Last checkpoint ni kitaorang bersantai sambil minum petang. Katsini kami buat aktiviti free & easy.
4) Makan:
Untuk makan.. harga memang standard je tak mahal pun. Korang boleh pergi makan dekat dengan stesen bas (sebelah jejantas tu) untuk makan malam. Memang murah pastu sedap tau.
Kalau nak makan seafood murah pergi dekat kedai Brother Joe. Boleh waze je untuk location kedai ni. Kedai ni dekat dengan kedai jual keropok lekor. Kitaorang ambik set RM100 untuk makan 5 orang. Memang puas hati makan sebab portion banyak.
Untuk breakfast & lunch kitaorang makan dekat kedai mamak sebelah hotel & kedai makan sebaris hotel je. Sekali makan tak sampai RM 10 pun. Kalau nak fastfood, ada je KFC dan Marrybrown sebaris hotel.
Overall trip ni memang santai habis dan Busa enjoy trip ni. Kepulauan Mersing ni pulau dia memang cantik- cantik so kalau korang nak cari tempat bercuti yang berbaloi dengan duit, pilih lah untuk ke Mersing! Kalau nak tengok travelogue budget yang Busa pernah buat boleh visit FB page Travelogue Budget By Busa
Jom mengembara dengan bajet minima tapi kepuasan maksima!
Jangan lupa LIKE Facebook Kaki Travel & FOLLOW Instagram @kakitravelnet dan SUBSCRIBE Youtube Kaki Travel bagi mendapatkan idea dan info untuk pengembaraan anda!