Istanbul Turkish Kitchen – Hidangan Resepi Asli Dari Turki
Istanbul Turkish Kitchen
Bagi anda yang telah mengembara ke Istanbul ataupun Turki secara amnya, pastinya anda sudah sinonim dengan makanan di sana. Untuk anda yang rindukan makanan seperti Kofte, Doner Kebab dan Kanafeh, kini anda boleh dapatkannya di Kuala Lumpur.
Istanbul Turkish Kitchen merupakan restoran makanan Turki yang baru dibuka di kompleks membeli-belah Nu Sentral, Kuala Lumpur. Ianya terletak di tingkat 3, di dalam Quizinn Food Court. Sebenarnya restoran ini dulunya dikenali sebagai Turkish Cafe Istanbul yang terletak di Taman Tun Dr Ismail. Istanbul Turkish Kitchen ini diusahakan oleh Mr. Deniz , seorang rakyat Turki bersama dengan isterinya.
![](https://kakitravel.net/wp-content/uploads/2020/03/istanbul-turkish-kitchen-mr-deniz-683x1024.jpg)
Jom kita tengok apa menu yang anda boleh cuba
1. Grilled Kofte atau Grilled Kebab
Ada pelbagai menu grill yang anda boleh cuba di sini. Antaranya grilled kofte, Adana Kebab dan Shish kebab. Jika anda meminati makanan pedas boleh order spicy chicken atau spicy beef.
![](https://kakitravel.net/wp-content/uploads/2020/03/istanbul-turkish-kitchen-kebab-grill-3-1024x682.jpg)
![](https://kakitravel.net/wp-content/uploads/2020/03/istanbul-turkish-kitchen-kebab-grill-2-683x1024.jpg)
![](https://kakitravel.net/wp-content/uploads/2020/03/istanbul-turkish-kitchen-mix-platter-2-683x1024.jpg)
2. Pide / Turkish Pizza
Pide ataupun juga dikenali sebagai Turkish Pizza juga adalah menu popular disini. Pizza berbentuk seperti sampan ini boleh dipesan dalam variasi ayam, daging ataupun cheese.
![](https://kakitravel.net/wp-content/uploads/2020/03/istanbul-turkish-kitchen-pide-683x1024.jpg)
3. Chicken Mandi
Jika anda peminat nasi, boleh cuba Chicken Mandi di sini. Rasa chicken mandi di sini berbeza sedikit dengan hidangan di restoran timur tengah yang lain. Wajib Cuba!
![](https://kakitravel.net/wp-content/uploads/2020/03/istanbul-turkish-kitchen-mandy-rice-3-683x1024.jpg)
![](https://kakitravel.net/wp-content/uploads/2020/03/istanbul-turkish-kitchen-mandy-rice-683x1024.jpg)
4. Kanafeh
Untuk desert pula anda boleh cuba Kanafeh & Baklava. Kanafeh ni sebenarnya dibuat daripada tepung, cheese, air gula & pistachio. Serius sedap beb Kanafeh dekat sini.
![](https://kakitravel.net/wp-content/uploads/2020/03/istanbul-turkish-kitchen-kanafeh-2-683x1024.jpg)
Jadi untuk anda yang nak cuba makanan-makanan Turki ini, boleh lah ke Istanbul Turkish Kitchen ini.
*Tips lokasi – Masuk ke food court Quizzin di tingkat 3 Plaza Nu Sentral, terus ke sebelah kanan
Jangan lupa LIKE Facebook Kaki Travel , FOLLOW Instagram @kakitravelnet dan SUBSRCIBE Youtube Kaki Travel bagi mendapatkan idea dan info untuk pengembaraan anda!