Lobster Percik Perfection – hidangan istimewa Ramadan di Burger & Lobster KLCC
Selalu kalau bulan puasa kita dengar orang jual ‘Ayam Percik’ kat bazar kan? Pernah terfikir tak menu ‘percik’ version lain pula? Sempena Ramadan 2023, restoran Burger & Lobster KLCC menawarkan hidangan istimewa iaitu ‘Lobster Percik Perfection’. Bunyi pun dah menggiurkan apetah lagi kalau dapat makan perghh marvelous!
Lobster Percik Perfection sajian limited edition!
Untuk pengetahuan anda, sajian Lobster Percik Perfection ini adalah menu edisi terhad yang hanya boleh didapati pada bulan Ramadan sahaja iaitu mulai 23 Mac – 21 April ini.
Hidangan Lobster Percik Perfection ini pasti menggoda selera anda sebab ia dimasak dengan menggunakan rempah aromatik seperti kunyit, jintan manis, ketumbar, dan santan kelapa segar dan bersalut mentega wangi. Fuh! Memang tak menahan nafsu la..
Set Lobster Percik Perfection ini akan disajikan sekali dengan nasi butter dan kerabu mangga. Boleh dikatakan rasa hidangan ini seimbang sebab ada spicy-manis-sour gitu. Sebab tu namanya ‘Perfection’!
Dah sedap ‘pekena’ Lobster Percik, anda juga boleh mencuba sajian ‘Kuih of the Day’ disini. Oh ya, jangan lupa untuk cuba mocktail ‘Tropical Sunset’! Boleh rasa fresh sangat sebab dalam mocktail tu ada campuran nanas,lemon dan hibiscus! Menarik bukan?
Nak makan di Burger & Lobster KLCC kena booking ke?
Bagi anda yang berminat nak rasai keenakan udang galah ni, boleh buat tempahan secara dalam talian menerusi Table App >> Klik sini
Harga: RM250/pax
*Ptss, menu edisi terhad ini hanya ditawarkan di restoran Burger & Lobster cawangan KLCC ja ye.. jangan book lambat-lambat takut nanti habis melepas sudah~~
Nak tahu lebih maklumat lebih lanjut boleh ikuti media sosial Burger & Lobster okie!
Instagram: @burgerandlobsterklcc/@burgerandlobster
Facebook: @burgerandlobsterklcc/@burgerandlobster