8 Aktiviti Menarik Di Perlis Yang Anda Boleh Cuba

Bila kali terakhir anda ke Perlis ? Negeri kecil di utara tanahair ini kini semakin mendapat perhatian dikalangan pelancong tempatan. Untuk anda yang tertanya-tanya apa aktiviti yang boleh dibuat disana, kali ni kami kongsikan 8 Aktiviti Menarik yang anda boleh cuba jika anda ke Perlis.

1.Bergambar di Kangar Street Art 2.0

Kangar Street Art ini merupakan tarikan terbaru di Perlis. Ianya terletak betul-betul di tengah bandar Kangar. Pada asalnya tempat ini hanyalah sebuah lorong belakang kedai, namun ianya telah menjalani transformasi menjadi satu lorong yang dipenuhi dengan lukisan. Kesemua lukisan ini dilukis oleh para pelukis tempatan dan ianya merupakan inisiatif oleh Persatuan Pelukis Negeri Perlis.

Gambar – Dahlan Ahmad
Boleh lukis potret di sini

2.Makan Daging Bakar di Nostalgia Hani 9

Restoran Nostalgia Hani 9 ini terletak di kawasan Kuala Perlis. Ianya popular dengan hidangan daging bakar. Daging bakar dihidangkan bersama Nasi Kuning. Quantiti daging yang diberi memang sangat berbaloi, “Penuh Sepinggan Sampai Tak Nampak Nasi”. Harga sepinggan adalah RM11 untuk set biasa manakala set special berharga RM16. Set Special akan dihidangkan daging dari bahagian Batang Pinang atau Harimau Menangis. Yang menariknya di sini, nasi tambah dan air kordial diberikan secara PERCUMA untuk pelanggan. Selain dari itu, untuk pelanggan yang membawa anak kecil (bawah 7 tahun), akan dihidangkan ‘Set Bertenang’ secara percuma untuk anak kecil tersebut.

Daging penuh sampai tak nampak nasi
Bersama pemilik restoran, Encik Noor Azman

3.Melawat Ladang Superfruit Valley

Ladang Superfruits Valley ini terletak di daerah Chuping. Dulunya kawasan ini merupakan ladang tanaman tebu namun kini ianya telah mengalami transformasi menjadi ladang tanaman buah-buahan ‘Superfruit’. Apa itu Superfruit? Superfruit ni adalah buah-buahan bernutrisi tinggi. Antara yang ditanam disini adalah buah Fig (Buah Tin), Gac, Markisa, Lemon dan lain-lain lagi.

Buah Gac | Gambar – Dahlan Ahmad
Buah Fig | Gambar – Dahlan Ahmad

4.Singgah Makan Ikan Keli di Restoran Anjung Keli

Anjung Keli ini merupakan antara restoran yang popular di negeri Perlis ini. Ianya menyajikan masakan tradisional melayu ataupun masakan kampung. Pelbagai jenis lauk terdapat disini, namun yang menjadi tarikan utama di Anjung Keli ini adalah menu ikan keli. Restoran ini juga biasanya menjadi tumpuan para artist popular tanahair, ahli politik serta ahli perniagaan setiap kali mereka berkunjung ke Perlis.

5.Layan permandangan bumi Perlis dari atas di Taman Rekreasi Gua Cenderawasih

Di Perlis terdapat banyak bukit yang boleh didaki. Antara yang popular dan treknya tidak begitu extreme adalah di kawasan Gua Cenderawasih. Ianya mengambil masa lebih kurang 15-20 minit untuk sampai ke puncak. Di atas bukit ini terdapat batu-batu Pinnacles. Namun anda harus berhati-hati jika ingin memanjat batu-batu terseb ut kerana permukaannya yang tajam.

6.Nikmati menu Western Sambil Mendengar Lagu di Chortiez & Co

Bagi anda yang idamkan menu makanan barat, boleh la ke Chortiez & Co ni. Restoran ala hipster ini terletak di Taman Sena, Kangar. Portion makanan disini memang puas hati dan sedap!. Antara menu yang popular disini adalah Outback Lamb Chop, Hipster Chicken Chop, Classic Chicken Grill dan banyak lagi. Selain itu disini ada sessi ‘Busking’ oleh pemuzik-pemuzik tempatan. Sambil makan tu boleh la layan live performance.

Lamb Chop | Gambar – Dahlan Ahmad
Chicken Chop | Gambar – Dahlan Ahmad
Makan sambil melayan busking | Gambar – Dahlan Ahmad

7.Minum Air Nira Nipah di Ladang Nipah Khipli

Air Nira Nipah adalah antara yang popular di kawasan utara tanah air. Kalau anda nak cuba, boleh ke Ladang Nipah Khipli. Di sini anda akan dihidangkan air nipah segar dari pohon nipah yang ditanam disekitar tempat ini. Selain daripada air nira, terdapat menu-menu lain yang disediakan seperti pulut ayam, bihun sup, laksa dan lain-lain lagi.

Makan dalam ladang nipah | Gambar – Dahlan Ahmad
Bagaimana air Nira Nipah diambil dari pohon nipah

8.Rendam Kaki Dalam Minyak Herba Di Taman Rimba Herba

Taman Rimba Herba ini terletak di kawasan Sungai Batu Pahat. Tempat ini memiliki lebih 1,000 koleksi tumbuhan terdiri daripada tumbuhan herba ubatan antaranya tongkat ali, misai kucing, kacip fatimah dan lain-lain lagi. Taman Rimba Herba ini turut dilengkapi laman orkid, wakaf rehat dan bangku bersesuaian dengan aktiviti pengunjung yang kepenatan selepas mengelilingi taman ini. Aktiviti yang menjadi tumpuan disini adalah terapi rendam kaki di dalam minyak herba panas. Ianya dikatakan dapat membantu mengubati pelbagai jenis penyakit. Para pengunjung boleh mencuba aktiviti ini dengan bayaran cuma RM10 sahaja.

Jadi kalau anda ke Perlis jangan lupa singgah tempat-tempat ni ya!


Jangan lupa LIKE Facebook Kaki Travel , FOLLOW Instagram @kakitravelnet dan SUBSRCIBE Youtube Kaki Travel bagi mendapatkan idea dan info untuk pengembaraan anda!

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *