5 Tempat Eco-Tourism Paling Chill di Malaysia – Kalau Jiwa Alam, Wajib Singgah!
Malaysia merupakan antara destinasi terbaik untuk pelancongan eko atau “eco-tourism” kerana keunikan biodiversitinya, landskap semula jadi yang indah, serta komuniti tempatan yang masih mengekalkan cara hidup tradisional.
Jika korang seorang pencinta alam semula jadi dan ingin menerokai sisi Malaysia yang lebih hijau dan tenang. Tak payah pergi jauh-jauh sampai luar negara pun. Dekat sini pun banyak tempat lawa, tenang, dan “best” nak “recharge” jiwa. Jom tengok 5 tempat eco-tourism yang “confirm” buat korang jatuh cinta:
Rainforest Discovery Centre, Sabah

Kalau korang pencinta hutan dan ingin teroka hutan hujan Borneo dengan lebih dekat, “Rainforest Discovery Centre (RDC)” ni memang tempat yang kena singgah!
Dekat sini, korang boleh tengok sendiri keunikan flora dan fauna yang memang “rare”, semua dalam satu. Yang paling “best” kat RDC ni, “skywalk” sepanjang 620 meter! Bayangkan jalan atas jambatan tinggi sambil layan “view” hutan luas, memang “feeling”.



Selain tu, korang boleh jalan-jalan ikut laluan denai dalam Hutan Simpan Kabili-Sepilok, tengok sendiri pokok gergasi ‘Sepilok “Giant”’, singgah Taman Penemuan Tumbuhan, masuk dewan pameran, dan “chill” kat tasik ikonik yang memang cantik gila.
⏰: 8.00am – 5.00pm (Dibuka setiap hari)
📍: Jalan Fabia, Sepilok, 90715 Sandakan, Sabah
Taman Negara Bako, Sarawak
Taman Negara Bako ni bukan biasa-biasa ia adalah taman negara paling lama yang diwartakan di Sarawak! Nak kenal flora dan fauna Sarawak dari A sampai Z? Sini lah tempatnya. Dengan keluasan 16 kilometer persegi hutan asli, Bako ada tujuh ekosistem berbeza dalam satu kawasan dari hutan paya gambut, hutan pantai, hutan bukit & bermacam lagi. Pendek kata, macam-macam jenis alam dalam satu tempat!



Kalau bab haiwan pula, memang meriah terdapat “the silver leaf monkeys”, “proboscis monkey”. Selain tu, ada juga penghuni eksotik macam tupai terbang, rusa kecil, babi berjanggut, keluang, tarsier, kongkang, dan kucing musang.



Nak trekking pun boleh, ada 3 laluan yang korang boleh pilih! Serius, kalau korang minat alam semula jadi, memang syok habis kat sini!
⏰: 8.00am – 5.00pm (Dibuka setiap hari)
Setiu Wetland, Terengganu
Setiu Wetland ni bukan calang-calang tempat ia satu kawasan semula jadi yang ada sembilan jenis ekosistem yang saling berkait. Bayangkan, dalam satu tempat je ada laut, pantai, lumpur, lagun, muara, sungai, pulau, hutan pesisir dan paya bakau. Lengkap satu pakej alam semula jadi!



Bila dah sampai Setiu Wetland, rugi kalau tak try aktiviti-aktiviti menarik yang ada kat sini! Antaranya: Menyusuri Sungai Setiu, cari kepah juga lokan dalam lumpur, gali dengan tangan sendiri, rasa sendiri “thrill” dia!, melawat sangkar ikan dan nak rasa vibe kampung? Dekat Rumah Tok korang boleh belajar gaya hidup tradisional orang Setiu dulu-dulu.



Gabungan alam semula jadi + budaya tempatan yang buatkan pengalaman kat Setiu ni lain macam “best” dia.
⏰: 9.00am – 4.00pm (Dibuka setiap hari)
📍: 13, Jln Pengkalan Gelap, 22120 Permaisuri, Terengganu
Sg.Merbok, Kedah
Kalau nak tempat yang santai dan unik, Bakau Hijau Sungai Merbok boleh jadi pilihan. Korang boleh cuba aktiviti berkayak di hutan paya bakau sambil nikmati suasana yang damai. Selain tu, boleh juga belajar tentang pentingnya hutan bakau untuk alam sekitar. Memang best untuk lepak dan hilangkan stres!

Korang boleh kayuh perlahan-lahan sambil nikmati alam, melihat pelbagai spesis burung berterbangan, pokok hijau melambai, dan langit biru yang luas. Memang rasa relaks, tak penat langsung. Sesuai untuk buat sorang-sorang, dengan pasangan, atau bersama geng. “Morning trip” atau “sunset trip”? Kedua-duanya best, tak perlu pilih!



Selain itu, terdapat juga aktiviti lain seperti menaiki bot secara berkumpulan atau “private” dan memancing.
📍: Bakau Hijau, Kampung Pengkalan Langgar (PL2, Mukim Bujang, 08100 Bedong, Kedah
Sungai Linggi, Melaka
Kalau korang tengah cari aktiviti baru dan menarik di Melaka, Eco-Cruise Sungai Linggi adalah pilihan yang wajib dicuba! Ni bukan sekadar cruise biasa sebab sepanjang perjalanan, korang boleh lihat pelbagai habitat alam dari buaya yang bersantai di tepi sungai, taman lokan yang unik, sampailah ke aktiviti memancing udang.



Yang menariknya lagi, korang juga dapat melihat kehidupan harian penduduk setempat yang hidup dengan cara tradisional di sepanjang sungai. Tak hanya itu, untuk korang yang suka makan sambil menikmati pemandangan, ada restoran terapung yang menawarkan pengalaman makan tepi sungai yang tenang.



Jadi, jika nak keluar dari kesibukan bandar dan nak cuba sesuatu yang berbeza, Eco-Cruise Sungai Linggi ni memang satu pengalaman yang tak boleh dilepaskan!
📍: Batu 24, Kampung Paya Lebar, 78300 Masjid Tanah, Malacca
Malaysia sememangnya kaya dengan destinasi eco-tourism yang bukan sahaja memukau mata, tetapi juga mendidik kita tentang pentingnya menjaga alam sekitar. Dengan memilih percutian berkonsepkan eko, kita bukan sahaja menikmati keindahan alam semula jadi, tetapi juga menyokong usaha pemuliharaan dan komuniti tempatan.
Jadi, destinasi mana satu yang korang nak teroka dulu? ataupun boleh “check it out” Tempat Menarik di Malaysia.
Artikel ini adalah hasil kolaborasi bersama Kaki Travel dan Tourism Malaysia sempena Visit Malaysia 2026.
