Sekepeng Penarek tawar suasana tepi pantai & penginapan selesa di Setiu
Baru-baru ni team Kaki Travel sempat singgah di sebuah lagi destinasi menarik di Terengganu iaitu Sekepeng Penarek. Lokasi ini terletak di Kampung Penarik, mengambil lebih kurang 1 jam dari Kuala Terengganu. Menariknya, pusat peranginan ini akan memberi peluang untuk anda merasai pengalaman seperti sedang bercuti di pantai peribadi! Dengan deruan ombak yang mengasyikkan dengan membawa angin bayu yang dingin pasti membuatkan anda berasa tenang dan segar sewaktu berada di sekitar homestay ini.
Jadi buruan para pengunjung!
Sekepeng Penarek mula beroperasi sejak tahun 2014. Pada mulanya, rumah pertama yang menjadi homestay tersebut hanyalah sebuah rumah seorang ibu yang mengusahakan inap desa di situ. Oleh kerana kawasannya terletak di tepi pantai, permintaan pelancong untuk menginap di homestay tersebut semakin bertambah dari hari ke hari. Justeru itu, pihak Sekepeng telah membina 4 buah chalet sebagai tambahan bagi memberi peluang kepada para pengunjung untuk merasai pengalaman menginap di Sekepeng Penarek.
Port menarik untuk sambut ‘Family Day’!
Sekiranya anda sedang merancang untuk menyambut Hari Keluarga, kami sarankan anda untuk menginap di sini. Kawasannya yang luas membuatkan lokasi ini mampu memuatkan lebih kurang 35 orang dalam satu masa. Terdapat 2 jenis rumah yang disediakan iaitu:
- Rumah 2 Bilik: boleh memuatkan 6 orang dewasa + 4 kanak-kanak
- Rumah 3 Bilik: boleh memuatkan 4 dewasa + 2 kanak-kanak
Pelbagai aktiviti menarik!
Selain daripada berkunjung ke tempat-tempat menarik di sekitar Setiu, anda juga boleh melakukan pelbagai aktiviti sewaktu menginap di Sekepeng Penarek kerana terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan. Antaranya adalah bermandi-manda di kolam renang, perkhidmatan sewa basikal untuk menjelajah sekitar Kampung Penarik dan pada malam hari pula anda boleh menikmati BBQ bersama insan tersayang.
Tawaran pakej menarik menanti anda!
Sekepeng Penarek turut menawarkan pelbagai pakej menarik. Selain daripada penginapan di chalet, anda juga boleh mendapatkan pakej snorkelling melihat penyu dan island hopping menerusi pihak Sekepeng. Selalunya kalau ambil percutian jenis pakej ini lebih jimat!
Jika anda berminat untuk merasai pengalaman mengasyikkan di Sekepeng Penarek, anda boleh membuat tempahan menerusi Booking.com atau hubungi (WhatsApp) 019-6698117.
Alamat:
Lot 1058, Jln Penarik,
Kg Mangkok, 21090 Permaisuri,
Terengganu
No telefon: 019-6698117 (ws)
Jika dah boleh melancong nanti, ikutlah saranan Menteri Pelancongan YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan dan praktikkan amalan norma baharu. Melanconglah dengan selamat…
Artikel ini adalah hasil kolaborasi bersama Kaki Travel dan Tourism Malaysia selaras dengan kempen Cuti Cuti Malaysia!
Jangan lupa LIKE Facebook Kaki Travel, FOLLOW Instagram @kakitravelnet dan SUBSCRIBE Youtube Kaki Travel bagi mendapatkan idea dan info untuk pengembaraan anda!
Tempat wajib singgah kalau balik Kelantan