Itinerari 2H1M Bermalam di Permata Tersembunyi di Royal Belum, Gerik, Perak
Pernah tak korang terfikir untuk bercuti di tengah-tengah hutan simpan tertua di Malaysia. Royal Belum, yang terletak di Gerik, Perak, adalah antara kawasan hutan simpan tertua di dunia lebih tua daripada Amazon! Usianya di anggarkan sekitar 130 tahun dengan keluasan 300,000 hektar.


Royal Belum ini memang penuh dengan khazanah alam! Di sini, terdapat lebih 3,000 jenis flora, 64 spesies paku-pakis, 23 jenis ikan sungai, dan yang paling rare bunga terbesar di dunia, Rafflesia, yang tumbuh subur kat sini!
Sesuailah untuk korang yang nak lari dari kesibukan kota, atau rasai pengalaman baru! Tak perlu jauh, dalam negara pun banyak port menarik. Mari, Kami kongsikan itinerari 2H1M – bermalam di Houseboat Royal Belum, Gerik, Perak.
Hari Pertama – Berkumpul di Jeti Awam Pulau Banding

12.00PM – Setibanya di Jeti Awam Pulau Banding, korang akan menaiki houseboat, pengangkutan utama untuk menerokai Tasik Temenggor. Perjalanan ke lokasi utama ini mengambil masa sekitar 45 minit ke 1 jam.
Makan Tengahari
1.00PM – Houseboat tiba di Checkpoint pertama di Tasik Temenggor. Sambil menikmati pemandangan hutan simpan ini, korang akan dihidangkan dengan makanan tengahari yang pasti menambah selera.


Perkampungan Orang Asli Sungai Klewang
3.30PM – Setelah selesai makan dan berehat, korang akan menaiki bot laju untuk pergi ke Perkampungan Orang Asli Sungai Klewang. Jarak dari houseboat ke rumah orang asli sekitar 5 ke 10 minit sahaja.

Perkampungan orang Asli, suku Jahai ini adalah salah satu tarikan yang boleh diterokai di hutan simpan ini. Kita dapat mengenali dengan lebih dekat budaya masyarakat orang asal puak Negrito ini.
Kebanyakan mereka di sini, mencari rezeki dengan bekerja sebagai nelayan. Selain itu bertani, menjual ubatan herba, kraf tangan dan menjadikan perkampungan mereka sebagai produk pelancongan.



Aktiviti Petang: Memancing & Aktiviti Air
5:30PM – Pada waktu petang, korang boleh melakukan aktiviti bebas seperti bermandi manda di sekitar house boat, berakit, memancing ataupun berehat di dek.



Bagi kaki mancing, inilah masanya untuk menunjukkan bakat terpendam. Tasik temenggor ini terkenal dengan pelbagai spesies ikan seperti Ikan Toman, Ikan Baung, Ikan Kelah dan banyak lagi.
Aktiviti Malam di Houseboat
8.00PM – Setelah selesai semua aktiviti, korang akan disajikan dengan makan malam dan aktiviti bebas.

Di sini, korang boleh betul-betul ‘disconnect’ sebab tak ada line telefon masa inilah nak lupakan sekejap dunia luar! Jadi, Lepas makan malam boleh rileks di dek houseboat, nikmati suasana malam, berborak, atau berkaraoke. Nak lagi best? Bawa game board untuk main ramai-ramai. Dengan udara nyaman dan jauh dari kesibukan bandar, malam di sini memang lain macam tenang dan susah nak dapat kat tempat lain.
Hari Kedua – Meneroka Alam Semula Jadi Royal Belum
Check Point Pertama: Air Terjun Sungai Ruok
8:30AM – Air terjun Sungai Ruok merupakan salah satu tarikan utama di hutan simpan Royal Belum, Gerik Perak. Untuk sampai ke sini mengambil masa sekitar 30 minit menaiki bot laju, kemudian berjalan kaki sekitar 10 – 15 minit merentasi denai untuk sampai ke Air Terjun.

Jangan risau, trail ke Air Terjun Sungai Ruok ini tidak begitu mencabar. Sepanjang perjalanan kita dapat menikmati keindahan flora dan fauna dan melihat sendiri ratusan ikan kelah yang dijaga habitatnya oleh Taman Negeri Perak.



Check point Kedua: Air Terjun Sungai Kooi – Hidden Gem di Royal Belum
10.00AM- Perjalanan diteruskan ke Air Terjun Sungai Kooi, sebuah lokasi tersembunyi yang memerlukan pendakian sekitar 15 -20 minit.


Dengan ketinggian sekitar 50 meter, Air Terjun Sungai Kooi cukup unik kerana aliran airnya yang jatuh seperti hujan renyai. Kabus halus yang terbentuk dari titisan air menambahkan rasa sejuk dan menyegarkan, menjadikan lokasi ini pilihan ideal bagi pencinta alam yang ingin menikmati keindahan semula jadi.
Kembali ke Jeti & Makan Petang
12.00PM: Setelah puas meneroka keindahan alam, houseboat akan membawa korang kembali ke Jeti Tasik Banding. Sepanjang perjalanan di Royal Belum, korang berpeluang melihat pelbagai spesies burung, dan jika bernasib baik, mungkin dapat terserempak dengan gajah liar yang menghuni kawasan ini.

Dengan keunikan ekosistemnya, budaya Orang Asli, dan aktiviti alam yang menarik, Royal Belum adalah destinasi wajib lawat bagi pencinta alam dan pelancong yang ingin mencari ketenangan dalam keindahan hutan simpan di Malaysia.
Perak bukan hanya tentang alam semula jadi. Di sini, korang boleh meneroka gua bersejarah, merasai keseronokan di taman rekreasi, bersantai di tempat peranginan atau Senarai Tempat Wajib Pergi di Perak!
Artikel ini adalah hasil kolaborasi bersama Kaki Travel dan Tourism Malaysia sempena Visit Malaysia 2026.
