KL – Batam, 1 Jam 10 Minit je Fly dengan AirAsia! Ini 9 Tempat Menarik Korang Boleh Explore..

Batam semakin mencuri perhatian sebagai destinasi percutian singkat yang lengkap. Mana tidaknya, dari pengalaman budaya, alam semula jadi, hinggalah gaya hidup mewah boleh dinikmati dengan bajet berpatutan. Tambah menarik lagi, kini rakyat Malaysia mudah akses ke Batam dengan adanya pelancaran laluan penerbangan terus AirAsia dari Kuala Lumpur ke Batam.

Kalau dulu perlu mengambil masa sekitar 4 jam menggunakan kombinasi bas dan feri, kini anda boleh terbang terus dari KUL ke Lapangan Terbang Hang Nadim (BTH) dalam kira-kira 1 jam 10 minit sahaja dengan frekuensi penerbangan 7 kali seminggu. Sesuai sangat untuk anda yang mahukan short getaway hujung minggu!

Batam turut dikenali sebagai destinasi hidden luxury kerana menawarkan pengalaman percutian yang mewah tetapi masih mesra bajet. Antara tarikan utama Batam termasuk:

  • Seafood segar dengan harga berpatutan
  • Spa & massage berkualiti tinggi
  • Tempat OOTD aesthetic
  • Tarikan budaya dan alam semula jadi
  • Shopping dan snek Indonesia yang murah

Jadi tidak hairanlah jika lokasi ini menjadi pilihan ideal untuk percutian santai sama ada buat mereka yang nak honeymoon mahupun seisi keluarga!

Ini 9 Destinasi menarik untuk anda terokai ketika bercuti di Batam:

1. Jambatan Barelang

Rasanya tak lengkap percutian jika anda tak melihat dengan mata sendiri mercu tanda Batam iaitu Jambatan Barelang. Pemandangan laut dan jambatan ini sangat cantik terutamanya untuk bergambar.

2. Puncak Beliung

Terletak kira-kira 20–30 minit dari bandar Batam. Puncak Beliung menawarkan keseronokan buat pengunjung kerana disini terdapat banyak aktiviti menarik dicuba seperti Sky Basket Ride dan Batam Swing. Selain itu, ada banyak spot cantik untuk OOTD dengan view puncak alam semulajadi!

3. Kampung Sawah

Antara destinasi menarik untuk dikunjungi bagi merasai sendiri pengalaman menjadi petani di kampung. Anda siap boleh memakai topi sawah dan bergambar di sekeliling kawasan padi ini tau!

4. De’Sands Santorini Batam

Bagi penggemar cafe hunting, ini kafe wajib anda lawati kerana kafe ini berkonsep mini Santorini! Sesuai sangat untuk anda santai minum kopi sambil OOTD di sekitar kafe ini sebab banyak spot OOTD yang aesthetic!

5. Masjid Agung Raja Hamidah

Dekat sini ada banyak masjid yang cantik dan berkonsep tersendiri. Salah-satunya adalah Masjid Agung Raja Hamidah kerana ikonik dengan kubah biru yang menjadi mercu tanda bandar Batam. Masjid ini sering menjadi tumpuan pengunjung kerana rekabentuknya yang menawan hati.

6. Masjid Cheng Ho

Masjid dengan seni bina Tionghoa yang unik. Selain tempat ibadah, masjid ini juga popular sebagai spot bergambar kerana warna dan reka bentuknya yang menarik.

7. Dinos Gate

Buat anda yang bercuti di Batam bersama anak-anak, jangan lepaskan peluang untuk berseronok di Dinos Gate. Disini anda boleh lihat bermacam jenis spesis replika Dinosaur yang interaktif. Ada juga Flying Carpet dan Rainbow Slide ya!

8. Batam Night Market

Rasa rugi pula kalau tak cuba makanan local disini kan? Haa, pastikan anda singgah syurga street food di night market Batam ni tau! Ada macam-macam jenis makanan anda boleh cuba antaranya es jeruk dan telur gulung.

9. Kelong Jambatan 1 Seafood

Untuk pengetahuan anda, Batam turut popular dengan masakan seafood yang fresh! Banyak kedai makan seafood yang anda boleh cuba dan salah-satunya adalah di Kelong Jambatan 1 Seafood. Dekat sini ada bermacam jenis aneka hasil laut boleh dipilih seperti ikan, udang, ketam, kepah dan macam-macam lagi. Best makan sambil tengok view Jambatan Barelang secara dekat!

KL – Batam, 1 Jam 10 minit via AirAsia!

Dengan penerbangan terus AirAsia dari Kuala Lumpur ke Batam (BTH), perjalanan kini lebih pantas dan selesa. Tak perlu lagi transit bas dan feri berjam-jam sebab penerbangan AirAsia hanya sekitar 1 jam 10 minit sahaja dengan jadual penerbangan harian (7x seminggu).

Anda juga boleh jimat hingga 30% dengan Value Pack!**
Tempahan dibuka sehingga 1 Februari 2026.. Tunggu apa lagi? Jom book flight ke Batam dengan AirAsia! 

  • Tempoh Tempahan: Sekarang – 1 Feb 2026
  • Tempoh Penerbangan: 13 Mac – 24 Okt 2026
  • Tambang sehala, termasuk semua daripada RM199
  • Jimat hingga 30% dengan Value Pack!**

T&C: *Termasuk caj servis penumpang, caj kawal selia, surcaj bahan api dan caj-caj lain. **Sah untuk pembelian semasa tempahan awal penerbangan melalui AirAsia MOVE sahaja, bergantung pada ketersediaan. Tertakluk T&S.


You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *