Rasai masakan Jawa di Restoran D’Rebung – view macam kat Jepun!
Seperti yang diketahui, Malaysia merupakan salah sebuah negara yang mempunyai pelbagai aneka masakan. Ada masakan Melayu, Cina, Mamak, Baba Nyonya dan macam-macam lagilah! Jadi, tidak hairanlah kalau Malaysia seringkali disebut-sebut selaku ‘Syurga Makanan’ oleh pengunjung dari luar. Ada tak yang suka makan nasi ambeng?? Haa.. kalau ada kami nak kongsikan sebuah tempat makan yang mensajikan masakan Jawa iaitu di Restoran D’Rebung. Tempat ini terletak di Sungai Pelek, Selangor *dalam kawasan Kg. Hulu Chuchoh (Banghuris Homestay).
Makan di bawah rimbunan pohon buluh!
Menariknya di restoran D’Rebung ini, anda berpengalaman untuk merasai suasana makan di bawah rimbunan pohon buluh rebung madu. View kat sini santai dan redup-redup gittew.. sekali tengok dah macam dekat Jepun pula.. hehe.. Lokasi ni memang sesuai untuk kalian yang sukakan tempat makan berkonsepkan suasana kebun. Oh ya, tempat parking kereta pun luas disediakan kat sini, jadinya anda tak perlu pening-pening cari parking.
Aneka pilihan masakan Jawa!
- Di restoran D’Rebung ini, anda boleh menikmati pelbagai jenis menu yang unik misalnya:
- Hidangan tradisi kenduri orang Jawa
- Nasi Ambeng dalam dulang
- Kulit lembu masak lemak
- Rebung madu masak lemak cili api
- Sambal mentaram dan banyak lagilah!
Port OOTD macam di Jepun!
Sekiranya anda ke restoran D’Rebung ini, jangan lupa berfoto taw! View yang penuh dengan pohon buluh ini cantik untuk dijadikan port OOTD. Kot ada yang rindu nak pergi Arashiyama Bamboo Grove di Jepun.. marilah datang ke restoran D’Rebung ini! Pasti terubat rindu anda..
Waktu Operasi: Sabtu dan Ahad // Jam 11 pagi – 5 petang
Menarikkan tempat ni? Jom ajak family dan rakan-rakan anda singgah makan kat sini okay! Untuk maklumat lanjut boleh tengok di Fb Page Nasi Ambeng D’Rebung.
Jangan lupa LIKE Facebook Kaki Travel, FOLLOW Instagram @kakitravelnet dan SUBSCRIBE Youtube Kaki Travel bagi mendapatkan idea dan info untuk pengembaraan anda!