10 Tips Jika Nak Bawa Anak-Anak Travel Ke Luar Negara

Mungkin sebilangan daripada kita beranggapan nak travel jauh-jauh ini better pergi masa muda takpun masa tak ramai anak lagi. Bukan apa, bila dah beranak-pinak ni jenuhlah nak pi sana-sini weh. Macam-macam ragamlah! Tapi, semua itu tak jadi masalah buat kak Shaeriani A Hamat yang steady ja bawa 7 orang anak-anaknya bercuti ke Vietnam. Haa.. nak tahu macam mana akak ni chill ja handle anak-anak dia? Jom ikuti tips travel dibawah, mungkin boleh jadikan panduan buat ibubapa kat luar sana nak ready fizikal mental bawa anak bercuti jauh-jauh nanti..


10 Tips Travel ‘prepare’ anak-anak pergi bercuti

  • Persiapan kena 2 hari sebelum bertolak (beg baju ‘wajib’ sorang satu dan kalau boleh guna bag sandang, mudahkan perjalanan)
    Cara ini juga dapat bantu anak-anak belajar jadi orang bertanggungjawab, sebab bawa bag sendiri-sendiri
  • Waktu nak packing baju – make sure anak-anak packing baju mereka sendiri. Kita baca senarai keperluan macam baju, tudung, seluar dan berapa lama akan tinggal kat sana. List dah buat awal seminggu, disarankan bawa baju yang ringan untuk kurangkan beban nak pikul nanti
  • Setiap bag anak-anak perlu ‘Ditanda’ dengan nama masing-masing, mudahkan urusan nak cam bag diaorang. Lagipun, masing-masing mesti ada keperluan yang berbeza right?
  • Untuk keselamatan dan lancarkan perjalanan, disarankan memakai kasut. Jadi, anak-anak semua kena berkasut, lagipun banyak pergerakan masa travel ni.
  • Passport – nak mudahkan urusan di airport, passport akan ditanda mengikut susunan ikut kelahiran anak. Contoh macam saya, anak no 1-7 (sebab passport ayah diaorang akan pegang dan bila smpai giliran pengenalan identiti, ayahnya akan bagi ikut numbering, tak perlu dah bukak bukak)
  • Make sure keluar awal untuk ke airport. Bila anak ramai ini dan masih kecil, kita tak tahu apa yang akan jadi tengah jalan kan? Haa, better keluar awal
  • Kalau ada anak yang pakai telefon, make sure diaorang guna sling bag untuk langkah berjaga-jaga plus mudahkan barang berharga sentiasa ada dekat kita (takut tertinggal). Macam saya, bagi sorang anak ja pegang fon sebab taknak diaorang asyik dok main gajet masa kat hotel. Bagi kat sorang tu pun sebab bilik berasingan so senang sikit nak berhubung
  • Bawa makanan ringan macam biskut, cornflakes, jajan etc supaya tak lapar dalam perjalanan (ini penting sebab datang mood anak kecil lapar tengah jalan jenuh merengek nanti)
  • Ajar anak-anak untuk ‘Tepati Masa’ supaya segala aktiviti berjalan smooth ja. Plus cara ini buatkan diaorang lebih hargai masa
  • Beri anak-anak pakai baju sedondon. Bukan apa, senang untuk kita nanti nak cam mana satu anak kita kalau dari jauh

Semua tips ini sesuai digunakan untuk bercuti dalam dan luar negara. Sambil bercuti, kita mendidik anak-anak ya. Selamat bercuti semua!


You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *