7 Tempat Anda Wajib Kunjung Jika Ke Kota Kinabalu, Sabah

Kota Kinabalu, Sabah

Kota Kinabalu merupakan antara destinasi yang popular di Malaysia ini. Ianya popular bukan sahaja dikalangan pelancong tempatan, namun dikalangan pelancong luar negara juga. Di sini kami senaraikan 7 tempat yang anda wajib kunjungi jika ke Kota Kinabalu

1. Desa Dairy Farm

Desa Dairy Farm merupakan tempat pelancongan utama di Kundasang Ranau, Sabah. Ianya terletak lebih kurang 6 km dari Pekan Kundasang dengan melalui Jalan Cinta Mata Mesilou. Banyak aktiviti yang boleh dilakukan disini termasuklah melihat bagaimana pemprosesan susu lembu, melihat proses pemerahan susu lembu, memberi makanan kepada anak lembu dan kambing, dan sebagainya. Anda juga boleh membeli susu lembu segar dan makanan atau produk berasaskan susu lembu di tempat ini. Selain itu, kawasan persekitaran di sini sangat cantik dengan udara yang segar, nyaman dan sejuk menjadikan kawasan ini menjadi daya tarikan utama di Kundasang. Biasanya, tempat ini amat sesak terutamanya pada waktu cuti sekolah.

Gambar – Instagram @desadairyfarm

2. Pasar Todak

Tiada makanan lain yang menjadi sebutan di Sabah jika bukan makanan laut. Oleh itu, makan malam anda pasti lebih puas di Todak waterfront. Pilih saja gerai yang anda mahu. Lokasi ini sebaris dengan pasar filipin. Cuma terus kena ke depan sedikit. Kawasan ini memang meriah dan aktif pada waktu malam. Bagi sesiapa yang tercari cari seafood yang fresh lagi murah berbanding di restoran. Disinilah tempatnya. Jangan lupa untuk cuba lobster, udang, ikan merah, seaweed, ketam, latok dan sambal belacan

Gambar – Instagram @lily.euphoria

3. Arnab Village Ranau

Arnab Village Ranau merupakan salah satu tempat yang menarik bagi pencinta haiwan. Taman arnab ini terletak lebih kurang 10 kilometer dari Pekan Kundasang iaitu terletak di perantaraan jalan Kundasang-Ranau. Di tempat ini, anda boleh menyentuh, mengusap dan mendukung arnab. Anda juga boleh memberikan makanan kepada arnab dengan syarat membeli makanan khas yang dijual disini. Anda juga boleh menginap di kawasan ini kerana Arnab Village Kundasang juga menyediakan homestay dengan kadar harga yang berpatutan.

Gambar – Instagram @arnabvillageranauofficial

4. Fish Spa Kg Luanti

Spa Ikan Tagal yang popular ini terletak lebih kurang 25Km dari pekan Ranau. Aktiviti menarik disini ialah merendam kaki dan memberi makan ikan pelian. Ikan-ikan tagal disini dilatih oleh orang kampung dengan membuat urutan dan mengigit sel-sel mati dari kulit. Dikatakan juga membuat spa urutan ikan ini dapat membantu melembutkan kulit dan masalah psoriasis.

Gambar – Instagram @markodea8

5. Canopy Walkway Poring Hotspring

Canopy walk ini popular dikalangan pelancong terutamanya pelancong dari Eropah. Ketinggian canopy walk ini melebihi 175 meter dan mempunyai lebar 41-43 meter. Lebih kurang tinggi bangunan 8 tingkat. Masa lawatan adalah 9pg hingga 4ptg setiap hari. Tiket masuk adalah RM3 untuk warganegara Malaysia manakala cas untuk camera ada RM5. Jadi jumlahnya RM8 la kalau korang mahu ke canopy walk ni. Korang kena mendaki 550 meter untuk sampai di canopy walk ini (lebih kurang 30 minit).

Gambar – Instagram @karosky

6. Pulau Sapi

Pulau yang wajib anda kunjungi kalau datang ke Sabah. Pulau ini sebenarnya termasuk dalam taman laut Tunku Abdul Rahman. Jadi kalau anda mahu ke sini, anda juga sebenarnya boleh ke pulau lain (macam Manukan/Mamutik). Tapi kalau Manukan terkenal sebab pemandangan, tempat ini pula terkenal sebab banyak ikan. Jadi kalau nak ber snorkelling tepi pantai memang seronok. Banyak ikan! Cumanya datang awal & pada hari biasa. Sebab pulau ini kecil dan selalu penuh dengan pelancong.

Gambar – Instagram @rafidaharismail

7. Rumah Terbalik (Upside Down House)

Keunikan dan menariknya Rumah Terbalik Tamparuli ini adalah semua yang ada di dalam rumah adalah di susun secara terbalik, dapur terbalik, katil, television, kereta, pasu bunga pun tergantung dengan terbalik. Aktiviti terbaru di sini terdapat 3D Museum dengan pelbagai latar belakang yang cantik dan nampak real bila anda bergambar.

Gambar – Instagram @kkleisure.tour

Cara paling mudah dan flexible korang nak bergerak di Kota Kinabalu dan kawasan sekitar adalah dengan menyewa kereta dan pandu sendiri. Ini kerana anda akan lebih mudah untuk merancang dan menyusun masa sendiri. Kalau anda mencari tempat sewa kereta yang boleh dipercayai, boleh contact Milas Travel & Tours. Dorang ni ada banyak pilihan kereta mengikut kesesuaian dan bajet anda. Boleh klik sini untuk dapatkan senarai harga.


Jangan lupa LIKE Facebook Kaki Travel , FOLLOW Instagram @kakitravelnet dan SUBSRCIBE Youtube Kaki Travel bagi mendapatkan idea dan info untuk pengembaraan anda!

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *