Tiket Balik Raya ETS & KTM Intercity mula dijual hari ini

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan mula membuka jualan tiket bagi perjalanan 1hb April 2020 hingga 31hb Mei 2020 bermula hari ni (5hb Mac 2020). Ianya merangkumi tiket tren ETS serta KTM Intercity ke seluruh semenanjung Malaysia. Jadi untuk anda yang nak mencari tiket untuk pulang menyambut Hari Raya Aidilfitri di kampung nanti boleh mula membuat tempahan sebelum tiket habis dijual.

Anda boleh semak jadual dan juga buat pembelian online menerusi laman web KTMB iaitu https://www.ktmb.com.my/. Untuk jadual ETS boleh semak jadual di sini

Selain itu, untuk lebih mudah anda juga boleh muat turun dan membeli melalui apps KTMB Mobticket. Apps ini tersedia untuk di muat turun di Google Playstore, IOS App Store & Huawei App Gallery.

ETS sekarang dah ada Business Class, boleh tengok dalam video kami tentang tren ETS2 sebelum ni

https://www.facebook.com/kakitravel.net/videos/467910057250293

Jangan lupa LIKE Facebook Kaki Travel , FOLLOW Instagram @kakitravelnet dan SUBSRCIBE Youtube Kaki Travel bagi mendapatkan idea dan info untuk pengembaraan anda!

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *