Syarikat penerbangan mana yang menggunakan Boeing 737-MAX 8?

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita pesawat Ethiopian Airlines ET302 yang terhempas dalam perjalanan dari Adis Ababa ke Nairobi. 157 orang penumpang serta krew maut dalam kejadian tersebut. Pesawat tersebut merupakan daripada jenis Boeing 737-MAX 8, iaitu antara pesawat terbaru keluaran Boeing. Manakala pesawat yang digunakan Ethiopian Airlines tersebut baru berusia 4 bulan.

Ini mencetuskan rasa panik dikalangan syarikat penerbangan dan pengguna kerana ini merupakan kapal terbang kedua 737-MAX 8 yang terhempas dalam masa 6 bulan. Pada bulan Oktober yang lalu, satu pesawat Lion Air JT610yang menggunakan model yang sama terhempas ketika dalam perjalanan dari Jakarta ke Pangkal Pinang.

BACA JUGA –> BOEING 737-MAX8 DILARANG GUNA RUANG UDARA MALAYSIA <–

Untuk makluman, buat masa ini Air Asia, Malaysia Airlines dan Malindo Air tidak beroperasi menggunakan pesawat jenis ini. Malindo Air ada menerima 3 buah pesawat Boeing 737 MAX 8 ini pada tahun 2017, namun pesawat tersebut telah pun diberikan kepada Lion Air kerana dikatakan tidak sesuai dengan model bisnes Malindo Air. Untuk rekod, Lion Air memiliki 49% saham Malindo Air.

Malaysia Airlines dikatakan telah menempah 20 buah pesawat jenis ini dan penghantaran pertama dijangka dibuat pada tahun 2020. Namun begitu Malaysia Airlines masih belum membuat keputusan samada untuk mengkaji semula tempahan ini ataupun meneruskannya.

Model 737 MAX 8 ini merupakan model paling laris Boeing. Sehingga kini, lebih 5,000 buah pesawat ini ditempah oleh syarikat penerbangan dari seluruh dunia. Berikut adalah senarai syarikat penerbangan yang mempunyai Boeing 737 MAX 8 dalam inventori mereka buat masa ini.

  1. Air China
  2. Norwegian Air
  3. SpiceJet
  4. Southwest Airlines
  5. Icelanair
  6. FlyDubai
  7. Air Italy
  8. TUI
  9. LOT Polish Airlines
  10. Aero Mexico
  11. Oman Air
  12. SmartWings
  13. Aerolineas Argentinas
  14. Lion Air
  15. Corendon Airlines
  16. China Southern Airlines
  17. Ethiopian Airlines
  18. Air Canada
  19. Garuda Indonesia
  20. United Airlines
  21. American Airlines
  22. Xiamen Airlines
  23. West Jet
  24. Turkish Airlines
  25. SCAT Airlines
  26. China Eastern
  27. Shanghai Airlines
  28. Shenzhen Airlines
  29. Jet Airways
  30. Okay Airways
  31. GOL
  32. Silk Air
  33. S7 Siberia Airlines
  34. Copa Airlines
  35. Lucky Air
  36. Sunwing Airlines
  37. Hainan Airlines
  38. Mauritania Airlines International
  39. Shandong Airlines
  40. 9 Air
  41. Fiji Air
  42. Enter Air
  43. Cayman Airways
  44. Comair

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *