9 Buffet berbuka puasa bawah RM50 di KL & Selangor
Memandangkan sekarang kita berada dalam bulan Ramadan, banyak kedai makan dan restoran yang menawarkan hidangan menarik untuk berbuka puasa. Mesti ada sebilangan daripada kita yang teringin nak makan mewah tapi bajet bawah RM50 kan? Don’t worry guys, ini kami senaraikan 9 kedai makan yang tawarkan buffet berbuka puasa bawah RM50 di sekitar Lembah Klang!
1. Laman Qasrina
- Pelbagai menu menarik dihidangkan sepanjang Ramadan ini seperti nasi beriani, nasi minyak, nasi hujan panas, ayam bali, daging hitam manis, gulai nenas ikan masin dan banyak lagilah!
- Selain itu, ada juga sate, kuih-muih, aneka bubur yang menggiurkan
- Oh kalau bawa anak-anak pasti diaorang happy sebab ada ‘Candy buffet’ guys!
- Fasiliti tiptop – parking kereta ada, surau ada, laluan OKU pun turut disediakan taw
- Sambil-sambil korang makan kat sini, korang akan dihiburkan dengan emcee & penyanyi berpengalaman, tadakla sendu je kan suasana tu..
- Harga: Dewasa – RM45 / Kanak-Kanak – RM30 / Warga emas – RM35
- Tempahan disini : www.wasap.my/601161241500/buffet2023
- Alamat: B16 Jalan Zuhal 178/U5, Shah Alam
2. Ikan Bakar Seri Melaka, Jalan Bellamy
- Buat korang yang nak ‘pekena’ ikan bakar waktu berbuka, jom ke sini!
- Bukan setakat ikan bakar je, korang juga boleh cuba masakan kampung, padu weh!
- Harga: Dewasa – RM49.90 / Kanak-Kanak – RM29.90 / Warga emas- RM39.90
- Tempahan disini: https://wa.me/message/J7EQMO2CUWB2L1
- Alamat: Kedai No. 2, Medan Ikan Bakar Jln Bellamy, Belakang Istana Negara Lama, Off Jalan Bukit Petaling, 50460, Kuala Lumpur
3. Tuuu Dia Pak Tam
- Dekat sini korang mesti rambang mata sebab ada lebih 85 jenis hidangan istimewa disediakan untuk iftar!
- Tambah best pula sebab ada 14 stall yang sediakan makanan panas-panas beb sebab ‘live cooking’
- Ruang makan tak payah risau dah sebab luas + ada aircond, parking, surau, toilet banyak beb!
- Paling best, kalau korang nak ‘tapau’ bawak balik pun boleh weh
- Harga: Dewasa – RM49.90 / Kanak-Kanak – RM35 (bawah 4 tahun Free)
- Tempahan disini: https://paktambuffet.onpay.my/order/form/b01
- Alamat: : 3, 5 & 7, Jalan 2/10, Dataran Templer, 68100 Selayang, Selangor
4. Mahligai Cinta Nirwana
- Satu lagi port menarik korang nak berbuka beramai-ramai adalah dekat sini!
- Bagi korang yang gemar masakan Johor memang disarankan berbuka dekat sini ya sebab ada laksa johor & nasi kambing weh!
- Bukan itu sahaja, ada lebih 50 menu menarik korang boleh try
- Tempat selesa , ada aircond, deko pun cantik memang berselera la kome..
- Harga: Dewasa – RM48 / Kanak-Kanak – RM30 / Group – RM400 (10 pax)
- Tempahan disini: 016-4468503 / 010-2201795
- Alamat: F-12, Jalan 1/76 ,G Village, Desa Pandan 55100, Kuala Lumpur
5. Restoran Garden Lobster / Ohsem Resto
- For those yang tetiba tekak rasa nak berbuka selera western, ayuhlah ke mari!
- Dekat sini korang boleh try menu seperti lamb chop, chicken chop, fish fillet, ayam Korea, spaghetti, ayam golek dan banyak lagi
- Fasiliti tip top, surau, parking luas beb, stroller dengan wheelchair pun ada disediakan
- Harga: Dewasa – RM45.90 / Kanak-Kanak – RM35.90
- Tempah disini: https://wa.me/60166022426?text=Nak%20booking%20buffet
- Alamat: Restoran garden lobster Jln Abim, Sg Ramal Dalam, Kajang, Malaysia
6. Wowz Grill Steamboat
- Dah jemu makan nasi? Ok jom berbuka dengan grill & steamboat pula!
- Selain itu, ada juga lamb, beef & chicken marinated ditambah pula dessert & side dish yang mantul!
- Harga: Dewasa – RM39 / Kanak-Kanak – RM18
- Tempah disini: http://www.wasap.my/60199799081/WOWzFacebook
- Alamat: Wowz Grill and Steamboat, CBD Perdana 2, Cyberjaya Selangor
7. Andan’s Café
- Okay ini satu lagi port makan steamboat & grill yang padu!
- Selain itu, ada juga makanan lain seperti western, spaghetti, char kuey tiaw, ikan bakar, kuih muih dan dessert
- Harga: Dewasa – RM35 / Kanak-Kanak – RM17
- Tempah disini: http://www.wasap.my/601155500773/Hi.ANDANsCAFE
- Alamat: 7, Jln Kg. Batu Muda Tambahan 2, Kg. Batu Muda 51100 Kuala Lumpur
8. Nurul Sate Batang Pinang
- Kalau tadi makan steamboat grill, dekat sini makan sate pula geng!
- Oh wait, ada lebih 50 jenis juadah ye dihidangkan setiap hari *bukan sate semata hehe
- Parking free ja beb kat sini
- Harga: Dewasa – RM38 / Kanak-Kanak – RM20
- Tempah disini: 0163595358 / 0134288944 / 0103825159
- Alamat: Nurul Sate Batang Pinang , Kampung Tengah, Puchong
9. US Pizza Malaysia
- Khas untuk penggemar pizza, US Pizza turut tawarkan buffet di bulan Ramadan tahun ini!
- Selain 20 jenis pizza yang dibakar panas-panas, ada juga juadah lain seperti spaghetti dan dessert
- Kalau korang nak cari tempat nak berbuka puasa beramai-ramai pada harga berpatutan, bolehlah datang ke sini juga ya
- Harga: Dewasa – RM39 / Kanak-Kanak – RM19.50
- Tempah disini: download apps US Pizza Malaysia – pilih event Ramadan buffet untuk booking
Selamat menjalani ibadah puasa semua! 🙂