Boeing 737 MAX 8 dilarang melalui ruang udara Malaysia

Pihak Berkuasa Penerbangan Malaysia (CAAM) hari ini mengeluarkan arahan untuk tidak membenarkan semua pesawat jenis Boeing 737 MAX 8 melalui ruang udara Malaysia. Arahan ini dikatakan berkuat kuasa serta-merta.

Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan, Ketua Pegawai Eksekutif CAAM, Ahmad Nizar Zolfakar berkata

“CAAM ingin merujuk kepada dua nahas kemalangan pesawat membabitkan jenis Boeing 737 Max 8 dalam tempoh kurang dari lima bulan. Kita ingin menjelaskan bahawa Malaysia tidak mempunyai sebarang syarikat penerbangan yang beroperasi menggunakan Boeing 737 Max 8″

“CAAM dengan ini menggantung operasi pesawat Boeing 737 Max 8 daripada melalui ruang udara Malaysia atau dari negara ini, selain melakukan penerbangan transit dari Malaysia sehingga notis selanjutnya,”

Pada 10hb Mac 2019 yang lalu, pesawat Ethiopian Airlines ET302 terhempas ketika ianya dalam perjalanan dari Adis Ababa ke Nairobi. Pesawat jenis Boeing 737 MAX8 tersebut dikatakan membawa 157 orang penumpang serta krew. Ianya merupakan sebuah pesawat baru dan dikatakan hanya mula beroperasi 4 bulan yang lalu. Ini merupakan pesawat kedua dari model tersebut yang terhempas dalam masa 6 bulan.

Tindakan Malaysia ini bukanlah suatu yang luar biasa. Sebelum ini sudah banyak negara-negara yang mengharamkan penggunaan pesawat tersebut antaranya, Australia, Brazil, China, Korea Selatan dan Afrika Selatan.

Baca juga –> Syarikat penerbangan mana yang menggunakan Boeing 737-MAX 8? <–

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *