Air di terusan Venice jadi jernih, kesan dari ‘Lockdown’
Virus COVID-19 di Itali kini semakin meruncing. Sehingga 18hb Mac 2020, terdapat 31,506 kes yang dilaporkan positif manakala jumlah kematian adalah 2503 orang. Angka ini merupakan yang paling teruk di Eropah ketika ini. Namun begitu di Venice ada ‘side effect’ yang berlaku. Air diterusan di Venice yang kebiasaannya keruh menjadi lebih jernih ekoran daripada situasi ‘lockdown’ di sana.
Sejak Itali mengenakan ‘lockdown’ ataupun perintah berkurung 2 minggu lalu, tiada lagi orang ramai dapat berkunjung ke destinasi peranginan popular ini. Para pengguna di twitter banyak berkongsikan gambar-gambar di mana air menjadi semakin jernih hingga menampakkan ikan-ikan. Manakala haiwan-haiwan seperti Swan dan Dolphin juga dikatakan dilihat berkeliaran di kawasan wilayah Venice ini.
Menurut Pierpaolo Campostrini, pengarah urusan untuk Consortium for Managing Scientific Research on Venice Lagoon System, keadaan air jernih ini berlaku kerana tidak banyak pergerakan bot di kawasan ini bukannya disebabkan kualiti air yang semakin baik.
Antara komen-komen rakyat di Venice pula
“The virus brought something … beautiful,” writes resident Katia Fameli.
“We should restore the natural balance and not just think about exploiting to monetize,” says Adriana Manente.
“Nature is telling us to slow down,” according to Sandra Comin.
Video kemunculan dolphin ini juga tular di Itali dan seluruh dunia.
**Update – Sumber daripada National Geographic mengatakan video dolphin tersebut adalah di Cagliari, Italy. Bukan di Venice. Manakala gambar swan tersebut adalah di Burano, salah satu pulau di daerah Venice.
Semoga virus Covid-19 ini dapat dibendung di seluruh dunia dan keadaan kembali seperti sediakala. Sebagai rakyat Malaysia sama-sama kita patuhi Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan. #StayAtHome
Jangan lupa LIKE Facebook Kaki Travel , FOLLOW Instagram @kakitravelnet dan SUBSRCIBE Youtube Kaki Travel bagi mendapatkan idea dan info untuk pengembaraan anda!